test

Sabtu, 31 Oktober 2009

This is GATA!!!

"This is Madness...."



"Madness?"

This is GATA!!






Jumaat, 30 Oktober 2009

Leornado Da Vinci Bukan Sekadar Pelukis Seperti Leornado Dicaprio dalam Titanic

Anda kenal Leonardo Davinci?

Mungkin akan mengenali dia sebagai pelukis potret monarita monaliza.

Namun orang seperti saya lebih menghormatinya sebagai ahli kejuruteraan yang hebat.

Mungkin dia tidaklah hebat sangat,
Disebabkan orang ketika itu bodoh, dia kelihatan hebat.
Dunia barat masih belum percaya bumi itu bulat.
Inggeris masih belum jumpa jalan laut ke Asia.


Terdapat banyak lukisan kejuruteraan yang telah dilukis oleh beliau, terdapat rancangan Discovery yang menunjukkan bagaimana manusia yang tidak betul cuba merelalisasikan kembali lukisannya sebagai benda nyata.

Rujuk: http://dsc.discovery.com/tv/doing-davinci/doing-davinci.html

Mahu buat kereta kebal guna kayu?

Atau mahu buat basikal guna kayu?

Adakah benar semua ciptaan Da Vinci ciptaannya?
Ianya juga boleh dipersoalkan, kerana Itali bukanlah jauh sangat daripada Andalusia, Sepanyol dimana letaknya tamadun Islam yang agung.

Tamadun Barat memang sedikit pelik,
Mereka boleh mengaku menjumpai Amerika, tatkala di situ memang sudah didiami manusia.

Seolah-olah dunia bermula sejak mulanya renaisains.

Berbalik kepada Leonardo Da Vinci, maka perlunya setiap ciptaan Davinci perlu dikaji asal usulnya.
anda boleh meneliti dengan dekat hasil kerja Da Vinci.

Dengan melawat Pameran Da Vinci di Pusat Sains Negara , bermula 1 Oktober hingga 17 Januari,

Harga tiket adalah RM 25 bagi dewasa dan RM 20 bagi kanak-kanak 7-17 tahun.
Warga emas RM 13.
Pakej Keluarga RM 50 (2 dewasa 2 kanak-kanak).

Untuk merasai nikmat melihat pameran, perlulah sediakan diri dengan maklumat awal, apakah lukisannya, apakah ciptaannya. Google apa yang patut.

Kalau "Doing Da Vinci" disiarkan di Astro, maka eloklah tengok.

Tengok-Tengok juga kalau ada siaran ulangan "Engineering An Empire: Da Vinci World"

Kalau anda kaya-raya, anda boleh beli semua DVD yang tersenarai di sini.

Semoga anda mampu menjadi ahli fizik terkenal.

Sekian sahaja catatan blog khusus untuk mendapatkan tiket percuma daripada danialfranklingomez .

Khamis, 29 Oktober 2009

Harga Ayam Dijangka Akan Naik ?

Harga ayam dijangka akan naik berikutkan laporan berita berikut.

...Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.

Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu..

Tidak pula diketahui samada Ulam Raja juga dibedal sekali atau tidak.

Rabu, 28 Oktober 2009

Ramalan Ekonomi Nujum Pak Belalang

Hari ini dan semalam, saham di serata dunia jatuh.

Seperti yang berlaku pada julai 2008, kejatuhan saham dunia adalah teruk tetapi mengakibatkan kenaikan USD.

Kenaikan dollar itu juga akan mengakibatkan penurunan harga emas dan harga komoditi.
Penoreh getah perlu berjaga-jaga.

Ketika catatan ini ditulis, Indeks USD telahpun naik daripada 75, ketahap 76.33.
Tidak boleh diramalkan sangat sampai berapa kenaikan indeks USD itu. mungkin 77 mungkin 78.

Jika anda ingin membeli emas secara pukal, jangan beli sekarang.
Beli emas ketika saham sudah habis tergolek , dan mungkin indeks USD mencapai tahap 77 atau 78.
Tetapi kalau nak beli juga, sukahati kamu,

Saya tak mencadangkan supaya anda menjual emas yang anda ada.
Kalau nak jual juga, suka hati kamu.

Sekiranya anda mempunyai emas di dalam buku, hendak difizikalkan, maka bolehlah keluarkannya dalam bentuk Ringgit, dan beli emas public Dinar bila tiba masanya.

