Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel apple

PETRONAS Hentam Telco dan Apple

Saya baru sahaja menonton iklan Raya PETRONAS di Laman blog WhiteNaval . Memang pedas PETRONAS hentam telco (Syarikat Telekomunikasi). Iklan itu menunjukkan betapa lemahnya Sistem telekomunikasi di kawasan luar bandar sehingga GPRS pun tidak ada. Sudahlah "telefon" rosak, Tidak pula dinyatakan telefon yang rosak atau talian yang rosak. Anggaplah hanya telefon yang rosak, maka sepatutnya Komputer riba boleh menggunakan PSTN untuk sambung ke internet, akan tetapi, iklan itu menyerlahkan ketiadaan modem PSTN pada Macbook sebagai punca pemuda itu terpaksa ke pekan. Selepas 51 tahun merdeka, masih ada lagi kawasan kampung yang tidak menerima GPRS dan PSTN yang tidak stabil?  -- kemaskini 3:20 pm Jangan lupa baca Pandangan PakciQue

Airport Express : Peranti Audio WiFi merangkap router

Hahaha Kini Audio wifi jadi realiti, saya sudah membeli Airport Express, ianya sebenarnya adalah router wifi biasa, tetapi ada tambahan ciri-ciri audio dan cetakan. Sebenarnya saya beli ia sebagai penerima audio wifi, tetapi dia dah ada sekali router. Maka Tamatlah khidmat router wifi pada mac mini ini, kini mac mini jadi klien seperti komputer biasa. Memang sejak dulu saya tercari penyelesaian audio secara wifi, hampir nak beli appleTV, tapi rupanya Airport Express ada airtunes. AirTunes membolehkan audio diterima dari iTunes, samada dari Windows atau MacOSX, kemudian audio itu boleh disambung secara analog ke amplifier atau earphone/headphone DAN juga boleh disambung menggunakan optikal/digital. Memang ramai orang tidak tahu bahawa kebanyakan peranti keluaran apple boleh mengeluarkan audio secara digital samada dalam format PCM atau DTS, disebabkan lubang menyambungnya adalah yang sama dengan stereo minijack biasa. Kabel optikalnya memang susah untuk dicari. Kalau nak cari, nama kabe...

JawapCarian: Beli lagu format Apple Lossless

Kiriman blog ini adalah yang pertama ditulis hanya untuk menjawap carian google. Format lagu Apple Lossless adalah satu format pemampatan audio proprietari ( baca: bapak_kau_punya ) milik apple. Apabila kita berkata tentang Lossless Audio, ia bermaksud, walaupun ia dimampatkan, kualiti audio tetap sama dengan CD Audio. Selain Format Apple Lossless, terdapat juga format Audio Lossless yang lain, seperti flac . Nak cerita panjang fasal Audio Lossless boleh, tapi ia agak memeningkan. Sila baca :- http://www.hydrogenaudio.org/forums/index.php?&showforum=69 Jadi dimana nak beli Lagu format Apple Lossless? Mungkin anda seorang pemilik iPod. Format Audio Lossless tidak dijual dikedai berdekatan, mahupun di Apple Store. Tapi untuk mendapatkan Audio Apple Lossless, anda hanya perlu beli CD Audio dikedai berdekatan. Gunakan iTunes untuk rip lagu itu menjadi Apple LossLess. Fail yang dihasilkan ialah .m4a nota: Tak semua .m4a adalah Apple Lossless. Pastikan tetapan dia sebegini. Seletas masuk...