Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Chua Soi Lek

Jangan Lupa, Chua Soi Lek Sudah Minta Maaf - Malaysiakini.

Merujuk kepada berita di Malaysiakini, Dr Chua Soi Lek telah memenangi jawatan Timbalan presiden MCA . Namun dia masuk dikaitkan dengan kisah masa lampau yang tidak sedap didengar. Jangan lupa, Dr Chua Soi Lek telah pun meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharaf rakyat Malaysia dapat memaafinya. "After I made my confession, I had hoped Malaysians would be able to accept my apology, "  Jika masyarakat masih lagi mengkaitkan kesalahan masa lampau itu dengan dia, maka apa ertinya dia memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat? Apa terjadi kalau Dr Chua Soi Lek, memeluk islam dan bertaubat secara Islam, Adakah masyarakat masih lagi tidak memaafkannya dan kaitkan lagi dengan cerita lampau itu. Lainlah ceritanya kalau seseorang itu tidak mahu mengaku salah dan meminta maaf. Kisah masa lampau Dr Chua Soi Lek berbeza sedikit dengan kisah "Sedekah Seks", kerana kisah "sedekah seks" itu melibatkan dengan orang Islam. Menurut fahaman ...

Mana Idea Bernas Penyelesaian Masalah Rakyat oleh Dr. Mahathir?

Sambung cerita semalam yang kononnya Mahathir masih mempunyai idea yang bernas . Dr. Mahathir mempunyai keupayaan berfikir yang hebat (tak semestinya serba betul). Akan tetapi apabila pemikirannya terlalu fokus kepada sesuatu, maka buah fikirannya hanya untuk perkara sesuatu. Suatu ketika dahulu, Tahun 2005, Dr. Mahathir telah menyebut tentang Matawang Ringgit yang dibawah paras nilai, Jambatan bengkok dan beberapa isu lagi. Bagi saya semua pendapatnya ketika itu boleh diterima. Ideanya ketika itu bernas kerana dia tidak fokus untuk menjatuhkan Pak Lah. Kini kepala ottaknya fokus untuk menjatuhkan paklah akibat dari kekalahan BN di beberapa buah negeri. Sebenarnya dialah salah satu punca, dia yang menyuruh pengundi mengundi protes, untuk menekan Paklah. Tapi Paklah penuh imunisasi. Pada saat ketika ini, Malaysia tidak memerlukan idea untuk menjatuhkan Pak Lah, akan tetapi memerlukan penyelesaian masalah rakyat akibat daripada kenaikan harga barang. Mana Penyelesaian Dr. Mahathir? Kalau...

DVD Chua Soi Lek dan VCD Ceramah

Akhir akhir ini, Video lucah Menteri Kesihatan Chua Soi Lek disebarkan dalam bentuk Video DVD. Pada masa yang sama, saya dan rakan saya menebarkan VCD ceramah dari rumah ke rumah. Ketika mulanya tersebar DVD Chua Soi Lek, maka saya terfikir, kenapa Format media skandal yang disasarkan kepada golongan Cina, lebih baik dari format media yang disasarkan untuk orang kampung? Ketika saya menyebarkan VCD ceramah, kami perlu bertanya tuan rumah, samada ia mempunyai pemain VCD atau tidak. Sambil mengedar risalah, saya terjenguk juga di dalam rumah orang, samada mereka ada pemain DVD atau tidak. Ada rumah yangmempunyai "Hi Fi complete set" yang boleh memainkan VCD. Nampaknya untuk dia naiktaraf kepada DVD, dia perlu beli 1 set yang baru? kebanyakan "HiFi" zaman sekarang pula tidak mempunyai "Line in". Akan tetapi, jika rumah itu hanya ada pemain VCD yang disambung terus kepada TV, maka mudahlah ia menaiktaraf ke DVD, kerana dia hanya perlukan membeli pemain DVD. Na...