Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Demo

Dibebaskan dengan Ikat Jamin , Makanan di Lokap

Saya antara " 17" yang lambat dibebaskan dalam penangkapan ketika Demonstrasi Mansuhkan I.S.A. Saya ditahan pada  11 pagi 1 Ogos, dan keluar lebih kurang pukul 6 petang 3 ogos. Sebenarnya bukan "17 yang belum dibebaskan", ianya 30. Kalau tidak termasuk YB Sivarasa, 24 lelaki & 5 perempuan. 1+24+5 = 30. Ramai yang ditangkap ketika hari demonstrasi, ramai juga yang tidak sempat berdemonstrasi, tetapi sudah ditangkap. Dalam ratusan yang ditangkap ketika hari itu, tidak sampai seratus yang berjaya polis bawa lari ke Bukit Jalil untuk diremankan. Orang Melaka ialah saya, Jazlan, Fetri dan Helmi (Unit Amal), Pada hari ahad, berlakunya perbicaraan dimana pihak polis perlu meminta tambahan haridireman, namun ramai dibebaskan kerana didapati tiada keperluan untuk menambahkan bilangan hari untuk direman. Maka tinggallah 26 orang lelaki sahaja. Sel YB Sivarasa berhadapan dengan sel saya, disebabkan kesemua penghuni sel beliau telah keluar, maka dia dipi...

Persidangan G20 Membosankan

Tiada apa yang terlalu baru diperbincangkan di persidangan G20 di kota London. Obama dan Brown  dengan pakej rangsangannya. Peranchis dan Jerman mahu perketatkan peraturan. Persoalan matawang seolah-olah diketepikan daripada persiangan G20. Che Det pula ada seminar berasingan di London untuk menhentam matawang. Pendemontrasi dari perlbagai jenis demonstrasi melakukan demonstrasi. 1 orang sudah terkorban. Ada yang Anarki Ada yang pro alam sekitar Ada yang anti perang Ada yang bawa bendera Palestin. Ada Bank kena pecah. Tengok gambar di sini Mana polis British? Polis British di Malaysia sudah jumpa jalan pulang balik ke London? Gambar Unit Simpanan British sedang mencari Jalan Pulang ke London. "Boss, macam mana kita nak balik London" "Anarki , Sosialis sudah merusuh, pecahkan Bank" "Kita nak balik lalu mana bos?" "Jalan Laut belum jumpa lagi kah?" "Tumpang Hamilton tak bolehkah boss?

Di Masjid MITC , Polis Gagal Menangkap Perasuah,

Sepasukan Polis telah gagal menangkap perasuah pada perhimpunan di Masjid MITC. Polis merapati Saudara Adly, mungkin kerana mukanya ada iras-iras perasuah itu? Mungkinkan wajah perasuah itu, menyerupai Adly sekiranya perasuah itu mencukur misainya? Orang ramai, berdiri dalam sesi kawat cam itu. Terdapat seorang Doktor tersohor di Merlimau, memperagakan janggutnya, supaya dia tidak kelihatan seperti perasuah yang dicari. Wujud juga kemungkinan perasuah itu memakai janggut palsu. Beberapa polis, memberagakan topi keledarnya, sambil mencari perasuah setelah mendengar laungan.. "Polis! Polis!" "Tangkap Ali" "Ali Apa?" "Ali Rustam" Namun usaha mereka gagal. Namun, usaha mereka tidak sia-sia, kerana berjaya menangkap sebatang kayu. Kayu itu pernah terlibat dalam demonstrasi menentang Kezaliman Israel di Masjid Al-Azim dulu. Itulah pertama kalinya kayu itu cuba mengibarkan bendera Melaka. Sebelum ini ia sering mengibark...

Unit Simpanan British Masih Belum Jumpa Jalan Pulang

Ketika kurun ke 15,  (1400 - 1500), orang Inggeris masih belum jumpa jalan Laut untuk ke Asia.   Hari ini, Unit Simpanan British masih belum lagi menjumpai Jalan pulang ke England. Bagaimana mereka untuk balik ke Istana Buckingham? Belum jumpa jalan pulang. Bagaimana polis british nak balik mengadap Permaisuri Victoria? Eh, Tahukah mereka bahawa Permaisuri Victoria sudah lama mampus. Kasihanilah mereka. Gambar Unit Simpanan British sedang mencari Jalan Pulang ke England. "Kita nak balik lalu mana bos?" "Jalan Laut belum jumpa lagi kah?" "Kalau lalu darat tak boleh kah?" sumber gambar: minoq_jjinggo

Video Unit Simpanan British Mempertahankan Kedaulatan Bahasa Inggeris

Ketika Demonstrasi menentang PPSMI , Unit Simpanan British telah dikeluarkan dari simpanannya untuk mempertahankan Bahasa Inggeris. Kedaulatan Bahasa Inggeris berjaya dipertahankan oleh mereka setelah mereka mengawal "Jalan Atas"  yang perlu dipanjat oleh pendemonstrasi. Maka Unit simpanan British itu perlu menguasai bahagian yang boleh dipanjat (gambar kawasan yg boleh dipanjat tidak jumpai pula). Maka Unit Simpanan british melakukan aksi ke arah penguasaan itu. Livat video

