Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dinar

BNM Mahu apa?

pelik tengok bank/BNM Bila kita nak guna dinar dirham, mereka sibuk risau takut org tak guna duit dia. Tapi bila ramai org transaksi jual beli emas tinggi sehingga money incirculation meningkat, mereka sibuk nak kurangkan money in circulation. Apa cerita ini?

Kos Penempaan Dinar ditanggung Kerajaan, No buyback, No spread boleh jadi realiti

Terlalu banyak dinar sudah dikeluarkan di Malaysia. Ada macam macam harga. Ada yang mahal ada yang murah Ada yang murah lagi. Jadi atas nilai apakah dinar itu? Katakanlah semua itu sama spesifikasinya 4,25g dan 916/917. Nilaian emas terletak pada emas didalamnya. Bukan harga yang ditetapkan oleh Abang L, Abang U, Makcik A atau Bro F. Dinar Abang L satu ketika dulu, agak popular kerana ianya satu-satunya dinar yang mudah dibeli. Bro F juga menjual dinar pun pada harga yang lebih kurang dengan Abang L. Harga adalah lebih kurang 20% di atas spot. Kemudian Bro F mengambil langkah berani, menjual dinar pada harga 15% di atas spot. Menampakkan Dinar Bro F jauh lebih murah daripada Dinar Abang L, dan Abang U. Seterusnya ramai mengambil untung dengan membuat dinar dan menjual dinar pada kadar yang Abang L dan Abang U jual. Dinar darul ini, darul itu. Menyokong gerakan dinar dan dirham, membelinya disebabkan sokongan untuk "Wang Syariah" dan membenteras riba...

Dinar Tanpa Spread

Terdapat satu soalan yang saya ingin jawap Apa pandangan tuan tentang ada company yang menjual dinar emas tanpa spread.  Aper perbezaannya Jawapan saya: Sememangnya sepatutnya dinar tiada spread. Namun perlu menepati beberapa syarat. Syaratnya ialah nilaian dinar itu sendiri memang betul-betul rapat dengan spot. Sehingga syarikat yang ingin menempanya terpaksa menjualnya lebih tinggi daripada kosnya. Ambil contoh situasi hari ini. Dinar Kelantan : RM 652 (tiada belian balik) Dinar Public: RM 652  (Belian Balik RM 613) Dinar Restu/DInar Muslim: RM 623 (Belian balik RM574.x) Kesemuanya mempunyai spesifikasi sama, iaitu emas 917 4.25g. Situasi semasa tidak mengizinkan "tiada spread", kerana semuanya berada jauh di atas nilai emas sebenar, Mengikut kiraan nilaian emas sebenar ketika catatan ini ditulis, bagi 1 dinar adalah 138.18*0.916*4.25=537.93 Namun, dengan membayar hanya RM 538 , tidak akan wujudnya dinar. Kerana ianya harga emas mentah. Katak...

Ejen Public Gold & Denarist jangan Bergaduh dengan Ustaz Zaharuddin

Ejen Public Gold & Denarist usah Bergaduh dengan Ustaz Zaharuddin berkenaan artikelnya http://www.zaharuddin.net/content/view/908/72/ Dalam artikel itu, kelihatan seolah-olah melarang menjual beli emas, kerana ianya tidak sepatutnya dijadikan komoditi. Ianya agak meragukan, kerana pada zaman sebelum khalifah Malik bin Marwan, Dinar dan Dirham tidak diikat nilaiiannya. Juga wujud kisah dimana perak naik harga berbanding emas. Penetapan nilai emas dengan perak, juga menjadi punca berakhirnya bimetalism di Amerika Syarikat. Baca Crime of 73 Bayangkan, apabila perak dijumpai, kerajaan berasa rugi? pelik punya manusia. Adakah pengikatan nilai emas dan perak adalah sesuatu yang betul? Mungkin Ya, bagi tempoh tertentu sahaja. Ia memang boleh berubah-rubah tetapi tidak lari jauh. Ia akan balik asal juga. Cartanya adalah lebih kurang harga minyak dunia dalam emas. pi mai pi mai tang tu. Ianya tidak seperti carta harga emas dalam dollar. Perkara yang mushkil samada diben...

