Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel CLI

wall pada facebook

Tadi Isteriku yang nombor 1 , cuba mendaftar Facebook, satu laman rangkaian sosial (sosial networking' Tapi itu bukanlah cerita yang hendak kuceritakan. Di facebook ada "The Wall", Maka saya pun terus teringat wall (/usr/bin/wall), dan menggambarkan kalau sekali taip, mesej itu akan sampai kepada semua kawan kita. Tapi mungkin "The Wall" pada Facebook itu adalah benda lain. Ya memang benda lain, ia hanya seperti Papan Notis sahaja dan bukannya wall seperti N*X (termasuk Linux dan OSX) . Patut lah tak kelihatan bagaimana kita hendak 'mesg n'. Untuk mengetahui apa itu wall pada N*X, seperti biasa 'man wall'. Suatu ketika dulu, 'write', 'talk', 'wall' adalah satu benda yang menyeronokkan. 'write' adalah satu arahan untuk menulis pada konsol seseorang yang logmasuk dalam sesuatu sistem. 'wall' adalah arahan untuk menyiarkan mesej ke konsol semua orang. walaubagaimanapun ia bergantung pada status 'mesg'...

Soalan Bodoh: Ubahsaiz gambar

Ada tak skrip yang menggunakan alatan berasaskan Antaramuka Baris Arahan (CLI), yang membolehkan saya ubah saiz gambar-gambar yang ada dalam sesuatu direktori, kepada saiz tertentu. Platform = MacOSX. Kalau ada penyelesaian Linux pun boleh lah. Saya rasa penatlah nak ubah saiz gambar sebelum muatnaik ke blog.