Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Santai

Cerita Rambutan yang Perlu dikongsi

Beberapa hari lepas saya buat posting di facebook sebegini Buah mangga masak sampai tak sempat nak kutip.Kintan Man sungguh2 nak agihkan mangga.Buah Rambutan masak sampai tak... Posted by Hasbullah Bin Pit on  Tuesday, July 21, 2015 Buah mangga masak sampai tak sempat nak kutip. Kintan Man sungguh2 nak agihkan mangga. Buah Rambutan masak sampai tak sempat nak ambil. Banyak lagi buah yang masak tak sempat nak nak ambil. Tapi orang merungut "ekonomi jatuh" Sedangkan yang melimpah ruah itu, gagal dimanfaatkan untuk jual, atau beri orang atau bintang. Memang niat saya untuk panjat dan habiskan Rambutan di permatang serai untuk agihkan pada orang. Namun entah bagaimana keadaan tak mengizinkan. Jadi suatu petang saya mengayuh basikal, dan lalu ke Sempang, kebetulan, sedang berlaku aktiviti mengnurunkan buah rambutan. Saya disaran untuk bawa balik 1 plastik besar rambutan itu. Jenuh juga kayuh basikal dari sempang kembali ke Merlimau sambil pega...

Contoh Aku Janji GST

OK awak Saya janji dengan awak ni , saya janji ni... Saya janji akan bayar GST sampai habis nyawa saya Melainkan awak tak daftar GST, saya tak boleh buat apa-apa OK awak, saya janji lagi satu , Saya akan bayar , sampai saya mati Lagi 1 Saya janji, saya akan jadi yang terbaik untuk bayar,melainkan saya sudah tiada Ha Ha lagi 1 Awak ingat tak hari ini hari apa? Hari ini hari sabtu Jawapannya adalah kita dah 4 hari yeah dah 4 hari dah kita BerGST saya harap kita dapat bersama-sama sampai selama-lama-lama-lamanya selama-lamanya selamanya bukan setahun bukan sehari bukan 2 hari bukan 4 hari bukannya apa-apa-apa Selama-lamanya Saya nak cakap lagi ni, saya sayang sangat...

Fesyen nenek pada tahun 2035

Dialog antara cucu dengan nenek pada tahun 2035 ... Cucu: Nenek .. Kenapa baju baju nenek semuanya fesyen 20 tahun lepas? Nenek: Dulu, masa tahun 2015, kerajaan nak buat GST. sebelum GST itu, nenek beli baju banyak banyak, sampai 1 kontena, sudah 20 tahun nenek hanya pakai baju yang nenek beli itu sahaja. Cucu: oooo, berapa harga sehelai baju itu nenek? Nenek: antara RM 30 - RM 100. Cucu: eh, murahnya... Sekarang ni, nak cari baju bawah RM 10,000 pun susah. Nak tanya lagi boleh tak? Nenek: boleh cu..... Cucu: Masa tahun 2015 dulu, "Jebon" itu apa?

Di Mana nak beli Jubah Nursing mesra penyusuan Ibu?

Di Mana nak beli Jubah Nursing mesra penyusuan Ibu? Susah nak cari? Jubah memang ada banyak jenis. Ini bukan cerita jubah lelaki teapi cerita jubah perempuan, jubah muslimah. Yang bukan Islam pun boleh pakai jubah juga, tiada larangan. Ada jubah yang sarung terus, memang tiada ruang untuk buka dan menyusukan budak/bayi. Ada jubah yang memang ada ruang bukaan tetapi tak besar untuk menyusukan baby. Memang pening kalau pergi kedai jual jubah, tetapi kita kena selak satu satu nak cari. yang mana boleh buka yang mana tak boleh buka. Ini gambar contoh bukaan yang boleh nursing. Jadi saya nak bantu anda untuk boeh terus pilih Jubah Muslimah Nursing yang mesra penyusuan ibu . Zaman dulu, memang susah nak cari, sebab dulu orang tua-tua sahaja pakai jubah, orang tua sudah tak beranak lagi. Jadi dengan adanya jubah nursing, terus boleh tutup aurat, sambil boleh menyusukan anak. Tak perlu selak baju sampai nampak perut. Kalau Tak suka jubah menyusu muslimah murah ...

Hari Ini Saya Baru Sedar Umur sudah 40 tahun

Hari Ini Saya Baru Sedar Umur sudah 40 tahun. Saya memang selalu lupa umur, jadi setiap kali itu saya mengira tahun. 2014 - 1975 = 39 Maka 39 tahun. "Sekarang ini 2015 lah". Eh, rupanya kaedah kira umur menggunakan kiraan pun salah. Tahun tak berganjak lagi. Mana tidaknya, baru beberapa hari lepas masih lagi 45 Disember 2014 .