Seminar RM 5, RM 10

Macam macam seminar saya pernah datang. Ada yang percuma. Ada yang kena bayar. Ada yang kena bayar termasuk penginapan dan makan minum. Ada yang tak kena bayar, kemudian dapat makan. Sebagai contoh, Seminar Umar Vadillo di UPM. Bukan calang-calang orang. Pernah juga saya pergi "Talk" oleh John Gage (Sun Microsystem), percuma & dapat makan percuma juga. Pada seminar Dinar Emas di UiTM Segamat, sudahlah percuma, dapat makan bersama penceramah, Dr Halim. Masa itu, pelajar biasa tak dapat makan. Ada pula seminar yang percuma, tetapi tak dapat makan. Ada seribu satu jenis. Pernah juga ada seminar, nak bentang pun kena bayar. Biasanya dunia akademik sebegini. Kalau tak salah dulu, saya bayar RM 150 untuk bentang pada Seminar "Sumber Terbuka di Sekolah" anjuran UPSI. Akan tetapi kalau dalam PAS, kebiasaannya seminar, yurannya RM 5 atau RM 10. Kadar lebih kurang piawai. Adakalanya, MTD atau cawangan taja ahli untuk pergi ke seminar. Ada ...

Inflasi Empayar Rom & Tindakan Umar

Terdapat satu catatan menarik oleh seorang Professor Joseph R Peden berkenaan Inflasi ketika empayar Rom . Kenapa saya cerita Rom? Matawang Emas dan Perak empayar Rom adalah rujukan sebelum wujudnya dinar. Nama Dinar berasal daripada Denarius, matawang perak. Tetapi spesifikasinya ialah Solidus. Pening juga kalau hendak difikirkan, matawang sudah menggunakan komoditi tetapi berlaku inflasi. Apa puncanya? Puncanya ialah berlakunya pengubahsuaian kandungan logam komoditi pada matawang. In Diocletian's time, in the year 301, he fixed the price at 50,000 denarii for one pound of gold. Ten years later it had risen to 120,000. In 324, 23 years after it was 50,000, it was now 300,000. In 337, the year of Constantine's death, a pound of gold brought 20,000,000 denarii. Khalifah Umar pula, setelah melihat saiz wang perak semakin mengecil, mengarahkan supaya 10 dirham mesti sama berat dengan 7 dinar. Penyelesaian bagi masalah empayar Rom.

Najib Ambil 60 bilion dari Bakal Haji

Apa yang nak dihairankan kalau Tambang Haji 'naik' kalau wang yang digunakan ialah wang kertas. Wang kertas dalam simpanan menyusut nilainya setiap hari. Setelah nilai pada wang kertas menyusut setiap hari, adalah menghairankan kalau pendapatan tidak meningkat. Namun agak menghairankan juga kalau kos menunaikan haji tidak meningkat. Datuk salleh Majid berkata ... Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga. Dalam sistem ekonomy Keynessian, yang terlalu taksubkan "pertumbuhan",  banyak benda yang bertumbuh, akan tetapi selalunya tidak selaras. Bekalan wang (M1,M2,M3) bertumbuh pada kadar 8% (contoh) Dividen Tabung Haji 5 % (contoh) Kenaikan gaji 4% (contoh) inflasi 3% (contoh) Lambat laun, harga barang akan mengejar bekalan wang. Hari ini kalau inflasi boleh dikawal-kawal oleh kementerian dengan mengawal beberapa barangan, lambat laun ia akan membuak juga. Cuba lihat berita lama ini. Bekalan ...

Sekitar Demonstrasi Menentang Kapitalisme, Riba di Melaka

Kali ini demonstrasi menentang kapitalisme tidak diganggu polis sebagaimana berlaku ketika sidang G20. Mungkin kerana ianya tidak dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Sepanduk itu disediakan oleh para pelajar, di gerai yang memaparkan bagaimana kaitan sistem wang kertas dengan 'Great Depression'. Memang sukar untuk menerangkan bagaimana kaitan wang kertas dengan peluang pekerjaan. Namun saya pernah terangkan di sini. Adakah Emas tiada Kaitan dengan Masalah Pembuangan Kerja? Gambar di atas menunjukkan kreativiti para pelajar Dr Halim, untuk menerangkan konsep dinar/dirham kepada orang ramai. Saya datang ke sana bukan untuk diterangkan supaya difahami, tetapi ingin mengetahui sejauh mana pemahaman para pelajar. Ini adalah satu gerai yang cuba menggambarkan revolusi kewangan yang ke arah emas semula. Bangunan "wang kertas" akan tumbang dan digantikan dengan piramid emas. Terdapat satu gerai yang menyediakan wang kertas untuk dipijak. Maka 'perusuh' ta...

