Kain Songket yang dipakai oleh ShahRukh Khan dikatakan berharga RM 3,000. Diceritakan juga di blog Al Brangi bahawa ianya ditaja oleh Menurut berita Mstar , Songket rasmi itu belum dipakai oleh mana-mana penerima datuk lagi. Samping songket berharga RM3,000 bermotif bunga kesidang, berwarna hitam dan diikat stail Allahyarham P.Ramlee akan dipakai buat pertama kalinya oleh Datuk Shah Rukh Khan ketika menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) Sabtu ini di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 10 pagi. Samping songket rasmi negeri Melaka bermotif bunga kesidang itu belum pernah dipakai oleh mana-mana penerima gelaran ‘Datuk’ lagi. Ini disahkan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Datuk Kapt (B) Ab. Karim Sulaiman di sebuah sidang akhbar tengahari tadi di Pejabat Sovereign Wear Sdn Bhd, Sri Hartamas. Bagaimana harga songket yang baru dicipta, tidak pernah dipakai oleh penerima datuk, ditetapkan harga RM 3,000 ?...
Ayhd Yang Hendak Dibaca