Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Anwar Ibrahim

Demokrasi Melayu, Demokrasi Asia , Tidak boleh Lawan Ketua

Demokrasi Melayu? Wujudkah Demokrasi Melayu? Dunia Melayu baharu sahaja terjebak dengan demokrasi, Entah bagaimana boleh memilih untuk demokrasi. Walaupun secara sejarahnya, tidak pernah demokrasi sejak kurun ke 15. Demokrasi bukanlah sistem yang bagus sangat, akan tetapi sistem sebegitu dipilih ornag orang Melayu , orang Asia untuk digunakan pada zaman ini. Saya sudah perhatikan sejak bertahun yang lalu, Demokrasi tak sesuai dengan asia. Dengan Melayu lagilah tak sesuai. Mungkin hanya Jepun yang sesuai dengan demokrasi, yang lain ada sahaja yang tak kena. Di Malaysia, terutama sekali dalam dunia Melayu, wujud demokrasi dalam parti politik, dalam NGO, dalam persatuan itu ini, pemilihan ketua kelas pun nak didemokrasikan. Namun, Rakyat dunia ke 3 ini masih lagi dunia ke 3. Kalau ketua atau presiden atau YDP berundur, baru boleh sesuai buat pemilihan. Tapi kalau ketua atau presiden dilawan untuk digantikan dengan yang lain. Maka ianya seolah-olah salah besar. Dosa bes...

Yang Rempuh Pagar itu Tahu Tak Anwar Sokong GST?

Amboi bukan main, nak pidato sampai rempuh-rempuh pagar. Siap ada dalam jadual pidato, "bergerak daripada pintu pagar". UM pun satu, dok layan-layan. Kalau dibiarkan sahaja Anwar berpidato, entah-entah tiada apa berlaku. Dapatlah juga si Anwar Ibrahim itu, buat aksi ala-ala dapat sokongan ramai, siap ada 'resistance' sikit. Tetapi masa nak bantah GST, tak ada pula aksi rempuh2. Oh ya... baca sikit... Persoalan yang timbul sekarang ini ialah, adalah Mahasiswa yang rempuh pagar itu sedar Anwar ini penyokong GST? Tak terfikirkah tatkala rakyat perlu tolak GST, kita dilekakan dengan Langkah Kajang dan sinetron MB Selangor? (mana popcorn) Tetapi apabila nak mengimbau kembali zaman muda di UM, konon-konon pejuang revolusionis, boleh pula bantu buat aksi "memperjuangkan demokrasi". Kalau pemimpin mahasiswa tak boleh berucap, lainlah. GST berlaku sekali dalam 500 tahun.

Rasionalisasi Candu: Penagih tetap menagih walau dos kurang

Harga Minyak tak naik, hanya rasionalisasi Candu. Candu dikurangkan, tetapi penagih tetap menagih. Pengurangan candu bukan bertujuan untuk menghentikan ketagihan, sebab candu masih ada, penagih dibiarkan menagih. Hutang nak beli candu sudah banyak. Swipe kad kredit sampai 600 bilion. Maka pembekal candu pun kurangkan dos candu. Kenapa pembekal candu sibuk nak beri candu? Candu bukan sebarang candu, candu itu boleh sorok kenaikan harga barang. Pembekal candu tahu, bila swipe kad kredit harga barang naik. Nilai ringgit tu kasi lambat sikit jatuh nilai, Sementara itu boleh rembat guna nilai yang masih tinggi. Tapi taknak kasi kesan drastik, maka diberikan candu. Takut jadi macam zimbabwe. Orang Zimbabwe tak pandai guna candu. Penagih candu tak tau, dia ketagih. Penagih BN dan penagih PR, sama-sama menagih. Penagih BN kena kasi hujah Bagusnya ada candu, Penagih PR kasi hujah, candu penting untuk rakyat. Penagih PR banyak yang percaya ajaran Budak kolej kesayangan ketum. Kononnya candu lebi...

GST ... Rakyat tak perlu tunggu Pakatan Rakyat lagi .. Mari fikir perisian

Akta CBP/GST telahpun diluluskan pada April yang lalu, telah diwartakan pada jun 2014. Rakyat yang sebelum ni berharap, pada pakatan rakyat untuk mengagalkan Akta CBT/GST, sebagai mana dahulu Pakatan Rakyat berjaya mengengekang kenaikan harga minyak. Tapi bab GST tidak bersungguh-sungguh. Agak pelik juga, GST telah diketahui seawal 2013, dibentangkan di Parlimen pada April, tetapi merancang demo besar besaran pada 1 Mei. Atas sebab apa nak tangguh demo sehingga selepas lulus, saya pun tak tahu. Adakah sebab nak sekalikan dengan penyokong sosialis nak sambut Hari pekerja? Atau terpengaruh dengan Sosialis? Adakah Pekerja sahaja yang kena GST? Para peniaga kalau masih lagi menunggu Pakatan Rakyat berjaya hapuskan GST, maka banyak keputusan perniagaan (business decission) tak dapat dibuat. Masa berlalu. Ketika rakyat baru sedar nak bantah GST, Ruang berita ditukar ke cerita "Langkah Kajang" dan kemudiannya "Sinetron MB Selangor". Satu langkah yang dib...

