Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Arif Shah

Arif Shah Kena Tipu Oleh Siapa?

Harapnya cerita ini belum basi lagi, kerana Pilihanraya Permatang Pauh sudah berakhir. Ketika awalnya Arif Shah mengatakan dia sedang sambung belajar di Edison University of Technology, secara jarak jauh kononnya di UK. Maka berbanggalah dia mengatakan dia sedang belajar PHD dalam surat khabar pada 14 Ogos. Apabila ramai blogawan mempersoalkan PHDnya, 10 hari selepas keluarnya cerita dia mengambil PHD maka dia pun mengakulah bahawa dia kena tipu . Calon BN bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah mengakui tidak menghabiskan pengajiannya di peringkat kedoktoran falsafah atau PhD selepas universiti tempat beliau belajar itu, disyaki menjual diploma dan ijazah palsu. Beliau menjelaskan demikian selepas timbul persoalan mengenai kelayakan akademiknya. Ketika ditemui Malaysiakini , beliau berkata, PhD itu tidak diiktiraf, jadi beliau berhenti. Agaknya bila dia berhenti?Adakah ketika berita dia mengambilPHD, ketika itu dia masih ditipu? Siapa lagi agaknya yang kena ti...