Namun ada juga spekulasi yang mengatakan harga emas akan melonjak jumaat ini.
Ini adalah disebabkan Amerika mahu jual hutangnya sebanyak USD 153 billion.
(lebih besar daripada belanjawan Najib)

Mahu kunci hari jumaat?

Atau mungkin perkara yang berlaku hari ini berbeza dengan julai 2008.
Mungkin pelabur saham akan lompat ke emas tanpa perap duit dalam USD.

Isnin, 26 Oktober 2009

Pelepasan Cukai bagi Pengguna JalurLebar

Pada belanjawan yang lalu, telah dibentangkan bahawa akan ada pelepasan cukai bagi pengguna jalurlebar.

Akan tetapi, bukan semua orang yang menggunakan jalur lebar itu dikenakan cukai, dan pelepasan itu hanya dinikmati oleh pembaca cukai. Orang yang sedikit kaya daripada golongan pertengahan bawah.

Orang yang berpendapatan tinggi boleh jimat, yang tak berpendapatan tinggi tak boleh jimat

Berminat dengan Krisis Dalam PAS?

Disebabkan ramai pihak diluar PAS begitu teruja dengan krisis dalaman PAS, begitu teruja dengan Siapa patut jadi presiden PAS. Tidak hairan kalau tiba-tiba timbul cadangan radikal supaya Presiden PAS dipilih oleh setiap umat Islam di Malaysia yang sudah akhil baligh.

Pemulihan Ekonomi Bentuk V atau W?

Petikan menarik daripada Dr Dzul...

Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V (turun dan naik), tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama-sekali. Parah dan ngeri juga buat dirinya, tambahan kalau-kalau berhampiran dengan musim pilihanraya

Bagaimana jangkaan anda?

Sabtu, 24 Oktober 2009

Belanjawan 2010: Caruman KWSP 8% 11%

Apa beza diantara Caruman KWSP diturunkan kepada 8% tetapi pencarum boleh mencarum 11%, dengan dinaikkan ke 11% tetapi pencarum boleh memilih untuk mencarum 8%. ?

Berbezaannya ialah golongan manakah yang kena isi borang. golongan 8% atau golongan 11%.

Dulu golongan yang mahu 11 % kena isi borang.
Awal tahun 2010, golongan yang mahukan 8% pula kena isi borang.

Tak sangka Najib jilat balik ludahnya terhadap Dr Dzulkefly Ahmed

Pada Belanjawan 2009 tahun lepas, Najib telah memperlekehkah Belanjawan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat yang disediakan oleh Dr Dzulkefly Ahmed.

Rujuk juga catatan di blog Nur Aflah

"Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut.

"Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.

Untuk Makluman Perbelanjaan Mengurus Belanjawan 2009 yang dibentang BN ialah 154 bilion.
Yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat ialah 130 bilion.

Pakatan Rakyat cuba menjimatkan 24 bilion wang rakyat.

Tahun sebelum itu, (Belanjawan 2008) Perbelanjaan Mengurus adalah 128 bilion.
Manakala bagi Belanjawan 2007 ialah 112 bilion.

2007 ke 2008 : 112b -> 128b meningkat meningkat 14 %
2008 ke 2009 : 128b -> 154b juga meningkat 14%

peningkatan perbelanjaan mengurus 2 tahun berturut turut 14% adalah tidak sepadan dengan KDNK yang tidak sampai 7%.

Hari ini Belanjawan 2010 dibentang dengan hanya perbelanjaan mengurus 138 bilion.
Merosot 11% daripada belanjawan 2009.

Adakah pemimpin Pakatan Rakyat akan memperlekehkan jumlah perbelanjaan mengurus yang merosot?
Jawapannya tidak.

Sekiranya perbelanjaan mengurus meningkat sebanyak 7% (menghampiri KNDK) selama 3 tahun berturut-turut,
maka nilai yang sepatutnya ialah 137 bilion.

112 + 7% = 119.8
119.4 + 7% = 128
128 + 7% = 137

Yang menampakkah kejanggalannya ialah, apabila negara boleh diurus dengan 138b, kenapa pula tahun terdahulu perlu sehingga 154b?