Dinar Emas, Lain ditanya, Lain Timbalan Menteri Jawap

Menurut MPPAS, Dr Dzulkefly telah meyampuk tentang Dinar Emas di Parlimen . Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan ini menyinggung perkara yang lebih khusus tentang penggunaan mata wang dan cadangan daripada Yang Berhormat Arau itu menjurus kepada satu usaha kerajaan ntuk mengarus perdanakan penggunaan mata wang dinar, tetapi seperti mana yang saya bangkitkan semalam, persoalannya pada akhirnya adalah satu komitmen untuk meletakkan bukan hanya persoalan penggunaan dinar emas itu sebagai satu yang dikatakan mengambil alih fiat money kerana money ini ada beberapa bentuk sama ada commodity money, representative money ataupun fiat money yang digunakan hari ini. Soalannya, itu tidak meletakkan Tuan Yang di-Pertua kita sudah semacam nampak komitmen kepada kewangan Islam kerana yang menjadi utama yang perlu kita keluarkan ataupun yang kita arus perdanakan adalah kewangan Islam yang keluar daripada sistem ribawi. Dengan kata lain walaupun kita kata kita sudah ada kewangan Isl...

Revolusi Dirham Kelantan dan Dirham Melaka

Pada Seminar Dinar Emas anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya, satu berita baik telah diumumkan oleh Umar Vadillo, Nik Mahani dan Husam Musa iaitu Negeri Kelantan akan lebih menempa Dirham Kelantan dalam sekala banyak dengan adanya mesin penempaan yang baru. Ianya akan berlaku lebih kurang 3 bulan dari sekarang. Sebelum ini, Dirham perak (logam, bukan negeri) amat sukar diperolehi. Pada peringkat saya pula, saya telah merangka pelan menyelamat ekonomi Kampung Sempang, dengan cuba untk menempa Dirham sendiri. Namun terdapat beberapa masalah , iaitu kos menempa 1 dirham, adalah jauh lebih tinggi daripada nilai 1 dirham itu sendiri. Mungkin disebabkan itu, Negeri Kelantan tidak menempa Dirham Kelantan dalam skala banyak. Bayangkan kalau nilai 1 dirham adalam Rm 4, kos menempa nya ialah RM 12, dan menjadikan kos keseluruhanmenjadi RM 15. Puan Nik Mahani telah memberi amaran kepada pendokong Dinar Emas supaya jangan tamak untuk mencari  kekayaan. Mungkin har...

Berita Baik Buat jed Yoong, Seminar Dinar Emas /Dirham Perak

Saya petik dari blog dziauddin Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya akan menganjurkan Seminar Dinar Emas (DINAR '09). Maklumat berkenaan seminar tersebut adalah seperti berikut: Tarikh : 21 Februari 2009 Hari : Sabtu Masa : 9 pagi - 5.30 petang Tempat : Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian IslamUniversiti Malaya Tema : Revival of Gold Dinar - Duty of the Ummah Pembentangan kertas kerja oleh : 1. Associate Professor Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2. Pn Nik Mahani Mohamad, Ahli Jawatankuasa Dinar Kelantan 3. Profesor Umar Ibrahim Vadillo , Perintis dalam Pengenalan Semula Dinar 4. YB Datuk Paduka Haji Husam Musa , Exco Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim    Yuran penyertaan RM50 sahaja!!! (Mahasiswa hanya RM35) PENYERTAAN DIKHUSUSKAN UNTUK MAHASISWA DAN PENSYARAH UNIVERSITI. PENYERTAAN DARI ORANG RAMAI DIALU-ALUKAN.... Untuk penyertaan hubungi Ainie - 017 4233014 Emel - dinar.pmkum@gmail.com Sumber: ...

