Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ar-Rahn

Kecurian Emas Ar Rahn: Kerajaan Negeri Tanggung Semua?

Beberapa bulan lalu telah berlakunya rompakan di satu Cawangan Ar Rahn Kelantan yang melibatkan kehilangan emas bernilai  lebih 9 juta ringgit. Bagi saya memanglah sepatutnya Ar-Rahn tanggung kerugiannya, itu sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Walaubagaimanapun diberitakan di Harakah seolah-olah kerajaan negeri menanggung semuanya. Saya tidak pasti samada editorial Harakah perenggan pertama itu sahih atau tidak. Sekiranya ianya sahih, ianya boleh diumpamakan bailout "Kerajaan Negeri" kepada Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn. Di perenggan ke dua menunjukkan bahawa "PKINK" yang mem'bailout' Pusat Gadaian Ar-Rahn. Adakalanya saya terfikir, tidakkah emas dalam gadaian itu tidak mempunyai perlindungan Takaful langsung? Bagaimana agaknya kalau Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn bukan milik kerajaan negeri? Bagaimana agaknya kalau kedai pajak gadai konvensional yang ingin menggunakan konsep Ar-Rahn, sekiranya dirompak, siapa mahu bailout? Persoalan lain yang muncul di fikiran ...

Dinar Emas Kelantan Habis, Tadi Ada Orang Beli 85 keping

Ramai orang perkatakan tentang harga minyak dunia turun, dan mengatakan kerajaan patut menurunkan harga minyak. Pada masa yang sama, harga emas pun turun. Sebenarnya, Harga Dollar naik seketika, menyebabkan harga minyak dan emas turun. Maka jadilah pesta "Gold Rush 2008". Ya, hari ini adalah masa yang sesuai untuk "shopping" Dinar Kelantan. Maka saya buat kerja gila, nak pergi KL (dari Melaka) semata-mata nak beli Dinar Emas di Jalan Raja Laut. Kalau saya beli Dinar Emas cap "Islamic dinar" , harganya tinggi, premiumnya 20% berbanding dinar emas kelantan iaitu 5 %. Perbezaan 15% itu boleh dijimatkan kalau beli dinar kelantan, akan tetapi jauh pula. Kalau beli emas bernilai RM 2000, 15% ialah RM 300. memang boleh lepas minyak & tol untuk ulang alik melaka. Maka tercarilah dimana Jalan Raja Laut. Sudah lama jadi orang kampung, berpusing-pusing. Jumpa Pejabat PAS, saya masuk, rupanya Ar-Rahn diseberang jalan. Pandai pula dia berada di hadapan Public Bank,...

Kekanda Husam, Minta Kaji Semula Upah Simpan ArRahn

Kadar Upah Simpan bagi Gadaian Ar Rahnu Kelantan adalah seperti berikut . Sesuatu yang agak pelik apabila kadar upah simpan Ar-Rahnu bergantung kepada nilai ringgit. Memanglah penggadaian emas itu akan ditukarkan dengan ringgit, akan tetapi apabila kadar berubah bergantung kepada nilai ringgit, maka sekiranya mega inflasi berlaku seperti di Zimbabwe, kadar upah simpan pada semua orang adalah 0.95 sebulan bagi setiap RM 100. (11.4% setahun). Ketika ini nilai marhum tertentu, dibawah RM 400 boleh menikmati kadar upah simpan yang lebih rendah iaitu 0.60 sebulan bagi setiap RM 100 (setara dengan 7.2% setahun) Apabila harga emas meningkat sehingga ke tahap USD 1200 per aun, dimana mahu cari emas yang dibawah RM 400 supaya mendapat kadar 0.60 sebulan bagi setiap RM 100? Takkanlah seseorang itu perlu menggadaikan sebelah sahaja anting-antingnya supaya dapat kadar itu? atau membelah cincinnya kepada 2. Oleh itu saya cadangkan, berbezaan kadar itu bukanlah berdasarkan ringgit (RM 400 & Rm 2...