Ali Rustam Mahu Dirinya Dipenjarakan?

Persoalan Ringkas Ali Rustam di Media masa .... "kenapa Anwar Ibrahim boleh jadi ahli parlimen sedangkan dia masuk penjara enam tahun? Itu jawab dulu.  Mengapa Lim Guan Eng boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan dia dah masuk penjara dua tahun?  Itu jawab dulu.  Kalau ini dia boleh jawab saya akan jawab apa yang dia tanya kepada saya." Persoalan Ali Rustam seolah-olahnya dia  buat-buat tidak tahu bahawa Anwar dan Lim Guan Eng telah pun menjalani hukuman diatas 'kesalahan' yang disabitkan ke atas mereka. Dalam erti kata lain, dia mahu dirinya dipenjara dahulu, supaya dia boleh menjadi Ketua Menteri semula.

Saya tak peduli apa yang dibincangkan antara Anwar dengan Abdullah

Disebabkan Paklah dan Anwar adalah orang besar dalam dunia politik Malaysia, maka pertemuan 2 orang itu yang dihangatkan, penuh 1001 spekulasi. Saya tak peduli apa perbincangan 2 orang itu. Apa yang saya nampak ianya adalah pertemuan Syeikh Mahmud al-Majzub , dengan ketua kerajaan dan ketua pembangkang. Apa yang Syeikh Mahmud al-Majzub mahukan? Itu yang perlu kita cari, bukannya apa yang Anwar dengan Abdullah bincangkan.

"Nasionalisme Baru" tahi kucing

Di blog Anwar diberitakan kononnya ada "Nasionalisme baru" berdasarkah "Ketuanan Rakyat". Selagi persembadanan negara adalah disebabkan siapa jajah siapa, Jangan bicara soal Nasionalisme baru. Kalau persempadanan Negara masih ditentukan perjanjian Inggeris Belanda 1824, Jangan bicara soal "Nasionalisme baru" Kalau persempadanan negara ditentukan oleh Perjanjian Anglo-Siam 1909. Jangan Bicara soal "Nasionalisme Baru". Kalau 100% daripada kawasan negara adalah bekas jajahan British, Jangan Bicara soal "Nasionalisme Baru".

Belanjawan Anwar Menguncup, 130b vs 154b vs 125b

 Najib telah membentangkan bagaimana 7 bilion diperuntukkan untuk merancancakkan ekonomi. Juga Pemcarum KWSP akan diberi pilihan untuk kurangkan caruman supaya lebih wang berkitar dipasaran. Anggaran lebihan 4 bilion duit ditangan rakyat untuk dibelanjakan. Ini kata najib . "Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut. "Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat. Dalam dunia ekonomi, sebenarnya tiada siapa yang boleh dakwa mereka betul. Di Malaysia, teori berbelanja untuk rancakkan ekonomi begitu popular. Ianya sesuai untuk tangani kelembapan. Tapi buat seketika waktu. Serupa macam penuru...

Tidak! Anwar Tidak Minta 'Bajet' Baru Dibentangkan.Tajuk Malaysiakini Salah

Merujuk kepada berita di Malaysiakini tajuknya, Anwar minta Najib bentang bajet baru Anwar Ibrahim yang saya kenal tidak pernah menggunakan istilah bajet, sehingga kini dia masih lagi lagi menggunakan istilah Belanjawan. Mana mungkin dia akan menggunakan istilah 'bajet'. Jika diteliti berita Malaysiakini itu: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli Dewan Rakyat tidak boleh membahaskan " belanjawan yang ketinggalan zaman" seperti dibentangkan lebih sebulan lepas.  Manakala, berita di skuad DUN Batu Caves : "Fokus kita sekarang ialah Belanjawan 2009 perlu dibentangkan semula kerana ia sudah tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. Beliau berkata, usul undi tidak percaya tidak akan dibincangkan kerana soal belanjawan yang perlu dibentangkan semula kini menjadi keutamaan pembangkang.- Tapi yang peliknya ada bajet di sini  Ingat pesan saya. Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat y...

