Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jenaka

Jenaka: Ali Rustam mahu Teresa Kok dipecat dari 'PKR'

Cerita ini tidak tersiatr di Malaysiakini , akan tetapi Sinar Harian. Ini adalah berita yang agak terlewat. Sila klik untuk besarkan. "Teresa Kok wajar meminta maaf dan dipecat sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran kenyataannya yang menghina kerajaan." "Sekiranya PKR benar-benar parti yang bertanggung jawap, Teresa wajar dipecat daripada parti itu". Adakah Sinar Harian tersalah tulis? Sinar Harian sememangnya mengatakan Teresa adalah wakil rakyat DAP, mereka tidak salah. Akan tetapi memetik secara bulat-bulat apa yang Ali Rustam katakan walaupun keahlian Teresa Kok dalam PKR  hanya wujud dalam ilusi Ali Rustam. Agaknya Teresa Kok ahli parti mana dalam ilusi Najib ?

Hamzah Kepatahan Gigi, Tetapi....

Beberapa hari lalu, Anak saya, Hazmah kepatahan giginya Namun giginya yang patah itu tidak dijumpai. Kemudian isterimudaku menulis diblognya : Continuation from hamzah's broken tooth entry. Today i have to clean hamzah's poo since no one is at home to help. Guess what i found? The missing tooth . Ramalanku benar belaka. Hamzah tertelan giginya sendiri.

Paraoidnya Ali Rustam Terhadap blog

Suatu ketika dahulu, blogger dianggap sebagai binatang. Saya tidak pasti samada "Beruk" atau "Monyet". Akan tetapi, setelah berjayanya Zahid Hamidi meyakinkan orang UMNO tetang punca utama kekalahan BN adalah kerana blog. Maka berpusu-pusulah orang UMNO mendaftar dengan blogger.com untuk membuat blog, kebanyakkannya mendaftarkan dirinya selepas pilihanraya. Ali Rustam juga pantas mengeluarkan kenyataannya untuk memantau 240 blog pembangkang. Selepas itu, dia juga menyeru semua ADUN untuk membina blog sendiri. Di Hadapan Menteri Kerjaya, dengan penuh bergaya Ali Rustam telah mengatakan dia telah lama berblog (Berita Harian 4 April) . " Saya berpendapat tiba masanya bagi setiap pemimpin BN, tidak kira peringkat tertinggi hingga cawangan mewujudkan blog masing-masing. Saya sendiri sudah lama memiliki blog kerana cara ini dapat menyalurkan maklumat tepat, pantas dan boleh mengelak tumpuan hanya kepada blog anti kerajaan ,'' katanya selepas menghadiri maj...

Ini Bukan Catatan Blog Politik

Hari ini, saya nekad untuk ubah templat blog ku yang kurasa sudah terlalu lama dan sukar dibaca akibat dari tulisan yang rapat dengan sempadan kotak. Saya agak mushkil kenapa hari ini tidak ramai orang memasuki blog ini, rupanya, wiget extreme-dm tidak dimasukkan lagi. hehehe Malam ini, ada perkara pelik berlaku, Aneroid membuat pengakuan yang dia bukanlah blogger . Ya atau tidak? 50/50 Kalau dia salin dan tepek keseluruhan artikel, maka sukarlah dia untuk ditabalkan sebagai blogger oleh Sultan Beras Padu. Akan tetapi oleh kerana dia telah memberikan pandangannya walaupun sedikit, Maka saya dengan Rasminya mengiktiraf aneroid09 sebagai blogger. Mungkin mereka berdua ini sudah sangat tua untuk menggunakan minda yang lebih bertoleransi terhadap Islam. Lihat anak Kit Siang sendiri, Lim Guan Eng sebagai KM Pulau Pinang, pernah menyebut bahawa beliau ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pemerintahannya. Guan Eng dilihat lebih bijak untuk berpolitik dan bertoleransi dalam suasana...

Berapa kali nak "Salah faham"?