Berita Emas Tersontot: Anak Bulan Masih Belum Kelihatan

MELAKA, 45 Disember - Ramai orang masih lagi menunggu ketibaan bulan Januari. Namun ada pihak yang masih lagi inginkan Bulan disember, kerana modal dijanjikan untuk dikembalikan pada Disember. Manakala pihak penyontot pula lebih gemar bulan Disember 2014 dilanjutkan sehingga 314 hari. Kejadian perlanjutan bulan disember itu dikatakan berkalu kerana anak bulan Januari masih belum timbul. "Ku tunggu, punya tunggu, bulan tak timbul timbul" , kata seorang penunggu anak bulan. Tidak ada perhimpunan berlaku, kerana bulan disember masih belum berakhir. Namun begitu, keadaan agak pelik, apabila penjawat awam sudah mula berhimpun, di mesin-mesin  ATM.  Bonus Kerajaan beserta gaji, yang dijanjikan untuk dibayar pada 1 Januari, telah ada dalam  akaun penjawat awam.

Terkejut 'bela' kacang dalam telefon bimbit

MERLIMAU - Seorang Lelaki terkejut melihat foto kacang merah yang tersimpan secara sulit di dalam telefon bimbit miliknya. Hasbullah Pit, 39, berkata, dia yang musykil dengan perkara itu membuat semakan di telefon jenis sama milik rakan lain. Menurutnya, tindakannya itu turut mengejutkan rakan kerana masing-masing tidak mengetahui perkara itu. “Saya terkejut melihat anak menekan About Device kemudian menekan Menekan Android berturutan lalu keluar gambar kacang merah. Hasbullah berkata, gambar kacang berkenaan menimbulkan kemusykilan mengenai status telefon bimbit yang mempunyai gambar kacang dibawa masuk ke dalam restoran yang tidak membenarkan bawa makanan sendiri. Menurutnya, pelbagai cara dilakukan untuk memadam gambar tersebut, namun tidak berhasil kerana dimasukkan automatik dalam telefon bimbit jenama berkenaan. Agak mengejutkan lagi, apabila di telefon isterinya, tidak keluar gambar kacang apabila menekan kod yang sama, sebaliknya keluar gambar lolipop

Monica Seles Ditikam

Masih Ingatkah lagi pada Monica Seles? Seorang Pemain tenis? Dia terpaksa berhenti bermain tenis kerana ditikam ketika perlawanan. Dipercayai akibat daripada Judi sukan, yang dipelajari daripada aktiviti "main tikam". "Macam mana nak bet?" "Tikam sajalah!"

Bersih, Cekap dan Amanah

, dan

Sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Tak mahu adakan pilihanraya di Seputeh

Sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Tak mahu adakan pilihanraya di Seputeh atas alasan pembaziran. Adalah lebih baik tugas itu diserahkan kepada Suruhanjaya Tenaga kerana mereka lebih pakar dalam melakukan sesuatu dengan Efisyen dan Cekap Tenaga.

Gambar Kereta Evo Peronda Polis Terbalik

Gambar Kereta Evo Peronda Polis Terbalik Tiada siapa yang mengalami kecederaan.

Tersilap Rajagopal pula

Tersilap Rajagopal pula

Lambat Cabut & Polisi Nilai Matawang Rendah

Masih ingat lagi teka teki sebegini... Sebutkan satu sebab yang sama kenapa Gigi sakit Perompak kena tangkap Perempuan Mengandung Ubi kayu jadi besar Jawapan : Kini ada lagi 1 teka teki. Sebutkan satu sebab yang sama kenapa berlaku krisis disel berlaku krisis minyak masak berlaku krisis gula berlaku masalah subsidi gula berlaku masalah subsidi petrol penyeledupan disel ke luar negara bil elektrik naik masalah subsidi beras  Jawapan:

Penyokong Kelantan Tertidur Sebelum Wisel Penamat

This is GATA!!!

"This is Madness ...." "Madness?" This is GATA !!

Batu Kemerdekaan di Bilik Air

Ini adalah Batu kemerdekaan. Letaknya hanya di bilik air. Apa yang "Merdeka"nya batu itu? Umar merdeka daripada kebergantungan ibubapa untuk membuka pancuran air.

Kenyataan Media: Fitnah Berkenaan Keruntuhan Stadium Sultan Mizan

Berikut adalah kenyataan media daripada pihak yang mengaku bertanggung jawap tentang keruntuhan stadium Sultan Mizan ----- mula ---- KENYATAN MEDIA: FITNAH BERKENAAN KERUNTUHAN STADIUM SULTAN MIZAN Pihak kami membantah dengan keras wujudnya pihak yang manabur fitnah, kononnya sekutu Ultraman yang meruntuhkan Stadium Sultan Mizan. Fitnah itu dibuat bertujuan untuk merendahkan keupayaan kami yang merancang untuk membuat serang balas. Pihak kami mengaku bertanggung jawap meruntuhkan Stadium Sultan Mizan, dan bukannya ultraman seperti yang didakwa oleh pihak tertentu. Pihak kami telah menghantar StarStream, untuk meruntuhkan Stadium itu, sebagai bantahan kebisingan yang dilakukan oleh Jet Sukhoi. Untuk makluman, pihak kami tidak mempunyai anggota yang mampu bertukar kepada Sukhoi SU 30 MKM. Selain itu, pihak kami juga membantah cubaan pihak tertentu yang cuba menyamar sebagai Star Scream untuk berjumpa dengan saya di dasar lautan Atlantik. Saya dapat mengesannya kerana di ...