Isu Gambar Anwar yang Menyerupai Patung

Hari ini saya agak terkejut dengan kenyataan-kenyataan tentang isu ini oleh pemimpin PAS, dimana ia tidak seperti yang diharapkan. Akibat daripada ulasan oleh Ali Rustam, jawapan adalah seolah-olah mahu menjawap Ali Rustam, dan bukannya menjawap tohmahan DUN Batu Caves terhadap blogawan PAS yang cuba menasihati PKR Batu Caves. Kisah "Berhala" ini sudah beberapa hari timbul di dalam dunia blog sebelum ia tersiar di Malaysiakini dan Akhbar tempatan. Ianya bermula di blog Skuad DUN Batu Cave. Mereka yang awal meyiarkan catatan blog menunjukkan gambar poster anwar yang dipotong dan didirikan seperti patung . poster gergasi yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini. M...

Skuad DUN Batu Caves Disindir Anwar Ibrahim kerana spam Malaysiakini?

Skuad DUN Batu Caves, juara baru dalam kegiatan Spamming Malaysiakini yang menjijikkan itu kini disindir oleh Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim kini mempromosi kempen Etika Penyebaran Makluma t . Kita perlu mempertahankan etika dalam menyebar maklumat tanpa sebarang kecelaruan fakta. Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai!

Pengurus Dana Menjauhi Malaysia Hanya Kerana Anwar?

Tadi di Buletin Utama telah menyiarkan PakLah baru tahu rupanya Pengurus Dana sudah menjauih Malaysia. Bayangkan Bekas Menteri Kewangan I itu hanya baru tahu pengurus dana menjauhi malaysia. Agak lucu. Tapi itulah Bekas Menteri Kewangan yang tidak ambil tahu soal kewangan. Pengurus Dana memang sudah lama menjauhi Malaysia. Ada baik dan buruknya. Saya sebagai rakyat Malaysia yang lebih mementingkan ekuiti Malaysia dimiliki rakyat berbanding asing. Saya bukan jenis orang yang mahukan negara bergantung kepada FDI untuk maju. Sepatutnya sekarang kitalah pelabur asing bagi negara miskin, bukannya kita terlalu bergantung harap kepada FDI. Kalau bergantung harap pada FDI, risikonya agak tinggi, pelabur boleh lari apabila tidak untung dan pekerja merana. Anwar Ibrahim telah menceritakan tentang pengurus Dana telah menjauhi Malaysia memang sudah lama, ketika ceramah di Jasin dahulu, beberapa hari setelah dia ditangkap, dia sendiri telah mengatakan yang pengurus Dana sudah menjauhi Malaysia. Buk...

Larikan 49 Ahli Parlimen atau seorang Ahli Parlimen?

Malaysiakini.com Hairan juga, 49 Ahli Parlimen dilarikan ke Taiwan untuk mempelajari teknik pertanian. Semuanya dilarikan kerana untuk dilarikan dari Anwar Ibrahim. Apabila ia melibatkan 49 ahli Parlimen, maka ia melibatkan kos yang tinggi. Mengapa tidak mereka membawa Anwar Ibrahim sahaja mempelajari teknik pertanian di Taiwan? Anwar Ibrahim pun ahli parlimen juga. Bukankah ia lebih jimat?

Erti Kemerdekaan yang Sempit?

Anwar Ibrahim di blognya menceritakan tentang erti Kemerdekaan . Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan Akan tetapi komen saya di blognya itu tidak dilepaskan. Hasbullah Pit Aug 30th, 2008 at 7:38 pm Kemerdekaan sebenar ialah apabila seluruh Nusantara Merdeka. Selagi Patani di jajah Thailand, dan Moro dijajah Filipina. Selagi itu bukan kemerdekaan sebenar. Selagi kesan Penjajahan Inggeris Belanda yang memisahkan nusantara sehingga hari ini, selagi itu belum benar merdeka. Selagi kesan perjanjian Anglo-Siam masih ada, selagi itu kita belum boleh merdeka sepenuhnya. Tuan-tuan dan puan-puan, Tanah Melayu hanya 80% merdeka. Kesan Perjanjian Anglo Siam masih lagi memberi impak kuat kepada tanah-tanah kita yang masih dijajah siam. Perjanjian Anglo Siam menyebabkan sebahagian dari Tanah Melayu disahkan sebagai milik Siam oleh British. Mana boleh. Hari ini Hari Kemerdekaan, jangan hadkan pemikiran kita tentang kemerdekaan yang diberikan oleh British sahaja...

Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat yang Menggunakan Istilah "Bajet"

Hari ini Belanjawan akan dibentangkan. Walaupun ramai yang gunakan istilah "bajet" saya tetap menggunakan belanjawan. Para blogawan penyokong DSAI yang bermati-matian di Permatang Pauh dulu, sila gunakan istilah belanjawan. Saya agak pasti Anwar Ibrahim akan kekal menggunakan Istilah Belanjawan , seperti tahun lepas . Jangan biarkan " Belanjawan " menjadi Istilah subversif . Jikalau catatan di blognya menggunakan istilah "bajet", itu mungkin pembantunya yang tulis, bukan dia. Belanjawan esok? Akan ada subsidi makanan seperti yang Ikram mahukan? Kemaskini 11:45 29 Ogos: Senarai blogawan yang menggunakan istilah "belanjawan" menggantikan "bajet":- 21:26 Belanjawan Membodek ! » LAWAN TETAP LAWAN 21:00 B09 :( Akhir ) - Belanjawan Membodek ! [updated] » Al-Banjari Online 20:44 Tiada Yang Istimewa Dalam Belanjawan 2009 » Asia, Tech, Malaysia & World 19:50 Belanjawan 2009 - Intipati keseluruhan perbentangan » Kembara Minda...

Balasubramaniam Double Agent Juga?

Hari ini diberitakan bahawa Balasubramaniam kini menarik balik Akuan Sumpah yang dibuatnya semalam . Kemudian diberitakan akan keluar satu lagi akuan sumpah tanpa watak Najib. Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut. Bala Subramaniam juga bemdakwa dia dipaksa.Wah Lagi menarik Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lulmpu pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru. Balasubramaniam juga dikatakan akan mengeluarkan akuan yang baru tidak lama lagi Dahulunya Balasubramaniam ejen perizik Razak Baginda, kemudian memihak kepada Anwar, kini dia memihak kepada siapa? Mungkin dia lebih daripada "Double Agent". Triple Agent? Menarik betul cerita ini. Seronok ditonton. Mujurlah saya sudah membeli jagung kerana tidak menjumpai popcorn. Disamping itu...

Disahkan Sahih Oleh PAS?

Ketika drama Saiful vs Anwar vs entah, banyak kekeliruan berlaku. Siapa kenakan siapa? Saiful sebelah siapa? Kalau dulu nyata Azizan di sebelah konspirator kerana jelas pertuduhannya, malah setiap hari ianya diperelokkan supaya nampak betul. Tetapi dalam kes Saiful vs Anwar ini, Dakwaan saiful hanya berbentuk laporan polis, pada awal cerita, kononnya Saiful dipaksa mengaku, kemudian gambar dipaparkan di pejabat TPM, kini ada pula dakwaan rapat dengan Rosmah. Mana satu betul? Akan tetapi PAS negeri Pahang dan Negeri Melaka menyediakan perkhidmatan memastikan yang mana satu betul dengan merujuk kepada pimpinan negeri masing masing. Pemuda PAS Pahang: Ahli diingat dapatkan maklumat semasa daripada sumber parti PAS Negeri Melaka: BERTENANG DAN DAPATKAN MAKLUMAT SEBENAR DARI PIMPINAN Kisah berlaku antara pemimpin PKR dengan kemungkinan double agent antara PKR dan UMNO, tetapi untuk mendapatkan kepastian kena rujuk PAS. Secara kasar, kita boleh lihat seperti "Anwar dituduh meliwat"...

Saiful Bukhari Double Agent?

Saya sebenarnya malas nak layan Politik jenis melibatkan ahli politik tanpa melibatkan rakyat, rasa buang masa sahaja. Saya lebih suka akan politik yang melibatkan permasalahan rakyat. Awal pagi tadi saya sudah mual dengan tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari. Saya memang sudah membaca sepintas lalu kisah-kisah Musang Berbulu Ayam di Blog Najwan Halimi. Kerana itu saya keliru samada ini konspirasi untuk menjatuhkan Anwar atau menjatuhkan Najib . Tidak sangka pula Wan Azizah baru jumpa gambar Saiful Bukhari di pejabat Timbalan Perdana Menteri, walhal kisah musang berbulu ayam sudah lama tersiar di blog Najwan Halimi . Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu g...

Bila Saya Nak Cuba Sokong Bantahan Ali Rustam Terhadap Debat Anwar vs Saberry

Ali Rustam baru baru ini membantah perdebatan Anwar Ibrahim dengan Shabery Chik di RTM. Naib Presiden UMNO itu berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan. ``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini. ``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya. Atas dasar apa Ali Rustam nak bantah perdebatan itu? Hanya kerana dia menentang kerajaan, maka tidak boleh berdebat di Televisyen? Kalau pemimpin kerajaan berdebat dengan Shabery Chik tentang isu harga minyak, itu bukan perdebatan namanya. Bayangkan kalau ada Makcik UMNO nak sokong bantahan Ali Rustam ini, Makcik itu pun pening kepala atas dasar apa dia nak sokong Ali Rustam. Adakah Da...