Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Demokrasi

Demokrasi Melayu, Demokrasi Asia , Tidak boleh Lawan Ketua

Demokrasi Melayu? Wujudkah Demokrasi Melayu? Dunia Melayu baharu sahaja terjebak dengan demokrasi, Entah bagaimana boleh memilih untuk demokrasi. Walaupun secara sejarahnya, tidak pernah demokrasi sejak kurun ke 15. Demokrasi bukanlah sistem yang bagus sangat, akan tetapi sistem sebegitu dipilih ornag orang Melayu , orang Asia untuk digunakan pada zaman ini. Saya sudah perhatikan sejak bertahun yang lalu, Demokrasi tak sesuai dengan asia. Dengan Melayu lagilah tak sesuai. Mungkin hanya Jepun yang sesuai dengan demokrasi, yang lain ada sahaja yang tak kena. Di Malaysia, terutama sekali dalam dunia Melayu, wujud demokrasi dalam parti politik, dalam NGO, dalam persatuan itu ini, pemilihan ketua kelas pun nak didemokrasikan. Namun, Rakyat dunia ke 3 ini masih lagi dunia ke 3. Kalau ketua atau presiden atau YDP berundur, baru boleh sesuai buat pemilihan. Tapi kalau ketua atau presiden dilawan untuk digantikan dengan yang lain. Maka ianya seolah-olah salah besar. Dosa bes...

Parti Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia sepatutnya diberi peluang untuk mengundi parti pilihan utamanya sendiri. Bukan parti yang duduk dalam pakatan dengan parti pilihan utamanya. Bukan parti yang bergabung dengan parti pilihan utamanya. Anda mahu sistem 2 parti yang menafikan hak rakyat Malaysia menyatakan apakah parti plihan utamanya? Setiap orang hanya perlu ada 1 parti pilihan utamanya dalam satu piihanraya. Daripada itu, barulah boleh menunjukkan sokongan dan kekuatan sebenar sesuatu parti itu? Berapa peratus rakyat Malaysia memilih PAS sebagai parti pilihan utamanya?

Penarik Beca Mengaku Benak, Sedikit Perbezaan Kerajaan Perpaduan TGHH dengan Hasbullah Pit

Syabas kepada Bang Bakaq kerana mengaku Benak bab Kerajaan Perpaduan . Saya pula sejak daripada mula timbulnya "Kerajaan Perpaduan", saya telah meneka apa maksud hati TGHH dengan hampir tepat. Yang menghairankan, bukankah Bang Bakaq pembaca blog saya ? antara tulisan awal saya berkaitan dengan Kerajaan perpaduan Kerajaan Perpaduan == Menolak Sistem Demokrasi Penjajah Kerajaan Perpaduan Tidak Semestinya Kena Masuk BN TGHH orang tua, saya muda, jadi saya keras sikit. Saya guna ayat "Tolak Sistem Demokrasi Penjajah", TGHH sebut "Kerajaan Perpaduan". TGHH sebut Britain sebagai contoh, "Kita telah mengalami masalah demokrasi yang semakin hari semakin menguncup termasuk dalam UMNO yang dilanda politik wang. Oleh itu saya mencadangkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik kerana ia bukan perkara baru. Kerajaan seperti ini pernah ditubuhkan di Britain, Afrika dan Indonesia," katanya Manakala saya Tolak Inggeris. TGHH me...

Adakah Aku Juga Buat Kerja Bodoh dalam PAS?

Masih teringat-ingat petikan tulisan Nik Abduh tentang kerja bodoh dalam PAS. Kali ini dipetik daripada kerja-kerja bodoh dalam PAS bahagian ke 2. Kerja bodoh bukan menolak Unity Government . Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama. Sejak dari awal lagi apabila disebut sahaja "Kerajaan Perpaduan", saya terus mengutarakan maksud yang tidak benar. Kerajaan Perpaduan == Menolak Sistem Demokrasi Penjajah Walaupun saya tidak pernah menggambarkan bahawa Kerajaan Perpaduan itu 'masuk BN' atau tubuh kerajaan bersama BN, namun saya telah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tidak benar. Maka saya pun buat kerja bodoh juga? Mana mungkin semua orang boleh fahami apa maksud 'Kerajaan Perpaduan' yang difahami oleh Tuan Guru Hadi Awang. Maka tidak hairanlah kalau orang di sekeliling 'ayahanda' juga tidak memahaminya. Saya tidak sangka pula 'Kerajaan Perpaduan' yang...

Ulasan "kerja - kerja bodoh dalam pas"

Beberapa hari kebelakangan, tulisan Nik Abduh cukup menimbulkan kontroversi. kerja - kerja bodoh dalam pas Beberapa blogawan menyalin tepeknya tanpa ulasan. Ada blogawan tersohor yang memberikan pautannya kepada saya melalui YM. Namun, mungkin apa yang dibaca itu ditafsirkannya dengan maksud yang berbeza. Saya tidak pasti bahagian mana yang terlalu menarik minat pembaca. Saya hanya meminati bahagian petikan yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, yang menggambarkan bahawa dia tidak menolak Kerajaan Perpaduan secara bulat. Bagi saya yang sudah lama mentafsir "Kerajaan Perpaduan" sebagai penolakan terhadap sistem demokrasi INggeris, maka bagi saya ianya perkara biasa. Tidak timbul soal melaga-lagakan. petikan menarik .... Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendi...

