Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Beras

Program Beras Percuma dan Beras ST 15

Apabila tersiarnya berita tentang beras percuma, perkara yang terlintas difikiran adalah seolah-olah BN kelihatan begitu pemurah, memberikan beras percuma kepada rakyat. Hakikatnya ialah sumber kewangan untuk program itu adalah daripada wang rakyat juga. Politik menentukan dasar dan kaedah, adakah BN wajar diberikan 100% kredit kerana menyediakan program beras percuma? Anda tentukan. Politik Subsidi Makanan, Kupon Makanan, Beras Percuma sudah lama wujud dalam penulisan di blog ini. Google sahajalah. Kupon Makanan Subsidi Beras Terdapat satu catatan lama yang menceritakan bahawa saya mencadangkan supaya "beras percuma" diberikan untuk menggantikan Subsidi beras. Adakah BN dengan sengaja menyediakan peruntukan khas daripada perbendaharaan negara untuk memberikan beras percuma? Tidak. Program ini hanya menggantikan kaedah pengsubsidian beras ST 15, yang selama ini subsidi diberikan kepada pengilang. Kemudian dijual kepada kedai. Tidak banyak kedai yang menjual beras ST 15, namun...

Mahfuz Mengamalkan Politik Nabi Yusuf

YB Mahfuz menulis di blognya  Selamatkan beras negara, tarik AP Bernas Sebahagian daripada petikan menarik: Sedangkan penyimpanan stok kecemasan penting bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi untuk satu satu tempoh tertentu apabila dilanda masalah kekurangan beras dunia. "Saya cabar beberapa kali di parlimen, mintak menteri berkaitan dedahkan berapa buah gudang yang menyimpan stok kecemasan. Saya mintak dia dedahkan di mana, tapi tak berani tunjuk sebab memang satu pun tidak ada gudang simpan stok kecemasan. Jadi bagaimana kita nak kata Bernas boleh jamin masa depan keselamatan makanan negara?," Sebelum ini Bernas dibidas kerana tindakan mereka yang hanya menyimpan stok simpanan berasnya selama sebulan berbanding tempoh lebih lama yang di amal negara lain. Tindakan Bernas itu telah mengakibatkan bekalan beras negara berkurangan dam mendedahkan negara kepada putus bekalan beras jika berlaku sebarang kecemasan.   Berkaitan juga dengan catatan berkenaan Stok Pe...

Stok Penimbal Beras PAS

Setiap Pemuda PAS, Muslimat PAS, Ahli PAS dicadangkan supaya menyimpan beras, lebih sedikit daripada penggunaan biasa. Kalau biasa hanya sekampit beras yang disimpan pada satu-satu masa, Maka tingkatkanlah ia menjadi 4 atau 5 kampit. Mengapa? Seandainya berlakunya krisis, samada krisis banjir atau gempa bumi, maka tidak perlulah membeli beras untuk memberi bantuan. Hanya bawa sekampit dari stok masing-masing. Stok beras yang disimpan, adalah milik pemiliknya. Sekiranya krisis ekonomi meruncing sehingga tahap ada yang tidak mempunyai makanan, maka beras-beras milik ahli juga boleh dihimpunkan di markas kawasan atau cawangan untuk tujuan diagihkan. Seandainya krisis 'kekurangan' beras 15% hancur seperti yang pernah belaku sebelum ini, maka sesiapa yang mempunyai stok penimbal beras tidak merasainya. Krisis mungkin selesai sebelum beras pada stok itu habis. Sekiranya cawangan atau kawasan atau dewan ingin melaksanakan aktiviti yang melibatkan jamuan, maka sumbangan b...

Kadar Zakat Fitrah Kekal pada Kadar Segantang Sejak Dulu

Agak kelakar apabila ada pihak mempersoalkan berapa kadar zakat fitrah yang sepatutnya. Kadar Zakat Fitrah tidak berubah sejak beratus tahun yang lalu iaitu pada kadar segantang seorang. Akan tetapi apabila pembayaran Zakat fitrah yang menggunakan makanan telah diganti dengan fulus (wang kertas), maka bergaduh pula berapa kadar yang sesuai. Mahu ikut harga purata atau harga semasa? RM 5.70 atau RM 7.70? Beberapa tahun lalu, terdapat seorang pemuda arab datang ke pejabat Zakat Melaka, membawa beras untuk membayar zakat fitrah. Pihak pusat Zakat Melaka tidak menerimanya sambil berkata "We only accept money". Akhirnya pemuda itu membayar Zakat Fitrah dengan menggunakan ringgit, dan beras itu dikira "sedekah". Sudahlah "Money" itu bukan emas, hanya kertas. Agaknya Pihak puzat Zakat akan membeli beras untuk diagihkan pada kadar yang sama Zakat Fitrah dalam Ringgit yang diterima? Matawang Ringgit, itu hanya sekadar "perjanjian untuk memberi beras" ole...

Kupon Subsidi

Saya belum sempat menulis lanjut cadangan saya dan Ikram untuk menggunakan kupon subsidi bagi menggantikan sistem subsidi yang hanya cuba mengawal harga barang. Atau dari sudut lain iaitu menyembunyikan hakikat inflasi. Alih-alih tadi Shahrir Samad umumkan bahawa penyelesaian berbentuk food stand atau kupon akan dilaksanakan. Terdapat juga cara pemberian subsidi berdasarkan cc kenderaan. MTUC cuba menganggah , kononnya golongan kaya boleh membeli kereta cc kecil untuk pendapatkan subsidi bagi kereta mewahnya. Bagi saya itu tidak mengapa, kalau kereta 1.5 cc, mendapat subsidi sebanyak RM x bagi tempoh tertentu, maka untuk kereta mewahnya, tetap dihadkan mengikut subsidi yang boleh diterima kereta kecilnya. Saya pun tak faham apa yang MTUC mahukan. Dipendekkan cerita cadangan penyelesaian saya ialah sebegini. Kupon subsidi kenderaan diberikan ketika perbaharui cukai jalan. atau apa cara sekalipun yang penting melalui JPJ. Kupon subsidi makanan diperolehi di pejabat Pos atau agensi lain...

