Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bas

Kawalan Harga Tambang: Candu SPAD terpalit pada Peguam

Beberapa hari lepas, saya 'tertengok TV' , ada cerita tentang SPAD tidak lagi mahu mengawal tambang bas. Syabas diucapkan pada SPAD, memandangkan yang menentukan Harga itu adalah Allah s.w.t, maka tak perlulah SPAD cuba ambil alih tugas Allah s.w.t. Namun begitu ada pula ketidak puas hatian... KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu me­nimbang semula keputusan untuk membenarkan kadar bayaran tambang bas sekolah ditentukan oleh kuasa pasaran bagi mengelakkan berlaku kenaikan berterusan harga tambang pengangkutan itu. Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, se­perti pengangkutan awam lain, harga tambang bas sekolah juga perlu dikawal kerana ia pilihan majoriti rakyat di negara ini untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Menurut beliau, SPAD seharusnya memikirkan kaedah lain sekiranya berhasrat untuk membantu pengusaha bas daripada mengalami kerugian akibat peningkatan ko...

Pembuakan Tambang Teksi dan Bas

Tambang Teksi Naik? Tambang Bas naik? Rakyat susah? Pemandu teksi gembira? atau sebaliknya? Itulah hakikat apabila menggunakan wang kertas yang nilainya susut setiap hari tanpa disedari. Ada pemandu teksi mahukan ianya dinaikkan secara sedikit-demi sedikit supaya kesannya tidak dirasai. Namun ianya masih lagi meningkat. Adalah tidak adil kalau tambang teksi tidak dinaikkan. Pendapatan pemandu teksi akan merosot akibat daripada penurunan nilai wang kertas. Namun sikap 'tak mahu naik' oleh sesetengah orang membuatkan tambang tidak naik sejajar dengan menurunan nilai wang kertas, akan tetapi membuak beberapa tahun sekali. Penumpang teksi garu kepala. Hakikatnya, penurunan nilai wang kertas adalah tidak berlaku pada kadar yang sama setiap tahun. Kadar penciptaan wang kertas baru juga tidak sama setiap tahun. Banyak pihak gemar untuk mengekalkan harga semua benda walhal nilai wang kertas itu pula merosot, Akan berlaku pembuakan harga, apabila sesuatu harga terl...

Nasib Pengusaha dan Penumpang Bas = Budak Sekolah Bergeselan

Suatu ketika dulu terdapat satu berita tentang Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia (PMBOA) mahu menaikkan kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti dan bas mini sebanyak 100 peratus berikutan peningkatan kos operasi dan alat ganti . Khairul Faizi, selaku penumpang bas tegar menceritakan dilemanya sendiri untuk menaiki bas kalau tambang bas naik 100% . Pengusaha bas adalah rakyat, penumpang bas juga adalah rakyat. Kemudian di Buletin Utama tadi, ada pengusaha Bas mengatakan bahawa kuota yang diberikan dalam skim SKDSnya sudah habis digunakan. Jadi dia terpaksa membeli minyak pada harga tinggi juga. Kementerian tidak mengkaji dengan lebih lanjut samada adakah semua bas yang menikmati harga RM 1.43? Tindakan PMBOA untuk memohon kenaikan tambang juga tidak berpatutan. Bagi saya PMBOA menuntut supaya:- Harga minyak Disel yang dibelinya diturunkan sehingga RM 1.00 berbanding RM 1.43 DAN menuntut supaya kuota disel pengusaha bas itu dinaikkan supaya tiada pengusaha bas yang terpaksa membeli...