Suatu ketika dahulu, Syed Husin Ali mengancam supaya PKR keluar pakatan . rupanya akibat salah faham. Kemudian ADUN DAP Bentung ancam untuk keluar DAP, juga akibat salah faham . Sampai bila nak habis salah faham. Ini mungkin Penyelesaiannya (klik) "Buntong di sini, mencari Sungkai" "Buntong di sini mencari Sungkai" "Sungkai di sini, Sungkai disini" "Titi Serong ajak makan, jom pergi sekali, roger" "Aku dah tiba dah pun... roger" "Alamak, Aku pergi sendirilah.... roger and out"

Nama Barisan Nasional akan ditukar?

Akibat kekalahan banyak kerusi Parlimen dan DUN, maka Barisan Nasional sedar akan partinya ketinggalan zaman dan tidak mengikut trend semasa. Oleh yang demikian, Terdapat khabar angin, Nama Barisan Nasional kemungkinan akan ditukar nama menjadi Barisan Panasonic .

Janji PilihanRaya Ezza Erisa

Sila klik pada gambar di atas. Iklan: Beras Padu

Pantun Langgar-Langgaran

Jamuan raya enak juadahnya juadah dimakan berbuahkan ciku setelah bergambar dengan anaknya Wira bapanya melanggar daku.

Ballade pour Azurah

Hujung minggu yang lalu adalah ulang tahun perkahwainan kami (aku dengan wawa ), yang ke 4 mengikut Kalender F1. Maka kutujukan laju ini untuk kami berdua. Setiap tahun, Kami menyambut ulangtahun perkahwinan mengikut Kalendar F1, Iaitu pada setiap perlumbaan GP Interlagos Sao Paulo Brazil. Sedikit pendapat tentang GP Interlagos semalam. Robet Kubica dapat potong Alonso, tapi rasanya jurutera perlumbaannya patut tukar dari strategi 3 hentian pit ke pada 2 Hamilton dan Alonso Kempunan Massa tak berjaya jadi jaguh kampung. Kimi juga yang jadi Juara Dunia, akhirnya. Ada banyak pelanggaran. Barichello bukan setakat tak jadi jaguh kampung, sebarang mata pun dia tak kutip tahun ini. Ia merupakan perluambaan terakhir bagi Ralf Schumacher Nakajima main langgar-langgar bermasa kru Hentian Pit nya. Kru Spyker main peluk-peluk tayar

Optimus Prime cuba menyelamat 2 pelancong yang diculik ...

Suatu petang, 2 orang pelancong telah diculik oleh Decepticon. Optimus Prime yang ketika itu, sedang menonton DVD 'Cars' bersama Umar, transform untuk menyelamatkan 2 orang pelancong itu. Digg Optimus Prime!!

Cikgu Sony_Ericsson(suka) main bola

Walaupun Mengantuk, Cikgu Ramli menyuruh anak muridnya membaca.. Cikgu main bola. Hari-hari cikgu main bola. Cikgu main bola. Hari-hari cikgu main bola. Cikgu main bola. Hari-hari cikgu main bola. Cikgu main bola. Hari-hari cikgu main bola. Cikgu main bola. Hari-hari cikgu main bola. Cikgu main bola. Hari-hari cikgu !!!!!!

SE Z750 - Telefon khusus untuk blogger perempuan?

Mungkin ini telefon yang paling sesuai untuk blogger perempuan bertudung , blogger perempuan nerd , blogger perempuan merah , blogger perempuan biru , blogger perempuan pink , blogger perempuan coklat , blogger perempuan paling yang paling aku sayang ? Disebabkan sifat mereka yang (mungkin) suka paparkan gambar ke dalam blog, maka ciri "Picture Blogging" yang ada padanya membolehkan gambar dimuat naik ketika sedang menyusukan anak. "Picture blogging" direka khusus untuk blogger (blogspot), jadi jika sudah memang ada blahblah.blogspot.com maka, ia amat sesuai. Selain itu, rupa paras telefon SE Z750 agak cantik, dan sesuai untuk wanita. Ia mempunyai pelungsur web NetFront, yang boleh tahan, tapi kalau nak lagi canggih, boleh muaturun dan pasang opera pada telefon itu. Walaupun hakikatnya kebanyakkan perempuan tak gemarkan pembaca RSS, namun pembaca RSS boleh digunakan untuk membaca komen pengunjung blog anda. Caranya agak rumit sedikit, kerana RSS default bagi bl...