Hodohnya Demokrasi British Ini

Sistem Demokrasi British yang digunakan di Malaysia ini, akan menyebabkan perebutan calon, di antara calon-calon, malah di antara parti yang membentuk pakatan atau parti gabungan. Bukan pertama kali kerusi di rebut-rebut. Banyak perebutan yang disembunyikan. Parti yang selalu menang seperti BN ketika 90an, akan berebut kerusi di antara sesama parti. Ada juga perebutan kerusi di antara parti. MIC kah MCA kah atau UMNO? Atau Gerakan? Di Pakatan pula, perebutan antara PAS atau PKR atau DAP? Mekanisme apakah yang menentukan siapa bertanding di sesuatu Kerusi? PAS PKR DAP atau UMNO MCA MIC Gerakan PPP? Wujud pula satu senario di mana kerusi itu akan jadi kerusi tradisi. MIC bertanding di situ, sampai bila-bila MIC di situ? PKR di situ, sampai bila-bila kerusi milik PKR kah? Jadi apa mekanisme secara demokratik yang menentukan sesuatu parti dalam pakatan atau parti gabungan bertanding di sesuatu kerusi? Sekadar main tarik tali ketika pembahagian kerusi. Ada pula kerusi...

Penolakan Sistem Demokrasi British Bukan Berakhirnya Ketamadunan Manusia.

Berikut adalah video kempen "Perwakilan Berkadar" di Kanada, di mana rakyat Kanada akan memilih untuk menggunakan sistem Perwakilan Berkadar, jenis "Mixed Member Ppropotional" di Ontario Kanada. Jadi, kepada parang penyokong Sistem Demokrasi Inggeris yang berada dalam PAS atau UMNO atau apa parti sekalipun, ingatlah pesan saya, iaitu: Menolak Sistem Demokrasi British bukanlah berakhirnya Ketamadunan Manusia.

Takut Pertandingan? Masa Untuk Mencuba Perwakilan Berkadar di dalam PAS?

Sejak Akhir ini, banyak ku temu ahli PAS yang anti pertandingan. Suka sangat supaya jangan di adakan pertandingan. Bagaimana demokrasi mahu subur? Daripada mana mereka belajar bahawa pertandingan itu perkara negatif? Dari UMNOkah? Pertandingan dalam UMNO sering dianggap "berpecah" bagi mereka. Seboleh-boleh mereka tidak mahukan pertandingan. Budaya ini meresap pula di dalam PAS. Bagi saya, sindrom takut pertandingan adalah sindrom negatif yang lambat laun merosakkan parti dalam jangka masa panjang. Akan tetapi, pertandingan yang keterlaluan sehingga menjatuhkan seseorang juga negatif. Apa jalan tengah? Memandangkan Idea "Kerajaan Perpaduan" ditolak mentah-mentah oleh ramai ahli PAS, tanpa mengkaji apa itu perwakilan berkadar. Tidak mustahil kalau perwakilan berkadar digunakan di dalam PAS sebagai contoh pertandingan sihat,sebelum ianya di bawa ke politik Negara. Berikut adalah satu contoh penggunaan perwakilan berkadar (sekadar rekaan) ... Se...

PAS perlu Tolak Demokrasi Inggeris

Memang sudahku jangka, pasti ramai orang PAS yang menolak "Kerajaan Perpaduan" bunyinya menyerupai "masuk BN". Namun, adakah orang PAS yang menolak kerajaan Perpaduan itu sayang pada British umpama Hisyamuddin? Sehingga merelakan Sistem Demokrasi British kekal sehingga hari ini? Saya pasti tidak. Kalau nak ubah sistem demokrasi, bagi saya tidak boleh guna perkataan "Kerajaan Perpaduan". Akan tetapi, ianya hendaklah dilakukan atas semangat anti Penjajah. Saya pasti ramai orang PAS anti penjajah. Jadi sebarang usul untuk mengubah demokrasi mestilah mebut nama penjajah yang kita benci itu, supaya kebencian itu akan merubah demokrasi. Usul PAS cawangan Sempang yang yang akan saya sampaikan (Kalau kawan-kawan saya bersetuju) ialah. Mengusulkan kepada PAS Pusat supaya menolak sistem demokrasi Penjajah British kepada sistem demokrasi sendiri yang mungkin berasaskan "Perwakilan Nisbah" (Propotional Represtation) seperti yang dilakukan d...

Kerajaan Perpaduan == Menolak Sistem Demokrasi Penjajah

Saya melihat saranan "Kerajaan Perpaduan" sebagai satu langkah menolak sistem demokrasi berparlimen yang yang dihadiahkan oleh British setelah mereka mengakut hasil bumi kita. Mungkin ada cara lain, selain daripada "Kerajaan Perpaduan" sebagai langkah membentuk sistem politik negara kita. Selain itu persempadanan politik berasaskan penjajah juga perlu ditolak untuk jangka masa panjang. Apa yang terjadi sekarang ialah hampir semua orang menerima secara bulat sistem demokrasi berparlimen sebagai satu-satunya cara membentuk kerajaan. Sistem Demokrasi berparlimen hadiah daripada British adalah sistem yang tak elok kerana ia mempunyai sifat "Pemenang kaut semua" . Pemenang pula memilih menteri atau exco dikalangan pemenang itu sahaja. Akan wujudnya situasi dimana beberapa orang yang layak menjadi Menteri atau exco di pihak yang kalah, hanya menjadi pembangkang. Lihatlah betapa hodohnya sistem sekarang, dimana Perdana Menteri ditentukan oleh beberapa...