Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Spam

Skuad DUN Batu Caves Disindir Anwar Ibrahim kerana spam Malaysiakini?

Skuad DUN Batu Caves, juara baru dalam kegiatan Spamming Malaysiakini yang menjijikkan itu kini disindir oleh Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim kini mempromosi kempen Etika Penyebaran Makluma t . Kita perlu mempertahankan etika dalam menyebar maklumat tanpa sebarang kecelaruan fakta. Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai!

Kegiatan Spamming Malaysiakini yang Menjijikkan

Sejak akhir ini, apabila tetnik memperbanyakkan pengunjung blog diketahui dengan meletak tajuk "Malaysiakini", maka berleluasalah kegiatan itu sehingga ke tahap spamming yang menjijikkan. Ya. saya tahu ianya sesuatu teknik meningkatkan pengunjung, tetapi adakah perlu sehingga semua catatan blog mempunyai perkataan Malaysiakini? Sehingga satu tahap, catatan itu seolah-olah membohongi pembaca kononnya ia berasal dari sumber Malaysiakini. Apa ertinya menyalin tepek berita harakah dan mempersembahkan ia di dalam blog seolah-olah ianya dari Malaysiakini? Tak salah untuk kita meletakkan perkataan "Malaysiakini" di tajuk jika benar ia menceritakan tentang sesuatu yang berasal dari Malaysiakini atau bercerita tentang Malaysiakini. TETAPI JANGAN SPAM. Ianya satu teknik yang kita boleh gunakan sekali sekala. Saya ulangi "SEKALI SEKALA". Bukannya tiap-tiap kali catatan blog kita akan mengulas berita dari Malaysiakini, adakalanya kita ulas dari sumber lain. Spamming i...

Jangan SPAM Malaysiakini

Akhir-akhir ini ramai blogger yang meletakkan tajuk catatannya mengandungi perkataan "Malaysiakini" dengan harapan mendapat pautan di Laman Malaysiakini. Pernah saya tertipu kerana menyangka sesuatu artikel itu datangnya dari Malaysiakini, Rupanya tidak. Jika mahu siarkan pendapat ke Malaysiakini, hantarlah ke Malaysiakini. Rasanya tiba masanya Malaysiakini menapis blog yang mengandungi "Malaysiakini" ikut gaya Beras Terpilih. Berikut adalah cara yang saya fikirkan boleh digunakan oleh staff Malaysiakini. Langgan RSS yang blogsearch "Malaysiakini" di google reader. Kemudian, staff itu "share"kan hanya catatan yang memang berkait Malaysiakini. Laman Malaysiakini menggunakan RSS yang dikongsi daripada googlereader itu. sekian.