Demo PPSMI: 5 Polis British Cawangan Khas Kena Jerkah

Apa terjadi selepas A.Samad Said kelihatan seperti ditahan polis British ? Ketika itu saya berada di kawasan atas, akibat daripada gencatan serangan gas pemedih mata apabila adanya Samad Said. Makin ramai orang berjaya naik ke atas. Pendemonstrasi di arah untuk beredar, tetapi saya beredar di satu taman di sebelah kanan. Di sini hanya ada tidak sampai 10 orang pendemonstrasi yang berlindung disitu. Keadaan agak aman, serangan gas hanya ditujukan kepada pendemontrasi yang masih di jalan atas. Kemudian Unit Simpanan British digerakkan untuk melakukan serangan untuk terus menguasai jalan atas. Setelah melakukan beberapa tembakan gas pemedih mata, Unit Simpanan British mara ke depan, mengawal kawasan bukit yang boleh dipanjat tadi. Maka agak mustahil bagi pendemontrasi untuk menghampiri bukit itu, apatah lagi untuk memanjatnya. Setelah mereka kuasai jalan atas, cuba tempat saya sahaja yang belum dikuasai, maka Cawangan Khas yang memakai reben merah dilengan datang...

A. Samad Said Hanya Kelihatan Seperti Ditangkap Polis British

Saya sempat merakam gambar A. Samad Said sebelum ianya kelihatan seperti ditangkap. Ini adalah gambar dari atas, setelah saya memanjat 'bukit' ala cicakman. Sebelum itu, serangan gas pemedih mata oleh Unit Simpanan British telah dilakukan. Jika anda klik gambar diatas untuk zum, sebenarnya Kelihatan A. Samad Said di dokong oleh 2 pemuda. Kemudian A. Samad Said berjaya dinaikkan ke atas bukit itu secara di dokong oleh orang lain. A. Samad Said berunding untuk masuk ke dalam. Ketika itu seolah-olah berlaku gencatan gas pemedih mata oleh Unit Simpanan British. Disebabkan namanya ada dalam senarai pemimpin GMP maka dia dibenarkan masuk. Namun ,Ianya kelihatan seperti ditangkap, kerana pengiringnya tidak dibenarkan masuk. Saya mengambil peluang untuk terus berada di atas.

Gambar Pendemonstrator Baring di Hadapan Kereta

Kejadian ini berlaku bukan di Gazza. Kejadian ini berlaku bukan di Masjid Ubudiah atau Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Akibat daripada ketagihan Politik yang disebabkan oleh Beras Padu , seorang blogawan telah berdemonstrasi tanpa sebab dengan berbaring di hadapan kereta sambil memegang bendera Palestin. Kejadian berpunca apabila blogawan itu mendapat idea untuk membuat catatan blog. Anda sedang membaca catatan blog yang dimaksudkan itu.

Demo Anti-Zionis di Melaka

Sehari  Sebelum Demo Terjumpa bendera Palestin lama dalam simpanan, tidak digantung kerana hujungnya bercabang. Maka, cuba mencari tukang jahit, kebanyakkannya diluar kawasan, maka tak dapatla buat bendera baru. Terpaksalah 'hantar kedai' bendera itu. Pagi Jumaat, gerakan melukis bendera Israel dilakukan , sambil ianya dijemur, sempat pula dipijak oleh sesiapa yang teringin nak pijak. Demo Bermula   Kelamkabut kerana kain rentang, sepanduk, bendera masih lagi dalam kereta. Bendera dipijak oleh... (tak nampak muka) Terus saya agihkan barangan kepada sesiapa sahaja. :) Papan Boikot USD diberikan kepada siapa entah. Papan 1: Boikot USD Tamatkan Rundingan US-FTA MITI Jangan Dayus Papan 2: Boikot USD Zety, Gantikan Rizab USD  dengan Emas dan Perak. Bendera diberikan kepada seorang pemuda, yang tetap terus mengibarkannya sehingga akhir demo. Ini dia pemuda itu Sofi Wahab Berucap Ustaz Kamarudin Sidek , Ketua Dewan Pem...

Demo Mengutuk Kekejaman Zionis Masjid Al-Azim Melaka 16 Jan 2009

Satu Demonstrasi mengutuk kekejaman Zionis akan di adakan pada Jumaat 16 Januari 2009, selepas jumaat di Masjid Al-Azim Melaka. Sempat lagi untuk menjahit Bendera Palestin. Sempat lagi untuk memlukis bendera Israel untuk di Bakar. Nasib baik 'banner' telah ditempah.

Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI.

Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI. Tarikh: 16 Disember 2008 Masa: 4.15 pm Tempat: Putrajaya International Convention Center, Putrajaya.