Mana Idea Bernas Penyelesaian Masalah Rakyat oleh Dr. Mahathir?

Sambung cerita semalam yang kononnya Mahathir masih mempunyai idea yang bernas . Dr. Mahathir mempunyai keupayaan berfikir yang hebat (tak semestinya serba betul). Akan tetapi apabila pemikirannya terlalu fokus kepada sesuatu, maka buah fikirannya hanya untuk perkara sesuatu. Suatu ketika dahulu, Tahun 2005, Dr. Mahathir telah menyebut tentang Matawang Ringgit yang dibawah paras nilai, Jambatan bengkok dan beberapa isu lagi. Bagi saya semua pendapatnya ketika itu boleh diterima. Ideanya ketika itu bernas kerana dia tidak fokus untuk menjatuhkan Pak Lah. Kini kepala ottaknya fokus untuk menjatuhkan paklah akibat dari kekalahan BN di beberapa buah negeri. Sebenarnya dialah salah satu punca, dia yang menyuruh pengundi mengundi protes, untuk menekan Paklah. Tapi Paklah penuh imunisasi. Pada saat ketika ini, Malaysia tidak memerlukan idea untuk menjatuhkan Pak Lah, akan tetapi memerlukan penyelesaian masalah rakyat akibat daripada kenaikan harga barang. Mana Penyelesaian Dr. Mahathir? Kalau...

Jangan Meletakkan Harga pada Makanan

Tajuk catatan ini tidak bermaksud supaya tidak meletakkan tanda harga pada makanan. :) Maksud saya, makanan adalah "priceless", "tidak ternilai" , tidak boleh dibeli dengan MasterCard. Sekiranya berlaku limpahan makanan, maka kebiasaannya makanan itu ada tag harganya. Akan tetapi apa akan terjadi kalau kekurangan makanan? Maka ia menjadi tidak ternilai. Kalau perlu belanja berbilion untuk makanan, maka berbelanjalah, kerana makanan itu tidak ternilai harganya. Jika perlu mengadakan kupon subsidi makanan kepada rakyat supaya rakyat dapat makan, maka adakanlah ia, kerana makanan tidak ternilai harganya. Jika ada lebihan nasi dipinggan, jangan dibazirkan, kerana ia tidak terlinai harganya. Walaupun sepinggan nasi itu adalah seciput harganya berbanding dengan pendapatan orang tertentu, jangan dibazirkannya kerana ia tidak ternilai harganya. Kalau krisis makanan sedunia menjadi lebih teruk, tak hairan ia akan menjadi lebih mahal dan lebih mahal. Kerana ia sebenarnya tida...

Masih Untungkah Sektor Perlancongan?

Sektor perlancongan sering diperkatakan bahawa memberi pulangan yang tinggi kepada Malaysia, dalam bentuk tukaran asing dan perbelanjaan pelancong di Malaysia. Akan tetapi, hari demi hari, apabila harga minyak dunia naik, harga beras dunia naik, harga gedebak gedebuk dunia naik, Banyak wang digunakan untuk mengurangkan harga runcit barangan kawalan. Penurunan harga ini turut dinikmati oleh pelancong asing, supaya mereka dapat makan nasi murah, sewa kereta dan berjalan-jalan menggunakan petrol yang jauh lebih murah daripada negara mereka. Agaknya, berapa bilion subsidi dinikmati oleh pelancong asing? Adakah nilai itu sudah melebihi pulangan yang kita perolehi melalui perlancongan? Adakah pelaburan tambahan untuk sektor perlancongan adalah bijak ketika situasi sebegini? Mungkin tiba masanya kita tidak lagi mengawal harga barangan terkawal, akan tetapi memberi kupon beras , kupon petrol, kupon gula kepada rakyat.

Realiti Krisis Makanan dan Minyak Dunia

Seronok jadi pembangkang (diperingkat Persekutuan) apabila boleh menyalahkan Kerajaan BN di atas kenaikan harga barangan, walaupun realitinya Krisis Makanan SeDunia itu wujud dan kenaikan harga minyak sedunia itu wujud. Akan tetapi saya menyeru rakan seperjuanganku di Pakatan Rakyat harus mengakui bahawa krisis makanan sedunia dan kenaikan harga minyak sedunia adalah satu realiti. Kalau Parti komponen BN Sabah Sarawak keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat, pening juga kepala otak untuk menyelesaikannya. Kerajaan BN cuma bergantung dengan pegawai kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Bukan ianya datang dari buah fikiran Shahrir Samad . Kalau Pakatan Rakyat memerintah, kita akan gunakan pegawai kerajaan yang sama. Secara terbuka, Shahrir Samad mengatakan dia memerlukan penyelesaian. Di mana penyelesaian Pakatan Rakyat? Adakah kita hanya tahu menyalahkan mereka? Mungkin Ya. Mungkin tidak, Mungkin di fikiran pembaca mempunyai idea yang tidak dapat dibaca oleh fikiran saya, mahupun f...