Apa itu kaedah malas muat? saya curi dari istilah lazy load. Kalau anda perhatikan, blog saya membunyai sidebar di sebelah kanan yang agak berselirat, tetapi tidak berselirat sangat. Ada blog yang mempunyai sidebar di sebelah kiri dan kanan. Ada juga yang di sebelah kiri sahaja. Terpulang pada "tuan tanah". Saya memilih untuk mempunyai sidebar di sebelah kanan kerana saya mahu ia dimuatkan selepas kandungan dimuatkan. Yang agak berat di kemudiankan. Oleh itu pengguna yang mempunyai kelajuan internet perlahan masih boleh membaca kandungan utama blog tanpa perlu habis menunggu keseluruhan blog dimuatkan. Walaupun, ia berlatarbelakangkan kelabu, sebelum menjadi putih, ia tetap boleh dibaca. Mana-mana wiget yang berat dan tidak berapa perlu, diletakkan di paling kiri dan paling bawah. Baru-baru ini blogawati tersohor di Melaka, Puan Nur Aflah, telah bertanyakan adakah laman blognya lambat untuk dimuatkan. ketika itu memang banyak flash. Maka jawapan ringkas saya ialah "kuran...
Ayhd Yang Hendak Dibaca