Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kamaruddin Sidek

Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek

Jemput Hadir ke Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek Dr Mujahid Yusuf. -Ahli Parlimen Parit Buntar -Pengerusi Lanjah Perpaduan Kaum PAS. Ustaz Kamarudin Sidek -Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka 17hb November 2009 9.20 ptg - 11.55 ptg Baitul Hikmah Kampung Sempang, Merlimau Melaka

Saki Baki Cerita Kerajaan Perpaduan

Secara jujurnya, saya mendapati penerangan Ustaz Kamarudin Sidek, Ketua Pemuda PAS Melaka amat ringkas dah mudah difahami. Jauh berbeza dengan pemahaman maksud "Kerajaan Perpaduan" yang diselewengkan. Penerangannya ringkas, "Semua parti membentuk kerajaan " "Bila Pilihanraya semua parti lawan ikut lambang masing-masing" "Lepas pilihanraya, semua parti masuk balik dalam kerajaan." Namun  maksud "Kerajaan Perpaduan" yang diselewengkan pula yang popular dan mengakibatkan porak peranda.

Kereta Ustaz Kamarudin Sidek Akan Dilelong?

Berikut adakah kesan serangan terhadap Kereta Ustaz Kamarudin Sidek oleh penyokong pelampau Ali Rustam. Gambar bahagian belakang Gambar bahagian depan Ketika berlakunya perhimpunan Mendesak Ali Rustam meletak jawatan, pihak polis hanya membenarkan 2 buah kereta sahaja untuk menghantar Memorandum kepada Ali Rustam, yang lainnya tinggal di Masjid MITC. Ketika itulah kereta Ustaz Kamarudin telah diserang. Memanglah tiada pun Ustaz Kamarudin Sidek bercakap tentang melelong keretanya, namun ianya adalah cadangan dari saya, supaya Kereta itu dilelong pada harga pembukaannya ialah harga semasa kereta.

Ustaz Kamarudin Sidek Sampaikan Hadiah pada Umar Hasbullah

Pada 1 November, diadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi pelajar PASTI As-Solihin Merlimau. Umar menerima hadiah kerana dapat No 1 keseluruhan bagi kategori empat tahun . (daripada 5 orang.) Hadiah pula disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin Sidek , Ketua Pemuda PAS Melaka. Saya tidak pasti samada saya patut bergembira atas "kejayaan" ini atau tidak. Umar tidak menunjukkan disiplin yang tinggi ketika di sekolah. Ponteng 1 bulan apabila emakya bercuti bersalin, peperiksaan diadakan beberapa hari selepas dia bercuti dan dapat nombor 1. Mungkin Umar fokus di dalam kelas sebelum ini? Takkanlah pula saya tidak mengiktiraf "No.1"nya kerana ia tidak cukup sempurna kedatangannya. Dia sudah berusaha jawap soalan dengan baik. Faktor "kedatangan" tidak diambil kira untuk menilai pelajar empat tahun? Umar tidak pernah ditekan supaya berjaya dalam peperiksaan oleh kami suami isteri. Tujuan asal dia disekolahkan adalah untuk belajar bergual. Si Hazmah (baju merah) pula...

Jemputan Jamuan Hari Raya MTD Serkam, Perasmian Markas PAS Sempang oleh YB Salahuddin

Adalah dimaklumkan bahawa anda dijemput untuk hadir ke Jamuan Hari Raya Majlis Tindakan DUN Serkam & Perasmian Markas PAS Sempang (Balai Islam Baitul Hikmah) oleh YB Salahuddin & Ceramah oleh Ustaz Kamarudin Sidek dan YB Salahuddin. & Aqiqah Hamzah & Muaz. Bertempat: Balai Islam Baitul Hikmah, (Markas PAS Sempang) Jalan Haji Jamaat Kampung Sempang Merlimau Melaka Pada: 28 Ogos 2008 bersamaan 28 Syawal 1409 Bermula Maghrib. Ceramah Bermula Selepas Isya' Pakaian: Pakaian yang dirasa sesuai untuk Jamuan Hari Raya. Jawapan bocor:

Sudah Hampir Tapi Tak Kesampaian

Sudah Hampir Tapi Tak Kesampaian. Itulah ungkapan sesuai bagi diri saya yang merancang untuk pergi ke Ceramah Penerangan Isu-Isu Negeri Pakatan di Jasin Yang dihadiri oleh Nik Nazmi. Saya terperangkap oleh hujan ketika kenduri di satu khemah di Markas PAS Sempang. Petir sabung menyabung, sesudah hujan, saya pun ke Serkam, rupanya sudah habis. Nik Nazmi berceramah bersama Ustaz Kamarudin Sidek di platform yang sama buat pertama kalinya, dan saya gagal hadir. Agak mengecewakan.

