Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel xml

Tip Blogger: Menggantikan 'nofollow' kepada XFN 'friend'

Wordpress mempunyai plugin untuk menjadikan setiap URL pengkomen dibuangkan rel='no-follow' . Apa maksudnya nofollow itu? No follow pada rel di Tag HTML pautan menyebabkan robot penjadian kita tidak mengindeks pautan itu. Jadi buat penatlah komen dan letak pautan Akan tetapi, pada blogger juga, sebenarnya tak perlukan apa-apa plugin untuk membuang nofollow , hanya ubah templat sahaja. Merujuk kepada tutorial oleh Jackbook.com , Hanya perlu cari perkataan rel='nofollow' dan buang. Akan tetapi ia tidak mesra XFN . Jadi, untuk menambahkan kemeriahan, saya telah mengubah no-follow pada templat blogger saya, kepada rel='friend' Caranya ialah:- Edit template, dan 'Expand Widget Template' Cari guna CTRL+F 'nofollow' <br&...

Cerita fasal 'Purchase Order'

Mungkin hanya aku seorang sahaja yang tak suka cara buat pesanan guna excel, & kemudian emel. Bagi aku, sejak dahulu lagi, emel adalah emel, sistem permesejan bukan sistem penghantaran fail. Walaupun emel boleh dilampirkan dengan fail tapi ia bukan direka khas untuk menghantar fail. Apatah lagi kalau fail yang dilampirkan itu besar. 300k, kalau guna dialup, merangkak juga. Walhal, data yang sebenarnya adalah hanya beberapa bait. Pernah satu ketika dahulu, selepas sesuatu mesyuarat, nama aku naik kerana tersenarai sebagai orang yang tak hantar pesanan guna emel. Nampak macam aku ni jenis buta IT pula. Tapi sebenarnya, aku lebih suka hantar guna faks ketika itu, kerana bagi aku dia lebih menyenangkan. Kalau kita pandang dari sudut orang biasa hantar faks memang menyusahkan. Kena cetak dahulu, kemudian faks. Aku hanya cetak_ke_faks. Tapi memanglah si penerima pening kepala kerana kena buat data entri pula. Jadi, Data patut dihantar melalui apa kalau bukan emel? Apa guna wujudnya pro...