Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Johor

Berapa Harga Sultan Johor Jual Singapura Kepada British?

Saya telah berjanji kepada Prof Abdullah , (laki Puan Ainon ) untuk "menterjemah" berapakah nilai Pulau Singapura yang dijual kepada British oleh Sultan Johor. Agak sedih dam memalukan apabila membaca kandungan perjanjian itu. Persetiaan antara Great Britain dengan Johor, 1824 — menyerah sepenuh kedaulatan dan hak … untuk selama-lamanya … Orang Johor , sila baca secara menyorok-nyorok. Antara yang menyedihkan... Perkara III Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol , bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepany...

Fitnah Tidak Memenuhi Spesifikasi

Saya memang kerap membaca blog Saudara Khairul Faizi , sering membanca kenyataan-kenyataannya termasuk kenyataan rasmi yang mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ). Setiap dokumen untuk bacaan awam mesti mempunyai Nombor rujukan. contoh No Rujukan : PAS/DPP.n/n.n(n/n) Entah bagaimana, Terdapat satu fitnah yang kononnya DPPNJ mengeluarkan kenyataan . Sekali pandang pun sudah tahu, TIADA NO RUJUKAN !

Permasalahan ADUN DAP Johor dan Melaka, Lim Kit Siang Tidak Peduli?

Saya sering membaca blog lim Kit Siang , sejak dari dulu. Namun saya juga membaca blog-blog DAP Melaka, terutama Blog Saudara Damian . Jarang pula membaca blog DAP Johor. Suatu ketika dahulu, ADUN DAP Melaka ditangkap kerana tuduhan "curi besi" , akan tetapi tiada apa-apa catatan tentangnya diblog Lim Kit Siang. Sokong pun tidak, simpati pun tidak, kenyataan apa pun tidak kedengaran. Kini saudara Damian mempersoalkan kenapa pertuduhan tidak dikeluarkan setelah "ditangkap" . Namun tiada apa yang dikatakan oleh Uncle Lim. Baru-baru ini, ADUN DAP Johor , YB Dr Boo Cheng Hau. telah gagal menyelesaikan Ucapan penangguhannya, kerana dewan telah dikosongkan oleh ADUN BN , Menyebabkan sesi itu menjadi tidak cukup korum. Tiada apa yang diulas oleh uncle Lim. Nasib baik untuk Kes ADUN DAP Melaka, PAS Melaka perihatin dan untuk kes ADUN DAP Johor, Khairul Faizi juga yang perihatin . catatan berkaitan: Pakatan Rakyat negeri Melaka Terpinggir dari Pakatan Rakyat Pusat?

Pulau Batu Putih: Johor Mesti Minta Gantirugi dari Persekutuan

Saya amat sedih mendengar berita kehilangan Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura secara rasmi. terus kukenang bagaimana patani jatuh ke tangan Siam secara rasmi pada Perjanjian Bangkok. Bagi orang Johor, Nasib pulau milik Negeri itu ditentukan bukan oleh mereka. Ianya ditentukan peguam persekutuan lawan peguam Singapura ditentukan oleh hakim asing. Menurut sejarah, apabila siam menyerang patani, tentera dari terengganu juga turut membantu tetapi tetap gagal. Mungkin kerana tidak cukup bantuan. Kini Johor umpama diserang Singapura. Tanahnya "dibeli" sedikit demi sedikit oleh Singapura untuk mengembangkan empayar mereka. Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan mempertahankan Pulau Batu Putih. Sekurang-kurangnya kita sedar akan kedaulatan negara itu penting. Kedaulatan Johor yang bersempadan dengan Singapura juga penting. Langkah yang saya kira penting untuk menyedarkan lagi tentang peri pentingnya kedaulatan Negara dan Johor ialah mengambil tindakan keras terhadap Per...

