Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nik Aziz

Bila masa pula PAS menyokong keputusan mahkamah membenarkan kalimah Allah dalam Herald?

Sudah baca Kenyataan Media PAS berkenaan Kalimah Allah? Ada tulis "sokong" keputusan Mahkamah? Suka suka sahaja media menambah cerita. Baca balik kenyataan itu. PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertang...

Kerajaan Perpaduan Berakhir, Kenapa Nasha Nak Periksa Gigi Nik Aziz?

Agak mushkil juga melihat gambar ini yang seakan-akan Nasharudin Mat Isa ingin memeriksa gigi TGNA Atau mungkin Nasha ingin mendapatkan petua gigi yang cantik? Adakah Nasha akan periksa gigi Prof Hamirdin juga?

Dulu Malaysiatoday Disekat, Kini Tok Guru Nik Aziz Disekat

Dulu ketika Malaysiatoday disekat, bukan main blogawan memberitahu bagaimana mengakses Malaysiatoday, atas nama kebebasan bersuara. Namun kini, Tok Guru Nik Aziz pula disekat, kenyataannya diarah untk tidak disiarkan . Berbanding ketika Malaysiatoday "disekat" OpenDNS adalah penyelamat. Kini Kenyataan Tok guru Nik Aziz itu diselamatkan oleh GoogleReader dan Beras Terpilih. Siapa yang langgan RSS Wan Nordin di google reader dapatlah membacanya, siapa yang langgan RSS Beras Terpilih , dapatlah membacanya. Siapa yang langgan RSS Beras Terpilih melalui emel , akan dapat kenyataan itu dipetimel masing masing. Oleh kerana Tok Guru Nik Aziz bukanlah seorang blogawan, maka kenyataannya itu disiarkan di "Pendapat Bukan Blogger" . 1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau b...