Walaubagaimanapun, kita harus berasa lega kerana Belanjawan 2010 tidak meningkat 14% seperti yang berlaku pada 2 belanjawan sebelum ini.
Kalau tidak, perbelanjaan mengurus meningkat kepada 175 bilion.

Khamis, 22 Oktober 2009

Takaful Berasaskan Komoditi emas dan Perak

Bila agaknya jurutera Kewangan Islam mahu wujudkan Takaful Berasaskan Komoditi emas dan Perak?

Perlindungan Takaful berasaskan wang kertas tidak mampu melindungi diri daripada hiper inflasi.

Cara Mengubah Karangan kepada Mod 1Malaysia menggunakan vi

Pengguna Linux biasanya mempunyai vi, melainkan anda bermahzab pico/nano atau emacs.


buka vi
tekan i untuk mod selit.
tepekkan perenggan yang hendak di1Malaysiakan.

kemudian

:1,$s/\(\w\+\)/1\1/g

Maka, daripada sumber asal...
Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Akan menjadi begini

1Pakar 1forensic 1dari 1Thailand, 1Dr 1Pornthip 1Rojanasunan, 1memberikan 1keterangan 1yang 1mengejutkan 1dalam 1inkues 1kematian 1Teoh 1Beng 1Hock 1hari 1ini 1apabila 1berkata, 1tengkorak 1kepalanya 1pecah 1bukan 1kerana 1jatuh 1tetapi 1kerana 1pukulan 1kuat.

1Tanda 1bulatan 1merah 1pada 1tengkuknya 1pula 1bagi 1beliau 1adalah 1akibat 1dari 1dicekik 1dengan 1menggunakan 1tangan 1dan 1ia 1adalah 1kesan 1jari 1pada 1tengkuk 1mangsa.

1Bagi 1beliau, 1Beng 1Hock 1jatuh 1ke 1atas 1lantai 1di 1tingkat 1bawah 1tempat 1mayatnya 1ditemui 1dalam 1keadaan 1tidak 1sedarkan 1diri.

Terima kasih kepada Syahrul Sazli Shaharir kerana memberikan :1,$s/\(\w\+\)/1\1/g

Rabu, 21 Oktober 2009

Pembentangan Belanjawan 2010 tidak harus dicemari dengan istilah bajet.

Pembentangan Belanjawan 2010 tidak harus dicemari dengan istilah bajet yang cuba membunuh istilah belanjawan.

Cubaan bunuh itu dilakukan lebih kurang sama waktunya PPSMI diperkenalkan.

Hapuskan PPSMI dan 'bajet'.


catatan lama:
Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat yang Menggunakan Istilah "Bajet"

Selasa, 20 Oktober 2009

Defisit Melampau: Keselesaan Rakyat lebih Penting daripada Anak Cucu

Agak merisaukan apabila defisit meningkat secara melampau.

Defisit itu hanya nombor yang kita lihat hari ini, berapa peratus, berapa bilion.

Media perdana sudah berkempen seolah-olah defisit melampau itu adalah tidak mengapa.

Semalam pula di The Star terdapat cerita seolah-olah defisit sehingga 100% itu tidak mengapa.

"Defisit Amerika Syarikat ialah 100 peratus tetapi mereka masih boleh menguruskannya.

"Asalkan bajet kita distrukturkan dengan baik, ia boleh diuruskan,

Ini Mahzab ekonomi baru.

Ambil dulu duit daripada anak cucu kita, untuk "keselesaan rakyat", kemudian biarkan anak cucu kita yang tanggung.

Duit raya yang anak anda simpan secara automatik akan tersusut nilainya bila tiba masa.

Defisit dalam belanjawan biasanya dipaparkan dalam peratus, jarang pula disebut dalam bentuk bilion Ringgit.

Tidak pernah pula Menteri Kewangan menceritakan kepada awam, tahun ini defisit 40 bilion, iaitu Kerajaan Meminjam 40 bilion daripada anak cucu kita.
"Atuk pakai dulu ya cu..."

Angka rasmi defisit belum diketahui, anggarannya dalam 40 bilion.

Angka 40 bilion defisit belanjawan 2010 perlu ditambah dengan angka 60 bilion belanjawan khas rangsagan awal tahun ini.

Dipendekkan cerita Najib sudah pinjam 100 bilion daripada anak cucu kita tahun ini sahaja.

Apa kita nak jawap pada anak cucu kita?

