Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel UZAR

UZAR Tak Kata Segala Bentuk KEUMPILAN adalah HARAM

Binatang apa itu keumpilan? Klik untuk baca  Keumpilan adalah leverage. Hari ini terdapat satu catatan Pakdi yang mempersoalkan adakah UZAR mengatakan keumpilan secara umum adalah haram ? (mesti baca) Tapi apabila saya lihat balik catatan UZAR, ianya tidak pula mengatakan segala bentuk keumpilan adalah haram. Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan Leverage ini adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak di dalam milik anda. UZAR hanya mengatakan bahawa transaksi jenis sebegitu yang haram bukan keumpilan secara umum. Namun UZAR telah pun membalas catatan blog Pakdi dengan penuh bergaya . (mesti baca) Jangan lupa catatan Dr Azwan tentang keumpilan yang mengandungi persoalan berikut Pada hari ini saya ingin menulis tentang satu konsep yang sentiasa ada di dalam mana-mana buku-buku kewangan dan pelaburan iaitu konsep leverage. Apa yek bahasa melayunya?  Sudah terjawapkah persoalan itu?

Cetak Duit Fiat Tak Semestinya Inflasi

Ini adalah sebahagian daripada tulisan Ustaz Zaharuddin pada catatan bertajuk Penciptaan Duit Kertas Moden, Hukum & Forex Nilainya wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating' mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara. Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh. Biasanya apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply. Justeru, cetakan wa...

Nasionalisasi Ustaz Zaharuddin

Usah di layan sangat cerita pemilihan UMNO. A sedia bertanding B dapat pencalonan Negeri C kata sokong D E kata F tak layak bertanding bla bla bla bla Kesemua ini boleh diibaratkan hiburan politik sahaja. Dalam erti kata lain, gosip politik. Mereka bukan membincangkan kandungan politik kerahan pembentukan negara. Ada kita dengar calon yang bertanding menyediakan kaedah menyelamat ekonomi? kemudian dibidas oleh calon yang lain. Adakah kita dengar calon itu berjanji untuk cuba mempertingkatkan taraf pendidikan? Kalau berjanji untuk mengukuhkan parti ada juga kedengaran. Ada mereka berjanji untuk menggunakan kaedah ekonomi yang lebih islamik untuk mengatasi masalah ekonomi? Akan tetapi, seronok juga makan bertih jagung sambil menonton drama UMNO. Di dunia lain yang agak jauh sedikit dari politik, Ustaz Zaharudin telah bercerita tentang kandungan politik, iaitu kebaikan dan keburukan nasionalisasi. Catatannya panjang, tidak hanya nasionalisasi, kalau hendak diulas, memerlukan sekurang-kura...