Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Subversif

Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat yang Menggunakan Istilah "Bajet"

Hari ini Belanjawan akan dibentangkan. Walaupun ramai yang gunakan istilah "bajet" saya tetap menggunakan belanjawan. Para blogawan penyokong DSAI yang bermati-matian di Permatang Pauh dulu, sila gunakan istilah belanjawan. Saya agak pasti Anwar Ibrahim akan kekal menggunakan Istilah Belanjawan , seperti tahun lepas . Jangan biarkan " Belanjawan " menjadi Istilah subversif . Jikalau catatan di blognya menggunakan istilah "bajet", itu mungkin pembantunya yang tulis, bukan dia. Belanjawan esok? Akan ada subsidi makanan seperti yang Ikram mahukan? Kemaskini 11:45 29 Ogos: Senarai blogawan yang menggunakan istilah "belanjawan" menggantikan "bajet":- 21:26 Belanjawan Membodek ! » LAWAN TETAP LAWAN 21:00 B09 :( Akhir ) - Belanjawan Membodek ! [updated] » Al-Banjari Online 20:44 Tiada Yang Istimewa Dalam Belanjawan 2009 » Asia, Tech, Malaysia & World 19:50 Belanjawan 2009 - Intipati keseluruhan perbentangan » Kembara Minda...

Hobi subversif untuk Adi Putra

Dalam minggu lepas ramai yang memperkatakan tentang Adi Putra, pelajar yang pandai matematik itu. Banyak pihak mengatakan bahawa dia perlu kesekolah khas, dia ditempatkan di sekolah antarabangsa, kemudian keluar, dengar pula dia cuma mengambil A Level di rumah. Ada pendapat menyuruh dia mengambil UPSR tahun ini . Hampir kesemua pendapat mencadangkan supaya dia cepat habis belajar. Bagi saya, buat apa perlu cepat habis belajar? Tidakkah dia akan hilang banyak pengalaman bersekolah? Sudahkah dia menaiki bas sekolah? Sudahkah dia jadi pengawas sekolah? Pengawas perpustakaan, pengakap? Sudahkah dia mempunyai pengalaman mewakili sekolah dalam sukan atau kuiz? Pernahkah dia dihukum mencabut kemuncup di padang sekolah? Sudah puaskah dia bermain bola sepak, "police sentry", menyorok-nyorok? Sudahkah dia tahu lawak kanak-kanak , cuba sebut laju laju "Bas datang kau naik" "Bas datang kau naik" Pernahkah dia menjadi ketua murid? Sungguh banyak pengalaman yang boleh d...

Sheikh Muzafar ditipu Kerajaan Malaysia?

Pada tahun 2003 dahulu, setelah pembelian sukhoi dimeterai, Satu pemilihan Calon Angkasawan Negara telah dilakukan untuk memilih 'Angkasawan'. Maka seramai 11,250 orang telah memohon sebagai calon Angkasawan Malaysia. Semua 11,250 orang pemohon itu tahu yang akan kita hanya akan menumpang Kapal Angkasa Rusia. Antara 11,250 orang itu, yang terpilih sebagai angkasawan ialah Dr Faiz dan Sheikh Muzafar. Pada borang DalamTalian ketika itu tidak pula dinyatakan yang pemohon hanya dapat jadi ' Peserta Penerbangan Angkasa ' yang ada hanya 'angkasawan'. Namun bila hari berlepas kian hampir, 'Angkasawan' terpilih itu dilabel sebagai ' Peserta Penerbangan Angkasa ' oleh NASA, Agensi Angkasa Lepas Amerika yang tersohor itu. Disebabkan label yang diberikan, maka ramai orang mempersoalkan kenapa ia hanya 'Spaceflight Participant'. Termasuklah pemblog tersohor ini dan yang ini . Walaubagaimanapun, pembangkang tersohor tidak pula mempersoalkan tentang...

'Melampau' juga dijadikan istilah Subversif

Ketika saya menonton Buletin Utama jam 8 lebih tadi, Saya kedengaran perkataan 'Terlampau' dikaitkan dengan keganasan. Mereka cuba mengatakan bahawa Nurin Jazlin telah dikenakan Keganasan yang 'Terlampau'. Dari mana datang istilah 'Terlampau' untuk mengambarkan ' Melampau ' ? Suatu ketika dulu, bila isu (aksi lucah) peramugari yang Melampau , Ramai muda-mudi yang tersalah istilah dengan menggunakan 'Terlampau' dan bukannya ' Melampau ', Termasuklah orang di Media. Maka kesalahan istilah itu terbawa-bawa sehingga kini, dan ada juga yang menganggap itulah istilah yang betul bagi menggambarkan ' Melampau '. Jadi, sampai bila ia terus salah, atau apabila semua orang sudah salah, ia akan dianggap betul? Kebiasaannya, selepas Buletin Utama, staf TV3 yang terlibat dengan Buletin Utama akan adakan 'Pos Mortem', saya tidak pasti samada kesalahan istilah ini dibincangkan atau tidak. Jadi saya harap, kesalahan ini tidak berulang l...

Belanjawan , kali, campur adalah Istilah Subversif

Masih tidak saya lupakan pada perbentangan Belanjawan beberapa tahun terdahulu, oleh Mantan Perdana Menteri, 'Che Det', di mana dia telah MEMBUNUH istilah Bahasa Melayu bagi 'Budget'. Berbanding dengan mantan Menteri Kewangan yang tersohor sebelum itu, sering pula menggunakan pembentangan belanjawan untuk mempromosikan istilah baru atau istilah lama tapi diberi nafas baru. PakLah, langsung tak endah tentang bahasa, masih lagi terbawa ideologi menurut ideologi Dr.M. Apa salahnya dia hidupkan kembali Istilah "Belanjawan" itu? Kemudian, beberapa tahun lepas juga, banyak istilah Sains dan Matematik Bahsa Melayu dibunuh dengan rakusnya oleh Dr.M . Namun bila tampuk pemerintahan ditukar, tiada apa yang berlaku. Langsung tak diendahkan langsung Sang Perdana Menteri itu. Tapi tidak mengapa, kita masih lagi boleh menggunakan istilah "Belanjawan" secara subversif. Suatu ketika dahulu, kita menggunakan istilah 'kali' dan 'campur', istilah itu...