Politik hari ini bukan untuk hari ini, tetapi untuk hari ini dan anak cucu kita.

Isnin, 19 Oktober 2009

Betul MTUC mahu Caruman KWSP 11 % ?

Betul MTUC mahu Caruman KWSP 11 % ?

Adalah lebih baik kalau pekerja boleh memilih samada 11% atau 9 %.

Bukan semua pekerja yakin bulat-bulat kepada KWSP untuk menjaga simpanan ketika tua.

Musim Defisit bilion-bilion ini, pencarum mahukan 5% dividen yang tidak pernah diistiharkan sebagai 'syariah compliant' ?

Lebih baik perbezaan 2-3 % itu digunakan untuk melangsaikan hutang apa yang ada.

Khamis, 15 Oktober 2009

PAS Perlu Terima Hakikat Pengundi Melayu Suka Meminjam

PAS perlu menerima hakikat bahawa pengundi zaman sekarang cukup suka meminjam dan sayangkan peminjam.

Kreditor seperti TEKUN umpama rahmat turun dari langit.
Pinjaman TEKUN umpama kurniaan Ilahi.

Kini Pemuda UMNO mahukan Bank Belia.
Banyak sangatkah duit mereka sehingga tidak cukup bank untuk menyimpan duit?

Eh, Mereka bukan mahu mendeposit duit, tetapi sebenarnya mahu meminjam.

Teruskan meminjam.
Pinjaman adalah rahmat dari langit.

Antara punca kekalahan PAS di Bagan pinang, ialah kegagalan Ustaz Khairul meminjamkan tali leher kepada pengundi. Akibatnya pengundi tidak dapat mengundi dengan bergaya.

Menyedari hakikat pengundi yang suka meminjam, maka setiap Markas PAS perlu menyediakan tangga 12 kaki, supaya bakal pengundi boleh meminjam tangga itu apabila ingin menukar mentol lampu.

Ingat!
Pinjaman adalah rahmat yang turun dari langit bagi pengundi Melayu.

Program Beras Percuma dan Beras ST 15

Apabila tersiarnya berita tentang beras percuma, perkara yang terlintas difikiran adalah seolah-olah BN kelihatan begitu pemurah, memberikan beras percuma kepada rakyat.

Hakikatnya ialah sumber kewangan untuk program itu adalah daripada wang rakyat juga.

Politik menentukan dasar dan kaedah, adakah BN wajar diberikan 100% kredit kerana menyediakan program beras percuma?

Anda tentukan.

Politik Subsidi Makanan, Kupon Makanan, Beras Percuma sudah lama wujud dalam penulisan di blog ini.
Google sahajalah.


Terdapat satu catatan lama yang menceritakan bahawa saya mencadangkan supaya "beras percuma" diberikan untuk menggantikan Subsidi beras.


Adakah BN dengan sengaja menyediakan peruntukan khas daripada perbendaharaan negara untuk memberikan beras percuma?

Tidak.

Program ini hanya menggantikan kaedah pengsubsidian beras ST 15, yang selama ini subsidi diberikan kepada pengilang. Kemudian dijual kepada kedai.

Tidak banyak kedai yang menjual beras ST 15, namun ada juga kedai yang mendapat limpahan beras ST 15.

Harganya lebih murah lebih kurang RM 8 bagi pek 10 kg berbanding harga beras ST 10 dan ST 5.

Rakyat Malaysia ada yang tak jumpa beras itu, tetapi adakalanya warga asing dapat membeli beras itu.

Puluhan juta sebulan digunakan untuk merendahkan harga beras ST 15 ke tahap RM 17 10kg.

Wang itulah yang akan digunakan untuk program beras percuma.

Walaupun beras percuma diberikan kepada golongan miskin, namun perbendaharaan negara akan jimat kerana beras percuma yang diberikan itu nilainya lebih rendah daripada subsidi beras ST 15 yang sebelum ini diberi kepada pengilang untuk merendahkan harga beras ST 15.

Bukannya mereka 'suka-suka hati' mahu mengadakan dasar kaedah ini.

Ianya dibuat atas dasar menjimatkan perbendaharaan negara.

Belum pernah termimpi lagi mesyuarat UMNO dengan suka-suka hati mencadangkan beras percuma diberikan kepada golongan miskin. Kalau mereka mahu, sudah lama mereka cadangkan.

