Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Alam Sekitar

Seni Berpolitik - Gaji Minima - Hudud

Dalam politik, ada agenda masing masing. Masing masing ada agenda. Ada agenda baik, ada agenda jahat. Ada yang rasa agendanya baik, sebab itu dia ikut fahaman tertentu. Maka bersepak terajanglah dalam politik, dan berkawanlah salah politik. Matlamat tetap sama, capaikan agenda masing-masing. Dalam berkawan dalam politik, adakalanya pihak lawan atau kawan, akan terikut-ikut agenda kita. Adakala kita pula terikut agenda pihak lawan dan kawan. Maka pentingnya prinsip dan tahu hala tuju. Para sosialis, berjaya mencucuk jarum idea gaji minima dalam pakatan rakyat. Maka, BN pula terikut-ikut , dan dengan mempunyai kuasa, maka mereka melaksanakan dahulu. Walaupun bukanlah 1 perkara baik gaji minima itu, sebab membebankan peniaga kecil, namun agenda itu berjaya diangkat. Begitu juga agenda environmentalis yang mahu hari tanpa plastik. Niat suci untuk mengurangkan penggunakan plastik, namun kapitalis pula ambil kesempatan untung 20sen. Rakyat masih lagi tak faham kenapa pe...

Nyahkan Golongan Pro Pembalakan daripada PAS

Isu balak bukan hanya isu PAS. Bila banjir, memang ada nampak melalui Google Map akaun sendiri, berdekatan Kuala Krai, dam berdekatan Temerloh, memang banyak hutang digondolkan. Kelantan... Sempadan Kelantan Pahang... Pahang, tidak jauh dari Temerloh: Belum zum habis menggunakan Google Earth, sudah nampak penggondolan berlaku. Agak pelik juga ada orang PAS yang defensif lebih-lebih, nak menafikan pembalakan bukan punca banjir. Yang Banjir berlumpur di Cameron Highland dulu itu bukan kerana penggondolan kah? Yang kita tolak adalah PEMBALAKAN berlebihan. bukan pembalakan hanya di Kelantan sahaja. Pahang , Sarawak dan lain-lain pun sama. Maksudnya, siapa makan cili, terasalah pedasnya. Hasil kajian Universiti Maryland dengan kerjasama Google, amat mendukacitakan. Dimana Malaysia mempunyai kadar kemusnahan hutan tertinggi diduna. Bukan bermaksud hutan Malaysia paling banyak ditebang, tetapi, berbanding dengan keluasan tanah yang ada, dan tempoh masa,...

Juruwang Peruncit & Plastik

Tadi saya telah pergi ke satu kedai yang tersohor di bandar Melaka. Saya membeli 2 barangan, maka tidak perlulah plastik untuk membawa barangan itu. Apabila saya memberi tahu tidak mahu plastik, maka juruwang itu tetap memasukkan barangan itu ke dalam plastik sambil berkata "tak mengapa". Terpaksa saya keluarkannya. Apa maksud "tidak mengapa" olehnya? Adakah perkiraan kos plastik terlalu utama? 17 hari lagi untuk menyambut Melaka Maju 2010, namun masih ada juruwang yang tidak faham mengapa seseorang tidak mahukan plastik ketika membeli barangan. Adakah disebabkan oleh tidak ada orang sebelum ini yang datang ke kedai itu yang tidak mahukan plastik?

Malaysia mencatat pertumbuhan buangan karbon tertinggi di dunia antara 1990 hingga 2004, sebanyak 221 peratus

Daripada YB Nik Nazmi : "Namun, kita harus sedar dalam laporan Pembangunan Manusia PBB pada 2007, menyaksikan Malaysia mencatat pertumbuhan buangan karbon tertinggi di dunia antara 1990 hingga 2004, sebanyak 221 peratus (bandingkan dengan pencemar terbesar dunia, Amerika Syarikat, yang mencatat 25 peratus)."

Kerajaan Lain Harus Mencontohi "Hari Tanpa Plastik" Pulau Pinang

Di Pulau Pinang akan diadakan hari tanpa plastik selama 3 hari bermula 1 januari hingga 3 januari . Bagi saya langkah ini harus ditiru oleh kerajaan negeri lain, tak kira Pakatan atau yang lain. Juga boleh ditiru pada peringkat Kerajaan tempatan. atau peringkat sekolah, atau IPTA atau ini atau itu. Juga boleh disambut peringkat keluarga. Tauke plastik jangan risau kalau plastik tak laku, kerana boleh jual beg kitar semula.

