Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Banda Hilir

Banda Hilir 'Overdevelop' seperti Petaling Jaya?

Daripada Jed Yoong , didapati Tony Pua telah menulis tentang Petaling Jaya yang dikatakan 'overdevelop' . Saya setuju. Kini tiba masa untuk meningkatkan kualiti. Di Melaka pula, di kawasan Banda Hilir, kawasan di situ tidak pula saya boleh klasifikasikan samada 'over develop' atau tidak. Pada masa yang sama, banyak rumah kedai di bahagian belakang Melaka Raya yang kosong, terutama sekali berdekatan dengan pejabat Damian (Sebelah Tricomas), dan di kawasan berdekatan 'Andak SPA' begitu banyak yang kosong. Akan tetapi di kawasan yang tidak jauh dari situ, Kawasan peniaga gerai makanan melayu telah dikorbankan hanya untuk dijadikan tempat parkir. Begitu juga Aked MARA yang dulunya ada 'Khadijah Tailor', berdekatan dengan sungai Melaka kini dikorbankan untuk pembangunan tempat letak kereta. Pelik juga melihat 'Pembangunan' Banda Hilir. Jalan di hadapan Dataran Pahlawan, tidak pernah lancar. Namun masih lagi didirikan satu lagi bangunan diantara Carre...