Sekiranya ini adalah inisiatif penjawat awam, mengambil idea daripada blog pro Pakatan Rakyat.
Kenapa BN yang mendapat kredit.

Apa yang dirisaukan dengan program ini ialah, beras ST 15 yang murah sedikit itu kemungkinan besar tidak akan dibeli pada harga RM 17 lagi.

Jadi, jika anda atau saudaramara atau jiran anda yang sememangnya menggunakan beras ST 15 untuk makanan harian, akan menghadapi sedikit kesukaran harganya akan dinaikkan.

Adalah dicadangkan kepada pengguna beras ST15 sedia ada supaya menyimpan plastik beras itu, supaya ia boleh dijadikan bukti bahawa sememangnya menggunakan beras itu untuk sekian lama. Gunakan plastik itu untuk memohon disenaraikan dalam program beras percuma.

Dari sudut ekonomi pula, sekiranya harga beras ST 15 disenarai dalam sebakul barangan yang dikira oleh Bank Negara bagi menentukan kadar inflasi. Maka kadar inflasi diatas kertas akan naik. Ia hanya paparan sebenar bagi inflasi yang disembunyikan.

Rabu, 14 Oktober 2009

Undi Pos: Ke arah Keadilan Politik dan Hak Mengundi Tentera

Apa yang diperjuangkan oleh Suhaizan, Kamaruzzaman, Mohzaid, Suhaimi dan seluruh pasukan PACA Undi Pos PAS ketika Pilihanraya Kecil Bagan Pinang N31 yang lalu bukanlah sekadar mahu memenangkan PAS sahaja.

Suhaizan telah menyediakan satu laporan yang jelas menunjukkan ketidakadilan itu berlaku.

Samada PAS menang atau tidak undi Pos di Bagan Pinang adalah bukan persoalan utama.

Soal pertama ialah keadilan politik dan hak mengundi tentera.

Table 1 : Undi Pos Mengikut Peti Undi



Table 2 : Keputusan bagi 3 Pilihan Raya

Walaupun PAS kalah dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang dan kita sedar berlakunya perubahan mood pengundi di Bagan Pinang tetapi saya tetap akan dedahkan ruang-ruang manipulasi yang terdapat dalam undi pos dan kesan-kesannya.
Anda perlu baca laporan itu di sini.

Sejak dari awal PAS tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk memang undi pos, dan memang tidak menang pun.

Jadual pertama jelas menunjukkan bagaimana PAS tidak mendapat sebarang undi pada peti 14,15 dan 16.
Peti 17 pula digabungkan dengan peti 13 semasa kiraan, maka tidak dapat dipastikan samada PAS juga dapat telur ayam seperti peti 14,15 dan 16.

Adalah dimaklumkan bahawa Peti 1 hingga 13 adalah undi pos tempatan, di kem dan sekitarnya. Manakala peti 14,15,16 dan 17 adalah daripada Mindef.

Ketidak adilan politik itu jelas.

Pengundi pos masih lagi menggunakan kertas undi bernombor siri, maka ia juga akan menyebabkan ketua unit boleh mengetahui anggotanya siapa dia undi.

Walaupun tentera adalah pahlawan negara, namun belum tentu semua tentera yang mahu undi PAS berani undi PAS.
Namun lebih kurang 30% yang berani.

Di kertas undi ada nombor siri, kemudian dicatat di SAMPUL SURAT KERTAS UNDI, dan di borang A juga dicatat nombor itu.

Di Sampul Keutamaan tiada nombor siri.

Memandangkan ramai pengundi pos berada di kem dan mampu hadir pada hari pengundian, maka langkah terbaik ialah membenarkan pengundi pos mengundi secara awam.




Berikut adalah gambar-gambar ketika bertugas sebagai PACA undi Pos.:


Hari pertama sebelum masuk ke Kem.

Makan pisang sebelum kiraan undi jam 5 petang


Selesai Kiraan, Amin kelihatan lapar, berborak dengan Suhaizan.


Suhaizan berucap & Amin makan.

Selasa, 13 Oktober 2009

Pengkianat Perpaduan

Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan di Malaysia.

Sekiranya ada seseorang dengan sengaja menggunakan bahasa SMS atau istilah yang dilacurkan (*err), yang menyebabkan ia sukar dibaca oleh bukan Melayu.

