Apa sudah jadi dengan laman web PERKESO ? Mereka telah mengubahsuai laman web perkeso, sehingga perlu bergantung kepada flash. Sejak bila flash menjadi aplikasi web yang sah? ISO mana? Undang-undang tubuh mana yang mengatakan flash sudah menjadi piawaian internet? Apa yang webmaster perkeso kejar? Kecanggihan? Tidakkah mereka tahu kalau laman web 100% bergantung kepada flash akan menyebabkan ianya tidak boleh dibuka menggunakan platform tertentu? Bila masa flash boleh digunakan dalam telefon? iPhone pun tidak menyokong flash Nampak sangat webmaster Perkeso, kemaruk teknologi tapi tidak mengamalkan pelungsuran web menggunakan telefon. Kalau kemaruk sangat flash, buat laman web sendiri lah, jangan libatkan sesuatu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. Tidakkah webmaster perkeso tahu bahawa robot google tidak dapat melepasi flash yang dijadikan pintu utama, dan menyebabkan rakyat sukar mencari maklumat? Siapa "Barua Adobe" dalam Perkeso? Apa yang canggi...
Ayhd Yang Hendak Dibaca