Earth Hour 2009 Jauh Lebih Berjaya daripada Earth Hour 2008

Ada juga blogawan yang agak kecewa kenapa Earth Hour tidak berjaya. 23:04   Earth Hour - Fatal error! » Basikal Tua 22:11   Bergelap (Yang Tak Gelap) » Faisal Tehrani   Bagi saya, tahun ini punya earth hour jauh lebih berjaya berbanding tahun lepas. Tahun lepas, saya mampu menyenaraikan catatan blog tempatan yang menulis tentang earth hour . Tahun ini kalau nak disenaraikan, memang tak cukup tangan. Senarai blogawan yang menulis tentang earth hour pada tahun 2008 Turut menyertai Earthhour 2008:- VHanded http://vhanded.blogspot.com/2008/03/earth-hour-see-different-you-can-make.html Takfeng-Lili http://takfeng-lili.blogspot.com/2008/03/earth-hour-2008.html MohdIsmail http://www.mohdismail.net/blog/earth-hour-lakukan-perubahan-demi-masa-depan/ Maria Samad (Tok Mummy) http://mariasamad.blogspot.com/2008/03/its-earth-hour-tonite-so-switch-off.html The Ancient Mariner http://cyusof.blogspot.com/2008/03/earth-hour.html Dave Yoong (Finding Me......

Earth Hour versi Najib

Logo Earth Hour versi Najib,

Bilakah Malaysia akan Haramkan Kereta Baru Berwarna Hitam?

Di California, tidak jauh daripada Bukit Gantang, wujud ura-ura kereta baru berwarna hitam akan diharamkan . ( berita di Slashdot ) Maksudnya, kereta baru keluar dari kedai tidak boleh berwarna hitam atau gelap. Bagi saya, pengharaman warna gelap bagi kereta baru adalah lebih sesuai di Malaysia. Malaysia negara panas, warna gelap pada kereta, membuatkan pemandu kereta menghidupkan penghawa dingin keretanya terlebih dahulu, untuk menyejukkan kereta. Berapa banyak karbon tambahan dilepaskan hanya kerana kereta hitam lebih panas daripada kereta warna perak? Gambar di bawah bukan menunjukkan bantahan terhadap penggunaan kereta berwarna hitam. Yang peliknya kereta 'Perak' juga warnanya hitam. Bukankah pemimpin Perak kereta pun warnanya perak? Bayangkan kebanyakan tempat letak kereta adalah jenis berbumbung, berapa banyak tenaga boleh dijimatkan hanya untuk menyejukkan kereta? Bayangkan kalau pembeli kereta baru diberikan subsidi 'tinted'kalis haba ? Be...

Sikap masyarakat terhadap kebersihan

Politik bukan sahaja membentuk kerajaan tetapi membentuk insan. Masyarakat negara maju Malaysia amat berbeza dengan negara maju yang lain. Di Malaysia status negeri maju umpama kurniaan taraf "Datuk" kepada sesuatu negeri. Di Negara maju Malaysia, kerja pencucian dianggap hina oleh ramai orang. Oleh sebab itu negara perlu mengimport tenaga buruh asing untuk tugas cucian. Isu kebersihan juga jarang sekali dijadikan isu politik, melainkan kalau ia disebabkan oleh babi. Longkang di kawasan sekolah ini penuh dengan sampah, sekiranya tiada tong sampah berdekatan, agaknya mesti terlalu berat untuk memegang sampah itu untuk dibuang ke tong sampah seterusnya. Amatlah bosan membaca blog yang menceritakan tentang kebersihan. Oleh itu, bacalah cerita asal yang memaparkan gambar ini.

Mari Sertai "Earth Hour 2008", dan boikot media utama

Pada tahun lepas, hanya sidney sahaja yang mengelolakan "Earth Hour 2007" pada jam 8pm 29 Mac 2007. Pada tahun ini, earthhour.org akan mengelolakan earth hour di seluruh dunia. walaupun secara rasminya saya tidak menyertai earthhour2008 kerana tidak mendaftar di earthhour.org, akan tetapi kita juga boleh menyertai earthour secara tidak rasmi. Pada 29 Mac 2008 jam 8pm, padamkan semua sumber elektrik yang boleh dipadam selama 1 jam . Terima kasih Takfeng-lili di atas maklumat yang diberikan Sila buat posting blog sebegini di blog anda jika perlu. Turut menyertai Earthhour 2008:- VHanded http://vhanded.blogspot.com/2008/03/earth-hour-see-different-you-can-make.html Takfeng-Lili http://takfeng-lili.blogspot.com/2008/03/earth-hour-2008.html MohdIsmail http://www.mohdismail.net/blog/earth-hour-lakukan-perubahan-demi-masa-depan/ Maria Samad (Tok Mummy) http://mariasamad.blogspot.com/2008/03/its-earth-hour-tonite-so-switch-off.html The Ancient Mariner http://cyusof.blogspot.com/200...