Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MyKad

Bahayanya IRIS terhadap Kedaulatan Malaysia

Apa yang saya tulis ini memerlukan sedikit pemahaman teknologi maklumat dan pelaburan. Selama ini saya meminati penulisan Ketua Perusuh yang sering membongkarkan isu berkaitan dengan pelaburan. IRIS adalah satu syarikat yang membekalkan "MyKad" kepada Kerajaan Malaysia. Ianya seolah-olah sudah "sign mati" dengan kerajaan Malaysia supaya terus menggunakan teknologi dari IRIS untuk MyKad. Saya sendiri lewat menukar ke MyKad atas sebab teknikal. MyKad dahulunya 32 bit, kemudian 64 bit. "Aplikasi" di dalamnya pun bertambah sejak dari ia mula dikeluarkan. Daripada tiada RFID , kini sudah ada. Siapa yang buat MyKad awal macam-macam tiada. Kalau boleh semua benda hendak dimasukkan kedalam MyKad. Ini semua akibat daripada ideologi Tun Dr Mahathir yang beria-ria sangat hendak meyumbat semua benda dalam satu kad. Nasib baik dia sudah tidak menjadi Perdana Menteri, kalau tidak I-Cash UMNO pun hendak dimasukkan ke MyKad. Nasib baik ketika itu belum ada kad microSD ata...