Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perumahan

Pegawai Bank Durjana Mana yang nak Lelong rumah PPRT?

Diberitakan daripada blog Fariz , Kerajaan Negeri Selangor nak beli rumah PPRT sekiranya dilelong oleh Bank. Xavier berkata, ini berikutan daripada gesaan bank kepada kerajaan negeri supaya bertindak menyelesaikan hal ini .Katanya, bank akan melelong rumah-rumah tersebut sekiranya penghuni tidak dapat menjelaskan sewa dalam tempoh tertentu . Bagaimanapun, kerajaan negeri dalam usaha untuk mendapatkan jumlah tunggakan yang sebenar. "So dalam mesyuarat Exco kita telah bincang isu ini dan mungkin kita akan adakan satu program baru dimana kita akan minta bank-bank ini bila rumah-rumah ini yang dibiarkan dan tidak dibayar, mereka kena beritahu dengan kerajaan dulu berapa ramai rumah dia, siapa yang beli, siapa tak boleh bayar dan nak lelong untuk berapa". Besar kuasa Bank, suka-suka mahu lelong rumah PPRT. Siapa yang lebih berkuasa, Kerajaan Negeri atau Bank? (klik dan baca) Rumah PPRT adalah untuk orang miskin, Sudahlah miskin dibebani hutang pulang. Teori pakar ekonomi mana pu...

Masalah Perumahan dengan Bank.

Terdapat banyak masalah perumahan yang terbengkalai. Namun pembeli telah terpaksa membayar hutang bank. Bank bank bank. Hampir setiap masalah perumahan, adalah berkaitan dengan bank. Kerajaan negeri tiada kuasa terhadap bank. Kerajaan negeri hanya boleh berbincang dengan bank. Tetapi biasanya ia tidak di selesaikan juga. Yang hanya boleh diselesaikan ialah pemaju perlu siapkan rumah. PBT turut tidak boleh memaksa bank henti minta hutang daripada rumah yang belum siap. Kementerian Perumahan ada kuasa terhadap bank? Semalam adalah hari di mana Bank Negara telah mendapat lebih kuasa . Belum ku baca lagi kuasa tambahan apakah yang mereka ada. Berbalik kepada perumahan, Kabinet di Sweden disusun supaya perumahan dan PBT duduk di bawah Kementerian kewangan. Housing Division Swedish National Housing Credit Guarantee Board , or Statens bostadskreditnämnd (BKN). ( Official site ) Swedish National Board of Housing, Building and Planning , or Boverket . ( Official site ) Barulah masalah perumah...

Ya, saya setuju Dasar Setinggan Sifar Diteruskan

merujuk kepada persoalan Penarik Beca Saya merayu kepada semua yang membaca posting in i supaya menyatakan sokongan anda di sidebar sebelah kanan laman utama JERIT. Di bawah tajuk " Undi Anda!!! " (sila klik), ada soalan yang bertanya anda, patutkah kerajaan negeri Selangor teruskan Dasar Setinggan Sifar? Tolonglah jawab tidak! Jawapan saya Ya Bagi saya, penduduk setinggan tidak akan terbela selagi mereka mempunyai status "Penduduk Setinggan" tanpa pemilikan rumah yang sempurna. Kalau Kerajaan BN selangor yang lalu meroboh setinggan dengan sesuka hati, tidak semestinya Kerajaan Campuran PS-PKR-DAP akan melakukan perkara yang sama. Yang penting sekarang ialah pemilikan rumah bagi penduduk setinggan, Jika dulu mereka memaksa penduduk setinggan untuk membeli rumah, maka ia tak bersesuaian. Selagi mereka setinggan, selagi mereka tidak mempunyai pemilikan, selagi itu masalah setinggan tidak akan selesai. Tuan tanah , samada individu, atau kerajaan atau korporat pasti aka...