Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dr Burhanuddin Al-Helmy

SEMINAR Pemikiran Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy

Di bawah ini terdapat artikel oleh Saudara Ikhwan Hafiz (atau Ilhami Hisham) * yang telah menghadiri  'SEMINAR Pemikiran Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy' pada 2 Ogos yang lalu: SEMINAR Pemikiran Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy (ada yang baca; Al-Hulaimy) pada 2 Ogos lalu di Muzium Shah Alam anjuran Ummah Centre didedahkan betapa fakta sejarah negara ini, banyak sudah dipertikaikan kesahihannya. Tokoh yang menyebutnya bukan sembarangan. Beliau adalah pakar sejarah negara, Prof Emiritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim. Menurutnya, dengan sebab itu, tindakan segera perlu dilakukan demi membenarkan semula fakta sejarah untuk generasi baharu. Itulah antara lain yang dapat saya qoutekan. Salam seminar itu diperkukuhkan dengan fakta yang dipersetujui semua pihak bahawa Prof Dr Burhanuddin Al-Hulaimy adalah tokoh pejuang negara yang mewaqafkan dirinya untuk kemerdekaan negara dalam TIGA zaman, sebelum, semasa dan selepas. Berikut adalah sebahagian artikel yang aku tulis untuk sebua...

Saya pun Anti British macam Chin Peng Juga

Ketika era sebelum merdeka, terdapat beberapa aliran nasionalisme. Nasionalisme ditakrifkan sebagai pembentukan Negara, Ketika itu negeri-negeri Melayu ada yang bersekutu, ada yang tak bersekutu, ada yang diperintah secara langsung oleh Inggeris. Ada banyak kerajaan-kerajaan kecil yang tak macam kerajaan. Kesultanan Kedah yang diancam Siam, Kesultanan Perak yang ada masalah 'kontraktor' bijih timah yang berebut kawasan, ditambah pula dengan perebutan tahta. Ini semua adalah masalah untuk membentuk negara. Maka ada pihak yang ada aliran nasionalisme sendiri dengan ingin menjadikan Malaya sebagai negara komunis. Mereka Anti British, macam saya. Mereka anti Jepun. Terdapat lagi satu aliran ialah aliran "Melayu Raya". Kemerdekaan dengan membentuk negara "Melayu Raya". Dr Burhanuddin anti British, tetapi tidak anti Jepun. Ketika zaman Jepun, Dr Burhanuddin boleh adakan persidangan Ulama Malai-Sumatera. Komunis pula anti British dan Anti Jepun, ...

Akta keselamatan Dalam Negeri (AKDN) Bunuh Pejuang Melayu.... KEJAM!

Dengar lagu ini, di nyanyikan oleh Amin Iskandar (Black), Lagu berkenaan Dr Burhanuddin Al-Helmy .... Dr Burhanuddin Al-Helmy ketika penghujung hayatnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN), Sila mainkan lagu di bawah selepas tamatnya lagu di atas dimainkan. Atas sebab apa Dr Burhanuddin Al Helmy di tanah di bawah AKDN? Beliau telah menentang keras pembentukan Malaysia,  1963 Apa untungnya Kerajaan Perikatan nak menubuhkan "Malaysia" juga? Bukankah Malaya sudah "Merdeka"? Mengapa mesti dihumban Dr Burhanuddin Al-Helmy hanya kerana menentang pembentukan Malaysia? Kepentingan siapa yang hendak dijaga? Kalau Sarawak tidak masuk dalam Malaysia, belum tentu Shell masih boleh menggali minyak di Miri. Inggeris mahu bekas jajahannya duduk dalam satu negara supaya mereka masih lagi memperolehi bahan mentah yang diperlukan. Dr Burhanuddin Al-Helmy dihumban ke AKDN, demi Inggeris. Setelah dia keluar daripada Tahanan Akta Keselamatan...

Usaha Kemerdekaan Yang Sering Kita Lupakan

Sempena hari kemerdekaan ini, mari kita sedekahkah Al Fatiha kepada Bapa Kemerdekaan kita iaitu Dr Burhanudin Al Helmy. Akan menjadi acara tahunan bagi blog ini untuk menonton video 10 tahun sebelum merdeka . SILA KLIK SINI Sebagai tambahan, mari dengar lagu oleh black. Memang sedih mendengar lagu itu, kalau benar anda menghayati perjuangan kemerdekaannya. Paling menyedihkan apabila Saudara Mujahid menceritakan tentang Dr Burhanudin Al-Helmy yang mencerita "dibunuh" UMNO pada satu ceramah di Kampugn Sebatu sepentas dengan Saudara Damian Yeo. Mujahid kata Dr Burhanudin Al-Helmy dulu ketika ditahan ISA, dia terlalu malu untuk kencing, walaupun disediakan tandas, tetapi ia agak terbuka sehingga dia tahan untuk kencing. Akhirnya setelah keluar, dia sakit akibat terpejara. Dan meninggal dunia atas sebab itu. Dialah Bapa Kemerdekaan kita. Kenapa UMNO buat macam itu kepada dia? Mungkin orang UMNO akan kata "Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang perjuanga...