Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel blogawan

Akaun Facebook kena beku... Budaya 'berkunjung' blogawan

Akaun Facebook dibekukan. Entah bagaimana terus tak boleh nak aktifkan semua. Ceritanya lebih kurang sebegini... Jadi aku rasa nak terus ubah budaya penggunaan internet dengan kembali berblog. Duduk dalam facebook, banyak rugi kandungan data. Apa yang kita taip semuanya hilang, kalau akaun masih ada pun, ianya tenggelam di dasar. Terjumpa pula geromblan manusia yang aktif berblog, generasi baru. Bukan generasi kawan-kawan blog yang lama yang kebanyakkannya sudah ke Facebook. Mereka ini sering share posting blog ke Google+ tapi jarang pula posting status di Google+. Tapi ada juga yang kedua-duanya sekali, macam Ayuni . Ada juga yang google+ sahaja, tanpa blog. Ini semua kawan-kawan baru saya. Dalam dunia blog ada 1 budaya "berkunjung", Dimana sesiapa yang pos blog, akan lawat blog kawan kawan dan tinggalkan komen. Pemilik blog itu pula akan melawati blog pengkomen-pengkomennya. Budaya berkunjung hampir mati dalam facebook. Pengguna hanya baca yan...

Menulis secara prejudis

Sekiranya seorang penulis blog itu menulis secara prejudis terhadap seseorang, Maka pembaca akan anggap penulis blog itu prejudis. Duduk di tempat VIP pun nak sangka buruk? Blog mana yang sering prejudis terhadap Tuan Guru Haji Hadi?

SEMINAR BLOGGER (Apa yang nak ditulis dalam blog anda)

Tadi, Prof Hamirdin SMS saya supaya iklankan seminar blog di blog saya, maka saya iklankan   SEMINAR BLOGGER (Apa yang nak ditulis dalam blog anda ) TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER YANG BERMINAT (Berdasarkan 100 orang yang pertama) Sila e-mail kepada almariff@hotmail.com Tarikh : 20 Disember 2008 (Sabtu) Tempat: Bilik Seminar, Masjid Jamek Hasanah ,Bandar Baru Bangi, Selangor Pendaftaran RM10.00 je ATURCARA 8.00 pagi :Pendaftaran 8:20 Pembukaan & Perasmian 8:30 Sesi 1 [Prof. Dr. Hamirdin Ithnin] 9:30 Relaks 9:35 Sesi 2 [Hasbullah Pit] : "RSS dan Aliran Maklumat Blog Tempatan" 10:35 rehat & minum & berkenalan 11:00 Taaruf bagi semua bloggers 11:30 Sidang Pleno 1:00 Tamat Pengumuman penting:restoran disediakan. Lepas makan bayau sendiri Saya tanya dia, boleh saya bentangkan? dia jawap "Boleh" Maka saya sedang fikirkan tajuk kertas kerja yang sesuai hendak dibentangkan. Ada 2,3 tajuk dalam kepala otak sekarang. Maka saya nak booking sesi selepas rehat selam...

Hutan dan Minyak

Hari ini saya berbangga menjadi blogawan Melaka kerana wujudnya 2 penulisan blogawan Melaka yang cukup berkualiti. 20:08   BERSEDIA MENGHADAPI KRISIS KEKURANGAN MINYAK DI MUSIM PERAYAAN » angkasanuri.blogspot.com     17:51   MELAKA PERLUKAN HUTAN » hamirdin    Selamat membaca.

Saya Tidak Setuju Vigil Digunakan Sebagai Kaedah Solidariti untuk Sheih

Agak terkejut saya apabila Puan Aiman Athirah Al Jundi (Muslimat PAS) mencadangkan supaya diadakan menghebahkan supaya hadir ke "vigil" sebagai solidariti terhadap penangkapan Sheih Kickdefella. Solidarity Vigil Untuk Kickdefella Esok, 18 September 2008 » Pena Perjuangan Kepada semua aktivis dan reformis Malaysia Baru, esok Khamis, 18 September 2008 ; satu program Solidarity Vigil For Kickdefella akan diadakan pada jam 8.30 malam infront Commercial Crime, KL. DATANG JANGAN TAK DATANG! Vigil itu upacara keagamaan Kristian, Umat Islam mana boleh lakukan acara keagamaan Kristian. Ketika Teresa Kok dulu ditahan, memanglah orang kristian akan adakan upacara vigil kerana Teresa adalah Kristian, dan ianya dianjurkan oleh golongan kristian (atau golongan yang tidak berpegang teguh pada agama). Saya tidak boleh melarang orang kristian untuk melakukan vigil sebagai solidariti untuk Teresa, akan tetapi penganjur mestilah kemukakan cara alternatif supaya umat Islam juga boleh membantah...

Raja Petra Dikurniaan Status Blogawan oleh Shaziman Mansor?

Beberapa hari lalu, laman web Raja Petra, Malaysiatoday, tidak dapat diakses melalui alamat asalnya oleh pengguna pelayan DNS TMNet. Dan ia mencetuskan satu polemik dimana pembaca adalah terbahagi kepada 2. 1. Yang pro kepada OpenDNS 2. Yang mengganggap memasuki melalui alamat alternatif lebih mudah. Ada juga yang terlalu bermain dengan nslookup sehingga mendaftar domain sendiri . Walaubagaimanapun, penamatan sekatan terhadap Malaysiatoday, adalah juga bererti penamatan sekatan terhadap blog . Raja Petra yang dahulunya bukan penulis blog , kini diiktiraf sebagai blogawan .? Dimana RSS Malaysiatoday sehingga Raja Petra diiktiraf sebagai blogawan?

Aksi Blogawan Ketika PRK Permatang Pauh

Pilihanraya Permatang Pauh, berlaku ketika Beras Padu baru dihidupkan semula. Maka terpaksalah saya melihat gelagat blogawan mengemaskini blog masing-masing seberapa pantas yang boleh. Awal pagi, Mutaligat sudah menceritakan tentang pengundi datang awal , dan Perayu undi main ejek-ejek . Kemudian dia menceritakan tentang topeng Anwar yang tidak dibenakan pakai . Tidak lama selepas itu Puan Emy pula membuat catatan dengan gambar kanak-kanak sedang main basikal memakai topeng Anwar. Topeng Anwar tidak dibenarkan dipakai kerana takut kanak kanak hilang sehingga sukar dijumpaikah? Kemudian ramai lagi yang menceritakan tentang Anwar sudah mengund i, ramai juga menceritakan tentang hujan sudah turun. Tidak ketinggalan yang menceritakan tentang daftar pemilih yang berbeza. Kemudian Puan Emy membalas dengan " penjelasan "nya. Mutaligat menceritakan tentang Perayu Undi BN yang longlai. Selepas cerita hujan turun , maka ramai-ramai blogawan di Permatang Pauh mencerita kan tentang hu...

Blogawan

Hari ini saya terjumpa satu istilah "blogawan" yang memberi maksud penulis blog. Saya meminati istilah itu untuk menggantikan "blogger" yang sering dikelirukan dengan "blogger.com". Pernah saya ceritakan pada kawan saya, "bloggers" (ada s) merujuk kepada orang, blogger tanpa "s" merujuk kepada blogger.com. Agak pelik juga apabila menggunakan "bloggers" yang ada "s" untuk penlisan bahasa Melayu. Maka istilah blogawan agak sesuai. Perlukah ada "blogawati" untuk menulis blog wanita? Sebelum ini istilah blogawan telah digunakan oleh tiger ., hisyam dan lain-lain