Khairul Faizi 1 - BERNAMA 0

BERNAMA akhirnya memohon maaf atas kesilapannya ketika menyiarkan artikel mengenai "Alif", Khairul Faizi, secepat kilat menerima permohonan maaf itu . Kalau saya jadi Khairul Faizi, saya akan tambah ayat " Diharap BERNAMA akan PAS Johor akan lebih bekerjasama pada masa hadapan ". hehe Berikut adalah kronologi Alif, Karpal Singh, dan Khairul Faizi. 1, Saya telah melihat dengan mata sendiri shoutbox yang menulis tentang "Darah Karpal Singh halal dibunuh". Ketika itu saya sering melawati laman web PAS johor bahru kerana ingin membuat rss menggunakan Yahoo!Pipes. (disebabkan oleh ketiadaan rss di laman itu) 2. DAP Johor ternampak tulisan itu, sehingga Karpal Singh membuat laporan Polis. 3. Dr Mahfuz, Pesuruhjaya PAS johor mengeluarkan kenyataan memohon maaf . 4. Terdapat berita yang mengatakan Khairul Faizi yang membawa "Alif" Ke bala polis. 5. Penarik Beca hentam . (sekira ia benar) 6. Khairul Faizi mengeluarkan penafian yang dirinya terlibat . 7. K...

Khairul Faizi dan Budaya Berblog PAS, Lanjutan Kes Namanya Diperguna

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS NEGERI Johor, menyiarkan emelnya ke Malaysiakini dan Malaysiakini memberitahu ianya adalah sumber berita daripada BERNAMA . Di Catatan blognya juga tersiar akan satu berita , yang menceritakan tentang dirinya mencari daripada mana datangnya punca namanya tersiar. Khairul Faizi menambah, beliau "amat terkejut" apabila dikaitkan dengan isu kontroversi tersebut seperti diberitakan. Dhubungi hari ini, Khairul Faizi berkata, Pemuda PAS negeri termasuk beliau tidak terlibat dalam laporan polis berhubung kes berkaitan. Ditanya pihak yang terlibat, beliau berkata "tidak tahu". "Saya ada bertanya PAS negeri, tetapi PAS negeri juga tidak tahu-menahu tentang soal ini," katanya."Kemungkinan PAS (kawasan) Johor Bharu, kerana berita itu dimuatkan di laman web PAS kawasan tersebut. Bagaimana Laman PAS Johor Bahru boleh memuatkan berita tentang Ketua Pemuda Negeri tanpa usul periksa? Budaya salin tepek? Kini bukan persoalan Karpal Si...

Khairul Faizi Nafi Dakwaan Dia Mengheret Pelajar Serah Diri

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor menafikan dia mengiringi Pelajar Kolej untuk diserahkan ke Balai Polis, Akibat dakwaan "menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor." Menurutnya, dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kluang tetika itu. Kenyataan beliau di blognya " Minda Kembara Perjuangan " Salam hormat, Saya telah membaca berita bertajuk " Ugut Karpal : Pelajar Kolej Serah Diri" dalam halaman web Malaysiakini pada 28 April 2008 pukul 11.30 malam setelah dihubungi oleh rakan saya yang memaklumkan berita mengenai saya telah disiarkan. Saya amat terkejut apabila dalam berita ini telah memaparkan bahawa saya bersama empat pemuda PAS Johor telah mengiringi eorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor pada pukul 1 tengahari. Untuk penjelasan, pada pukul 1 tengahari 28 April 2008, saya dalam per...

Amanah Saham Johor: Pendapat PAS Johor vs Tawaran JCorp

Ceritanya di Sini . Bagi saya, Ketua Eksekutif JCorp memang bersalah apabila meramalkan ia akan naik 500% daripada RM 1.00 kepada RM 5.00 "ASJ telah mendapat sambutan hebat di kalangan orang Melayu Johor berikutan kenyataan Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Jcorp, Tan Sri Mohamad Ali Hashim, yang menyatakan nilai saham ASJ akan ditingkatkan sehingga RM5.00 seunit dalam tempuh lima tahun, iaitu pada 1997 (sila rujuk "Suara Johor", buletin rasmi Kerajaan Johor terbitan Jun 1996, halaman 10). "Kenyataan ini menyebabkan ramai rakyat Johor menganggap ASJ seperti 'Skim Cepat Kaya' atau 'Skim Pak Man Telo', disebabkan keyakinan yang tinggi menggunung, pelabur telah membuat pinjaman bank antara RM10,000 hingga RM150,000, untuk dilaburkan di dalam ASJ. Akan tetapi pelabur sepatutnya perlu tahu apa risiko yang ada. Mengapa rakyat Johor terlau bodoh untuk mempercayainya? Mengapa harus meminjam untuk melabur tanpa mengkaji prospektus ASJ dengan lebih te...