Permalink, Blogger PAS , Tranungkite dan sekutunya

Saya sebenarnya mushkil kepapa pemblog PAS, atau laman tranungkite atau yang seangkatannya tidak suka membuat pautan ke pautantetap (permalink atau permanent link) dalam sesuatu artikel. Akan tetapi, mereka membuat pautan ke laman hadapan blog sumber. Perkara ini amat memushkilkan saya. Apa punca terjadinya sebegini? Mungkin pengaruh tranungkite terlalu kuat, sehingga membentuk budaya. Tranungkite yang diminati oleh ramai orang PAS, tidak mem membuat pautan ke pautantetap sesuatu artikel. Kita ambil satu contoh, artikel Ustaz Kamal mengenai Belanda yang tersiar di Tranungkite . Dimana pautan yang diberikan untuk menyatakan sumber ialah http://www.kbsn26melaka.blogspot.com/ dan bukannya http://kbsn26melaka.blogspot.com/2008/04/ulasan-isu-filem-belanda-hina-islam.html Pembaca di Tranungkite hanya memberi komen di tranungkite tanpa komen ditempat yang sepatutnya, iaitu di Pautantetap catatan itu di Blog Ustaz Kamal. Kalau ada 10 blog atau laman CMS lain yang memaparkan artikel itu, akan...

Surat Permohonan untuk disenaraikan ke 240 blog yang dipantau

Hasbullah Pit 77300 Merlimau Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Graha UMNO, Jalan Hang Tuah, 75300 MELAKA Tel : 06-2841760 Fax : 06-2840414 Datuk Seri Ali Rustam Pejabat Ketua Menteri Melaka, Tingkat 4, Blok 'A' Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh, Melaka Bandar Bersejarah . Tel: 06-2314343, 06-2328707 Faks: 06-2328400 PER: PERMOHONAN UNTUK DIMASUKKAN KEDALAM SENARAI BLOG YANG DIPANTAU DAN PENYENARAIAN 240 BLOG. Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk memasukkan blog pihak kami kedalam senarai blog yang dipantau oleh unit Siber pihak tuan. URL: http://sebolku.blogspot.com Nama Blog: Hasbullah Pit Nama Blog lama: Blog Tar Berdaftar Yang Perlu Dipantau Pihak kami juga memohon untuk mendapatkan senarai 240 blog yang bakal dipantau boleh pihak tuan dalam format OPML, Supaya pihak kami boleh menambahkannya ke Laman Agregator Beras Padu yang beralamat http://taman-pitis.blogsite.org , Su...

Sejarah Hijrah: Ustaz Kamarudin Sidek di Bukit Tembakau

Berikut adalah ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz Kamarudin Sidek di Bukit Tembakau, Umbai Melaka. pada 13 januari 2008 Kali ini saya tidak lagi memegang kamera telefon menggunakan tangan seperti ceramah dahulu , tapi sudah beli tripod, akan tetapi kamera yang betul-betul belum dibeli lagi. Ceramah ini amat informatif, jadi luangkan masa 54 minit untuk mendengarnya. Untuk muaturun seluruh video, atau benamkan ke laman blog anda, sila ke http://video.google.com/videoplay?docid=-4705743152182886216&hl=ms Klik sini untuk membaca tentang Kelandar Hijrah

Rasuah sudah jadi kebiasaan

Sempat saya menangkap video ceramah pendek Ustaz Kamarudin Sidek, yang menceritakan tentang rasuah, SPR, nombor plet pada sesi ceramah perdana 17 Disember 2007 . Berikut adalah videonya. Rasanya saya perlu mencari buluh untuk dijadikan tripod kepada SE k800i ini. lenguh tanganku untuk memegangnya. Selepas ini akan ada lagi video ceramah Ustaz Kamarudin Sidek, kelebihan beliau berbanding ahli politik yang lain ialah kebolehan dia mengupas kandungan tempatan, spesifik Melaka. Hutang kerajaan Negeri Melaka ialah 1 bilion. Jangan lupa nilai itu, dan mungkin ia bertambah lagi? Walaupun dalam sesi ceramah beliau sekali dengan Penceramah tersohor seperti YB Salahudin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) bersama Sdra.Shamsul Iskandar b. Mohd Akin (Ketua AMK Malaysia), namun saya memilih untuk merekod ucapan beliau kerama ceramah beliau sukar untuk dijumpai pada VCD tempatan. Sesuai untuk orang Melaka mendapatkan pandangan alternatif.

Ceramah Khalid Jaafar, Ustaz Kamal, Syamsul, Anwar Ibrahim di Tedong, Merlimau

Setibanya saya di sana saya berborak seketika dengan semit (baju putih belah kiri) tentang harga minyak akan naik akan tidak, seperti biasa saya akan kata ia akana naik kerana minyak mentah sudah 'stabil' USD 90 an setong. Seperti biasa saya pun menerangkan formula subsidi minyak sebol , tak pasti pula dia faham atau tidak. Jadi ceramah bermula dengan Ucapan Khalid Jaafar Keadilan , yang juga menyentuh tentang harga minyak, dia mempersalahkan kerajaan kerana gagal mengemukakan formula terbaik untuk kebaikan semua. Juga ada menyentuh tentang Agenda Ekonomi Baru - (muatturun) Saya tak pasti berapa ramai yang hadir ke ceramah itu faham isi kandungannya. Dipendekkan cerita, Agenda Ekonomi Malaysia mempersoalkan kenapa Pendapatan perkapita Rakyat Malaysia 5 kali ganda lebih rendah dari Singapura. Suatu ketika dulu, saya selalu berjumpa dengan Khalid Jaafar ketika dia sering ke Taman Permata, saya tak pasti dia kenal saya atau tidak. Ucapan Ustaz Kamal, agak menarik, mempersoalka...