Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Celcom

Pandangan Beberapa Pihak Tentang Perjudian Celcom

Ampun maaf jika ayatku ini ketika menceritakan tentang perjudian celcom keterlaluan, Tak perlu tanya ulama, dah terang ianya perjudian yang mempertaruhkan RM 5. Tak sangka pula ada banyak pihak yang tidak menyangkakan ianya perjudian. Ingatkan semua tahu. Untuk tidak mengelirukan, bukan saya yang pandai-pandai mengatakan ianya perjudian, walaupun ia jelas perjudian. Untuk rujukan, Mufti Perlis juga mengatakan Ianya Haram Ustaz Zaharudin pun kata sebegitu. Terdapat 1 topik khas isu ini di Tranungkite. Celcom tawar 100 Camry - Perjudian Terancang Namun Celcom menafikannya Peraduan tiada unsur judi - Celcom Oleh Amran Ahmad KUALA LUMPUR 5 Jun - Celcom (M) Bhd., (Celcom) mempertahankan tindakannya menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta kerana ia tidak mempunyai unsur perjudian seperti yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini.

Perjudian Celcom Toyota Camry Tanpa Tanda Harga

Pagi tadi saya ternampak tentang peraduan Celcom yang menawarkan Toyota Camry di blog SiKumbang . Setelah membuka laman web peraduan itu, ternyata ianya dicaj RM 5 untuk setiap SMS yang dihantar . Setiap penyertaan dicaj RM5 setiap sms yang dihantar dan akan disertai dengan mesej : (RM5) Tak perlu tanya ulama, dah terang ianya perjudian yang mempertaruhkan RM 5. Yang agak memelikkan lagi ialah Iklan peraduan itu di Buletin Utama langsung tidak menyebut ianya dicaj RM 5. Bayangkan kalau pengguna terus saja SMS ke nombor 22222 itu tanpa mengetahui ianya akan dicaj. 2 implikasi berikut bakal terjadi: 1. Pengguna tertipu bila dikenakan caj 2. Pengguna secara tak sengaja melibatkan diri dalam perjudian. Ke mana saya nak lapor? KPDN? SKMM? Jakim?