Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel nuffnang

Penetrasi Mudahalih vs Blogawati + Nuffnang

Penetrasi mudahalih (Mobile penetration) meningkat dengan jayanya. Hasil kerja Google dengan Androidnya dibantu oleh rakah perkakasannya dari Asia, menjadikan peranti mudahalih menjadi murah. Dulu ketika saya berblog, mungkin Google Adsense jual mahal, susah untuk luluskan blog tempatan. Maka ramai beralih ke Nuffnang, Advertlets pun ada ketika itu. Nuffnang menjaga baik blogger terkemuka , sehinggakan ada kadar khas gelirati pada blogger yang lebih tinggi daripada bukan gelirati. Saya mengambil sedikit masa untuk melihat manakah blog popular yang mesra mobile, yang mana boleh diiklankan secara mobile pada blog tersebut. Cari punya cari, umpama mencari rambut di dalam tepung. Kebanyakkan blog tempatan adalah Nuffnang, dan mereka biasanya tidak menghidupkan versi mobile mungkin kerana iklan nuffnang tidak keluar di situ. Tetapi Nuffnang belum ada pakej iklan mobilenya. Jadi macam mana kita nak iklan pada blog blogawati mudahalih? Cari punya cari, baru jumpa 2 blog bloga...

Semua Orang di Merlimau dapat Cek Nuffnang?

Hari ini saya berurusan berkaitan dengan Cek Nuffnang yang diterima wawa . Tengahhari saya bertelefon dengan silembiks dan juga ada bercerita tentang cek nuffnang. Kemudian sebelum saya ke Ayer Keroh, jumpa sebentar dengan Assirkami , terus saya tanya, "Dapat cek Nuffnang?" Dia jawap "Dapat" Agakya semua orang di Merlimau dapat cek Nuffnang? SamDaddyCool dapat tak? Ketika di Ayer Keroh untuk mengebankkan cek wawa, saya ternampak satu pejabat peguam yang macam pernah nampak di dunia blog. Tidak pula saya singgah untuk bertanya " Puan Emy, Dapat Cek Nuffnang tak?", kerana dia tidak menggunakan Nuffnang.

Tag dan Peristiwa

Saya mula memblog berpunca daripada ketidaktahuan saya akan dunia berblog. Punca utama saya berblog adalah saya tak tau apa maksud "kena tag", (sila ketawa sekarang) . Maka seperti biasa, alat untuk saya mengorek maklumat ialah google. Kudapati, "tag" boleh dijadikan alat untuk meningkatkan trafik. Akan tetapi hakikat sebenar "kena tag" adalah tidak sama dengan tag pada kiriman blog. kalau dalam blogger, dipanggil "label". Label atau tag ini akan diproses oleh enjin carian (yang memahami tag), dan boleh digunakan banyak kali untuk mengkaitkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Setelah berbelog dalam beberapa bulan, maka kesimpulan yang diperolehi adalah "Budaya berblog adalah tidak sama dengan teknologi berblog" Tidak semua pemblog, termasuk pemblog yang tersohor, menggunakan teknologi berblog sepenuhnya. Termasuklah dari sudut perkongsian maklumat. Apa yang saya hendak cerita disini adalah pengamatan saya tentang penggunaan tag oleh p...