Maka kita boleh menggelarkan mereka sebagai Pengkianat Perpaduan

Isnin, 12 Oktober 2009

Anugerah Datuk di Melaka Mengalami Inflasi semula

Tahun ini, (2009) bilangan penerima anugerah datuk Negeri Melaka

DGSM = 5 orang Datuk Seri
DCSM = 10 orang Datuk Wira
DMSM = 75 orang Datuk

Menjadikan jumlah keseluruhan 90 orang.

Tahun 2008 = 78 orang
Tahun 2007 = 80 orang.

Inflasi 15%

Sabtu, 10 Oktober 2009

Adakah anugerah Nobel akan jadi seperti kurniaan gelaran datuk di Melaka?

Adakah anugerah nobel akan jadi seperti kurniaan gelaran datuk di Melaka?

Jumaat, 9 Oktober 2009

Daftar Pemilih Undi Pos Tentera Berbeza berbanding daftar pemilih SPR

Saya bersyukur kerama terpilih sebagai PACA Undi POS mewakili PAS ketika hari pertama pengundian secara POS semalam.

Walaupun buat pertama kalinya PACA boleh menjaga setiap saluran, namun ia tempang akibat daripada ketiadaan daftar pemilih yang digunakan oleh pihak tentera untuk disemak oleh PACA.

PACA hanya mampu mengira bilangan pengundi yang memperoleh "Surat Keutamaan" sahaja.

Sudahlah daftar pemilih berbeza, jumpa pengundi juga turut berbeza, bukan sekadar perbezaan 5 atau 10 %, tetapi ribuan pengundi.


SPR mengatakan bahawa pengundi pos adalah 4611, namun ada versi lain yang dalam lingkungan itu, 47xx.

Apa yang terjadi semalam, hanya 1792 surat keutamaan yang mengandungi kertas undi dikeluarkan, akan tetapi ianya jauh benar dengan angka 4611 pengundi. Perbezaan 2819.

Ramai juga tentera yang tidak dapat mengundi.
terdapat tentera yang membawa cetakan semakan di laman web SPR yang mengatakan bahawa dia memang mengundi di Bagan Pinang tetapi tidak dapat mengundi akibat namanya tiada dalam senarai pemilih tentera. Tidak sempat pulasaya merekod namanya.

Harap perbezaan 2819 itu tadi tidak tiba-tiba muncul sebagai sebahagian daripada kertas undi yang dikira.

Sekiranya bilangan keseluruhan undi pos adalah lebih sedikit daripada 1792, maka kita boleh simpulkan ianya sebagai agak logik.

Seperkara pelik yang berlaku ketika pengundian semalam ialah, pihak tentera yang menjalankan tugas kerani SPR, terpaksa menerangkan kaedah pengundian kepada pengundi seolah-olah pengundi tidak pernah mengundi sebelum ini.
Sedangkan PRU 12 berlaku tidak sampai 20 bulan yang lalu. Mustahil semua sudah lupa.

Keadaan menunjukkan seolah-olah mereka tidak mengundi ketika PRU 12 lalu. Tetapi undi pos dikira sebagai sebahagian daripada keputusan

Apa pun, kita boleh lihat berapakan jumlah undi pos yang dikira sebagai keputusan rasmi pilihanraya kecil bagan pinang.

Khamis, 8 Oktober 2009

PACA setiap saluran pada undi Pos.

Hari ini hari bersejarah bagi pengundian pos. Buat pertama kali PACA
boleh jaga setiap saluran walaupun ada tak sempurna. Hasil
kejuruteraan politik Suhaizan Kaiat dan rakan, bukan sahaja PAS, BN
pun turut boleh hantar PACA

Selasa, 6 Oktober 2009

Bila Belanjawan 2010?

Sudah Oktober, tetapi tak dengar berita tentang Belanjawan 2010, ura-ura bila dia akan dibentangkan pun tak dengar.

Bila agaknya?

Sebagai perbandingan, talun lepas ia dibentangkan pada 28 ogos, 2 tahun lepas pula bulan semtember.

Orang UMNO Sudah Mengaku Menipu Undi Pos

Tak payah susah susah, orang UMNO sudah mengaku menipu dalam undi Pos


Sabtu, 3 Oktober 2009

Brazil Jadi Tuan Rumah Olimpik 2016, Pendidikan Jasmani diajar dalam bahasa Portugis?

