Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BlueQuil

Main Tenis

Saya tak sangka saya boleh main tenis dan menghasilkan 'forehand stroke' yang agak menggerunkan. Saya bukannya pernah main tenis, semasa sekolah dulu ada main 1 atau 2 kali. kalau tau ada kemahiran sebegini, alangkah baiknya kalau masa kecil dulu ada raket tenis. Tapi masa dulu, raket tenis mahal RM 400 , tak macam sekarang hanya RM 1++.

Kempunan Tak tengok Malaysia lawan Myanmar

Sila klik gambar ini untuk cerita selanjutnya Pestabola Merdeka

Tip Pemblog: Membuat 'Komentar Terkini' pada blogger dalam BM.

Sebelum ini terdapat beberapa tapak hos yang menyediakan javascript supaya anda boleh memnyediakan Wiget ' Recent Comment ' pada blog blogger/blogspot anda. Kebanyakkannya mempunyai perkataan 'Commented on' dalam Bahasa Inggeris, Amat tidak sesuai jika kandungan blog anda dalam Bahasa Melayu. Maka berikut adalah tip untuk mendapatkan 'Komentar Terkini'. Mula-mula sekali anda perlu ke http://blogger-templates.blogspot.com/2007/03/recent-comments.html Masukkan nama Tajuk Wiget seperti 'Komentar Terkini', atau 'Kata Pengunjung' atau apa-apa. Masukkan alamat blogspot. ie. "bluequil", "reddiva". Ubahsuai bilangan komen yang hendak dipaparkan. Tak perlu panjang-panjang seperti blog ini. Tandakan samada ingin memaparkan tarikh, tajuk. dan Saiz mesej. Pada pendapat saya tarikh tak perlu. rujuk gambar. Kemudian klik ' Apply ' dan kemudian ' Add widget to my blog ' Pada laman seterusnya, klik ' Edit Content ' sil...

SE MBR 100 kini ada di Melaka

Semalam, saya ke Mahkota Parade untuk menonton Ratatouile. Sementara menunggu cerita bermula, saya dan Umar cuba untuk 'mencuci' gambar. Saya ada beberapa gambar untuk diberi kepada orang secara fizikal. Akan tetapi 2 daripada 3 kedai gambar di Mahkota Parade itu mesin yang boleh bluetooth gambarnya tak boleh guna bluetooh. Saya tak faham kenapa boleh terjadi sebegini. Boleh guna kad SD sahaja. kenapa tak beli sahaja dogel bluetooh yang tak berapa mahal tu. Maka, boleh kita lihat bahawa kesedaran masyarakat tentang bluetooth amat lemah. Setelah selesai tengok Ratatouile, saya ke kedai Sony Ericsson berdekatan dengan 'Inverno'. Terkejut saya bila mendapati MBR100 dijual disitu, sebelum ini saya perlu mencarinya di beberapa bandar lain, hanya ketemu di satu kedai di JB. Sayu hati saya kerana mereka bersungguh-sungguh mendapatkan barang yang saya mahu, tapi saya sudah membelinya di JB. Akan tetapi oleh kerana saya memerlukan 'case' Sony Ericsson yang asli, saya ...