test

Memaparkan catatan dengan label Pulau Pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau Pinang. Papar semua catatan

Sabtu, 1 November 2008

Apa Kaitan Lim Guan Eng, Ali Rustam dengan Mumbai?

Kalau anda ingin mengkaitkan Ali Rustam dengan Mumbai, mudah sahaja, kaitkan dengan Shah Rukh Khan.

Bagaimana pula hendak mengkaitkan Lim Guan Eng dengan Mumbai? Apa yang Lim Guan Eng sudah buat dengan Mumbai?

Sejak kecil saya hanya mendengar "bombay", entah bagaimana, nama itu hilang tanpa saya sedari.

Kemudian nama Mumbai muncul, agak popular bandar Mumbai, rupanya Mumbai adalah nama baru bagi Bombay.

Hari ini di CNN , BBC, Slashdot tidak lagi kedengaran nama Bombay,

Bombay telah ditukarnama menjadi Mumbai pada 1995, iaitu 13 tahun yang lalu. Bagi saya ini satu kejayaan yang agak baik.

Di Malaysia, "Pulau Pinang" dan "Melaka" walaupun nama rasminya "Pulau Pinang" dan "Melaka" dikenali oleh dunia sebagai "Penang" dan "Malacca". Berbanding Mumbai, ia dipanggil Bombay ketika nama rasminya "Bombay", Bombay akan tenggelam setelah nama rasminya ialah Mumbai.

Di Malaysia "Pulau Pinang" dan "Melaka" sudah lama menjadi nama rasmi bagi dua negeri tersebut. Tidak dinafikan "Penang" dan "Malacca" tidak perlu dihapuskan terus kerana ianya bahan sejarah.

Apabila Pulau Pinang dan Melaka diangkat oleh UNESCO sebagai Heritage City, adakah "Melaka" yang diangkat atau "Malacca" ? "Pulau Pinang" atau "Penang".

Setelah diselidik rupanya "Melaka" dan "George Town" adalah tapak warisan UNESCO.

Melaka adalah nama asal bagi Melaka dan George Town adalah nama asal bagi George Town.
Manakala Pulau Pinang adalah nama asal bagi Pulau Pinang.

Suatu ketika dahulu, Ali Rustam pernah mengatakan bahawa "Melaka" perlu digunakan termasuk untuk merujuk kepada Negeri Melaka dan Bandar Melaka walaupun dalam Bahasa Inggeris.

Saya menyokong saranan itu secara bulat-bulat walaupun saya pembangkang.

Akan tetapi ianya tidak berlaku. Media tempatan berbahasa Inggeris pula yang menggunakan "Malacca". Bukti: cari "Malacca" di http://news.google.com .

Malacca masih lagi dirujuk sebagai nama rasmi bagi negeri Melaka.

Sekiranya gelaran datuk diberikan kepada Shah Rukh Khan untuk mempromosi "Melaka", mengapa Malacca pula yang dipromosikannya?

Lihat bagaimana Media barat, begitu cepat menyesuaikan diri dengan penukaran nama Bombay ke Mumbai, akan tetapi kenapa media tempatan cukup liat untuk menggunakan "Melaka" dan "Pulau Pinang"?

Inggeris telah menjajah India jauh lebih lama daripada Tanah Melayu tetapi mereka lebih cepat merdeka, dan lebih merdeka.

Di negeri Melaka, cukup sukar untuk mencari kemeja-T yang menggunakan nama "Melaka" di gerai-gerai cenderahati.

Ayuh Ali Rustam dan Lim Guan Eng, gunakan nama rasmi Negeri sendiri di serata dunia.
Berlainan parti politik, agama, kaum tidak menghalang untuk menjadi lebih merdeka.

Selasa, 9 September 2008

Siapa yang Nak Keluar BN? Gerakan Atau UMNO Pulau PInang?

Pelik melihat telatah UMNO PUlau Pinang, Dikatakan sudah mengenali Koh Tsu Koon selama 18 tahun, tetapi tetap bekerjasama.

