1400 tahun yang lalu, para sahabat seperti Abu Bakar, Umar, telah menginfakkan keseluruhan hartanya ke jalan Islam. Diulangi "keseluruhan" dan bukannya "separuh" atau "suku" bukannya 10 peratus. Tatkala musim pilihanraya ini, pasti ramai yang menginfakkan hartanya ke jalan Islam. Saya tidak pasti samada ada tak umat islam yang sanggup menginfakkan keseluruhan hartanya atau tidak. Atau separuh? Atau 10 peratus Atau 5%? Sanggupkah kita mengorbankan harta kiesayangan kita itu? Sanggupkah kita korbankan pelaburan yang belum untung tetapi prospek tinggi? (Seperti pelaburan PCIF yang sekarang ni sedang 'rendah') Sanggupkah kita korbankan emas yang disimpan sebagai penyelamat kita sekiranya matawang ringgit jatuh menjunam? Sekiranya kita tak mampu untuk menginfakkan kesemua harta kita, sanggupkah kita melepaskan harta yang paling kita sayangi? sebagai contoh, mamat kereta jual kereta kesayangannya? Dipendekkan cerita, kita mungkin mampu untuk infakkan har...
Ayhd Yang Hendak Dibaca