Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PKMM

Usaha Kemerdekaan Yang Sering Kita Lupakan

Sempena hari kemerdekaan ini, mari kita sedekahkah Al Fatiha kepada Bapa Kemerdekaan kita iaitu Dr Burhanudin Al Helmy. Akan menjadi acara tahunan bagi blog ini untuk menonton video 10 tahun sebelum merdeka . SILA KLIK SINI Sebagai tambahan, mari dengar lagu oleh black. Memang sedih mendengar lagu itu, kalau benar anda menghayati perjuangan kemerdekaannya. Paling menyedihkan apabila Saudara Mujahid menceritakan tentang Dr Burhanudin Al-Helmy yang mencerita "dibunuh" UMNO pada satu ceramah di Kampugn Sebatu sepentas dengan Saudara Damian Yeo. Mujahid kata Dr Burhanudin Al-Helmy dulu ketika ditahan ISA, dia terlalu malu untuk kencing, walaupun disediakan tandas, tetapi ia agak terbuka sehingga dia tahan untuk kencing. Akhirnya setelah keluar, dia sakit akibat terpejara. Dan meninggal dunia atas sebab itu. Dialah Bapa Kemerdekaan kita. Kenapa UMNO buat macam itu kepada dia? Mungkin orang UMNO akan kata "Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang perjuanga...

10 Tahun Sebelum Merdeka..

Daripada beras Padu , saya terbuka blog saudara Nik Nazmi yang menceritakan tentang Dokumentari 10 Tahun sebelum Merdeka . Di saat kita dikelirukan dengan cerita sejarah yang menunjukkan seolah-olah hanya UMNO yang memperjuangkan Kemerdekaan, maka apabila terjumpa fakta sebenar, ia amat menyeronokkan. 10 Tahun Sebelum Merdeka 1/4: senaraimain 1 hingga 4 Saya kagum betul, mereka boleh jumpa orang lama PKMM. Saya belum tengok habis lagi, tapi rasanya mereka perlu temu ramah orang lama IMP, yang ikut Dato Onn keluar UMNO. URL blog 10 Tahun Sebelum Merdeka. http://10tahun.blogspot.com/ Anda boleh muatturun video pelbagai cara dari blog tersebut.

JawapCarian: Ahmad Boestamam di tangkap pada...

Terdapat pengunjung yang memasuki laman blog ini kerana mencari " Ahmad Boestamam di tangkap pada " melalui Yahoo dan Google. Untuk tidak mengecewakan pengunjung, Anda boleh baca sebahagian daripada halaman 183, Buku Merintis Jalan Ke Punchak oleh Ahmad Boestamam sendiri di bawah:- Jadi kesimpulannya, Ahmad Boestamam ditangkap pada petang, Khamis 1 julai 1948 . Satu lori 'Mata-mata' (Polis) tiba di hadapan rumah Ahmad Boestamam, Setelah mata-mata memastikan dia adalah ahmad Boestamam, maka mata-mata memberitahu Ahmad Boestamam akan dia akan ditangkap. Setelah ditanya akan wujudnya waran untuk menangkapnya atau tidak, mata-mata itu menerangkan bahawa tiada waran diperlukan untuk menangkap sesiapa ketika 'Dharurat'. Ahmad Boestamam 'disimpan' di lokap polis Tanjung Malim. Keesokan paginya dia dibawa ke ke Lokap Balai Polis High Street Kuala Lumpur, selepas singgah sebentar di Balai Polis Kuala Kubu Bharu. Balai Polis High Street, pada buku itu ditulis ...

Ahmad Boestamam - Merintis Jalan Ke Punchak

Sempena sambutan kemerdekaan ke 50 ini, Kita kenang kembali pejuang kemerdekaan kita, Ahmad Boestamam. Buku pada gambar itu ditulis oleh Ahmad Boestamam sendiri pada tahun 1972, cetakan pertama, menceritakan perjuangannya mencapai kemerdekaan. PKMM ketika itu diketuai oleh Dr Burhanuddin Helmi, dibantu oleh Ishak Haji Muhammad. Ahmad Boestamam ketua API, Angkatan Pemuda Insaf. Sayap Pemuda PKMM. Didalam buku ini menceritakan kisah 'SANG SAKA MERAH PUTIH' Setelah PKMM diharamkan, ramai orang PKMM ditangkap, termasuk Ahmad Boestamam sendiri, parti politik yang tinggal hanyalah UMNO. Maka UMNO cuci tangan dan mendabik dada mengatakan bahawa merekalah Pejuang Kemerdekaan dengan mengantung poster para Perdana Menteri, termasuk PakLah seolah-oleh PakLah turut serta memerdekakan kita. Pautan: Ayahku Ahmad Boestamam