Entah apa yang tidak disukakan sangat tetapi masih boleh berkawan 18 tahun. Memang di luar tabie

Mengapa tidak mengoyak gambar Koh ketika dia Ketua Menteri? Kenapa selepas kedua-dua tumbang bersama baru nak koyak?
Takut tidak dapat habuan? Kerana faktor perut?
Kalau UMNO Pulau pinang bijak berpolitik, sudah lama mereka acah2 nak tubuhkan parti baru atau sebagainya. Tetapi masih lagi duduk di dalam UMNO/BN.

Agaknya siapa yang keluar dahulu daripada BN?
Gerakan atau UMNO Pulau Pinang?

Mungkin UMNO Pulau pinang mahu menjadi Perhungungan Negeri UMNO yang pertama keluar dari BN.

Atau mungkin kedua-dua keluar dari BN membentuk 1 parti tidak berasaskan kaum yang terbaik di Malaysia?
Positifnya pandanganku.



P/s: UMNO PUlau Pinang tak perlu mengoyakkan gambar Koh kalau sekadar nak menggantikan gambarnya dengan Gambar Lim 'Umar' Guan Eng.

Rabu, 11 Jun 2008

Peluang Untuk Kempiskan Perut dan MengIslamkan Larian Jabatan Pulau Pinang

Saya tidak ingat dimana URLnya, tetapi saya pasti Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Larian Jambatan Pulau Pinang sendiri tanpa bantuan Persekutuan.

Semalam saya sudah berlari beberapa minit sebagai persediaan awal untuk menawan Jambatan Pulau Pinang dan untuk mengempiskan perut.

Saya nampak ada hikmahnya penganjuran sendiri Larian Jambatan Pulau Pinang oleh kerajaan DAP kerana PAS boleh meminta DAP untuk mengubahsuaikan waktu larian daripada sebelum subuh kepada selepas subuh.

Kalau tidak salah saya, sebelum ini larian bermula pukul 6 pagi, mungkin boleh dilewatkan ke 6:30 pagi dengan syarat kemudahan bersolat disediakan berdekatan dengan tapak perlumbaan.

Selain dari ini, Pemuda PAS Negeri Melaka boleh mengajak golongan muda mudi negeri melaka yang berbakat supaya dibawa ke Pulau Pinang sebagai mewakili Pemuda PAS Melaka. Rombongan 1 bas pun sudah memadai.

Selain dari itu, Pemuda DAP Melaka dan Pemuda PAS Johor pun boleh mengkempiskan perutnya.

Selasa, 22 April 2008

Batalkan Sahaja Projek Jambatan Pulau Pinang ke 2

Pulau pinang memang sudah padat, beberapa jalan begitu sesak. Mengapa perlu langkah untuk memadatkan lagi pulau pinang? Bukankah banyak lagi kawasan di Malaysia yang boleh dipadatkan?

Bila adanya jambatan ke dua, ditambah pula lorong ke tiga di Jambatan Pulau Pinang sedia ada akan siap. Pasti Pulau Pinang akan menjadi lebih padat.

Bagi saya, lorong tambahan di Jambatan Pulau pinang adalah cukup untuk keperluan semasa.

Anil Netto telah menyenaraikan 10 sebab mengapa Jambatan Pulau Pinang tidak perlu. (pautan)

Kosnya dari 2 bilion, menjadi 5 bilion, kemudian tangguh pula kerana kos meningkat. Baik dibatalkan terus, tetapi mengadakan pengangkutan awam yang lebih efisyen antara Perai atau Butterworth ke Pulau.

Sila baca penceritaan Anil Netto tentang Tram di Pulau Pinang,

Komen saya disitu:

I dont know why BN since 50 year ago doesnt like train alike transportation. except in Klang Valley.

most of all railways in Malaysia was build by british.

Biar Negara rugi beberapa juta, daripada rugi berbilion ringgit.

Gunakan duit itu untuk jambatan Bengkok yang sepatutnya kita buat.

Google+ Hasbullah Pit