Tahniah buat Brazil kepada menjadi tuan rumah olimpik 2016.

Tahukah anda sebenarnya lawak bodoh ini (tersiar dibiaqpila) direka oleh saya pada tahun 2002 dahulu.
Ini adalah pautan asal emel tersebut, dikarang pada 21 jun 2002, sebagai langkah awal penentangan terhadap PPSMI.

http://tech.groups.yahoo.com/group/mypenguin99/message/4876


*Persatuan guru jasmani sokong*
Pelaksanaan serentak matapelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa
Portugis Brazil


KUALA LUMPUR 20 Jun - Persatuan-persatuan guru hari ini berikrar
menyokong penuh langkah terbaru kerajaan untuk melaksanakan
pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis
brazil (pt_BR) di sekolah rendah dan menengah secara serentak mulai
tahun depan.

Mereka juga memberi jaminan akan mengadakan kempen penerangan,
kursus intensif bahasa Portugis brazil dan program motivasi bagi
memastikan ibu bapa, guru dan pelajar dapat menerima langkah
terbaru berkenaan secara positif.

Langkah ini selaras dengan cadangan Menteri supaya dapat
mempertingkatkan mutu bola sepak Negara dengan penguasaan
B. Portugis brazil.

"langkah melaksanakan secara serentak itu perlu dibuat
memandangkan kesan pengajaran bahasa Portugis brazil
(pt_BR) dalam mata pelajaran berkenaan, jika bermula pada
tahun satu sahaja, akan mengambil masa 11 tahun untuk
memenangi Piala dunia." kata Menteri sambil memusing-musingkan
T-Shirt ala Rivaldo.

Apabila ditanya bagaimana kalau Brazil tidak memenangi Piala Dunia?
adakah P. Jasmani tetap akan diajar dalam Bahasa Portugis brazil.

beliau menjawap "Mana boleh, brazil mesti menang. tapi saya
tak puas hati... apa nama .... Ronaldinho kena kad merah"

Terdapat juga ura-ura menjadikan Bahasa Jerman sebagai bahasa
pengantar di sekolah menandu. Langkah itu bertujuan untuk
melahirkan pemandu seperti Micheal & Ralf Schumacher yang
rata-ratanya bertutur dalam B.Jerman.

Menteri itu berkata "Saya yakin Alex Yoong dapat tempat tercorot
kerana tidak fasih berbahasa Jerman"


disclaimer: Berita ini adalah rekaan semata-mata
 Ulasan saya pada emel yang berikutnya.

point 'berita' tu bukan pasal brazil atau F1
tetapi nak menggambarkan bagaimana 'bijak'nya idea
menukar bahasa pengantar untuk tujuan tertentu.

Khamis, 1 Oktober 2009

Watt! Watt! Watt! TV?

beberapa hari lalu saya cuba menkaji pemproses komputer.
Rupanya pemproses komputer zaman sekarang sudah lebih kurang sahaja. tetapi penggunaan kuasa jadi pemisah.
Ada yang 65 watt, ada yang 95w ada yang 125w, malah wujud pula papan induk yang menyokong sehingga 140w.

Saya berminat dengan Athlon II X2 250, berdasarkan wattnya yang rendah iaitu 65w.
Dengan kos agak rendah, prestasi tinggi dan memerlukan kuasa yang rendah, bagi saya ia pemproses yang agak efisyen.

Saya telah menukar lampu kalimantang di bilik kepada 20watt, dan kemudian menukar lampu kalimantang di bilik air kepada mentol 6 watt sahaja.

cukup menjimatkan.

Waktu malam, ketika semua lampu ditutup, lampu 6watt itu cukup untuk membuatkan rumah masih boleh dilihat walaupun tak terang.

Maka terfikir pula saya tentang TV,
Ada sesiapa pernah buat perbandingan penggunaan kuasa antara TV LCD dengan CRT?
Adakah saiz TV CRT besar lebih menggunakan tenaga?
Atau mungkin TV LCD besar lebih menjimatkan berbanding TV CRT yang kecil?

kemaskini:
Terjumpa perbandingan
http://reviews.cnet.com/green-tech/tv-consumption-chart/?tag=arw

Google+ Hasbullah Pit