22 karat Dinar Emas , merujuk kepada Berat atau Ketulenan?

Sejak dari mula lagi saya agak ragui kenapa Dinar emas spesifikasinya 22k , (emas 916). Spesifikasi popular dinar emas, tidak kira daripada Islamic Mint, atau Dinar Emas Kelantan atau Public Dinar menggunakan emas 916, beratnya 4.25 gram. Apabila saya mengatakan bahawa umat islam perlu memilih spesifikasi dinar samada emas 10 atau 916 , "Ustaz Rafidi" Menjawap: Dinar emas mengikut ukuran dalam kitab Arab adalah emas 916 cuma tak disebut secara terus emas 916 disebut 22/24 qirat atau bahasa moden 22 karat , 2/24 nisbah perak mesti ada didalamnya : Buku Al Maqrisi karat atau qirat mempunyai dua maksud. yang pertama ialah ketulenan, yang kedua ialah jisim, atau berat iaitu 1 qirat bersamaan 200mg . Apakah yang dimaksudkan dengan 22 qirat? kalau dari sudut  ketulenan maksudnya 916lah. Tetapi kalau qirat itu adalah berat, maka 22 qirat/carat itu ialah 4.4gram 200mg * 22 = 4,400 mg = 4.4 gram. Ops, sudah jauh dari 4.25 gram. Adakah berat bagi 1 carat itu seme...

Mutaligat & Zubli Ketagih Politik Harga Minyak?

Kerajaan Tagih Subsidi atau Mutaligat Ketagih Politik Harga Minyak? Atau Zubli yang lebih ketagih politik harga minyak ? Pengasas politik harga minyak di Malaysia adalah Anwar Ibrahim, dia yang banyak cakap fasal turunkan harga minyak. Apabila harga minyak turun, tetapi harga barang tidak turun, maka ia menunjukkan teori Anwar Ibrahim gagal. Namun, masih boleh bagi penagih politik harga minyak untuk meneruskan ketagihannya dengan cara:- 1. Terus salahkan BN bila harga barang tak turun, tanpa menunjukkan bahasa teori Anwar gagal 2. Terus mengatakan kerajaan ambil subsidi apabila harga minyak semasa lebih rendah daripada harga semasa. Eh tunggu, Kejadian harga minyak semasa lebih rendah daripada harga runcit petrol telah berlaku berbelas yang lalu. Ketika tahun 90an sebelum berlaku krisis kewangan 1997, harga minyak semasa juga rendah daripada harga runcit. Bayangkan harga minyak dunia ketika itu adalah dibawah USD 30, dan tukaran ringgit dengan USD adalah dalam lingkungan 1 USD = RM 2...

Sistem Ekonomi Keynessian Membuatkan Kita Semua Kemaruk "Pertumbuhan"

Di blod deminimis terdapat persoalan, apa agaknya John Maynard Keynes telah lakukan ?. Ulasan saya di situ ialah. Hasbullah Pit said... Keynesian economy focus too much on "growth". All we look now is "what percent increas each year" for everthing. GDP how many % this year. that X fund how many % profit this year. loan how many % interest bla bla bla how many percent. What was happened is the money supply was increased to meet the "growth" demand. Than the "growth" is become meaningless. do we really need the "growth" dipersetujui oleh de minimis de minimis said... Hasbullah I am in 100% agreement with your question. What is growth? Why do we need growth? This is why we in Asia need to question all the assumptions and values used to create the modern economy which is modelled from the West. But in order to question this, we need to understand how the Western model came about. Since 1930, it is the Keynesian model that is used by ...

Audio Umar Ibrahim Vadillo di UPM 28 Nov 2008

Beberapa hari lalu saya perlu "melabur" dalam bentuk pelaburan ilmu dengan perlu bersama isteri ke "Public Talk" oleh Umar Ibrahim Vadillo, di UPM. Tajuk: The twilight of capitalism: muamalat - The way forward Terima kasih kepada Rausyanfikir kerana memberitahu. Kalau hendak diterangkan keseluruhan ceritanya dalam satu catatan blog memang agak sukar. Kalau hendak dijadikan transkrip pun rasanya tidak terdaya. Berikut adalah audio MP3 ceramah Umar Ibrahim Vadillo .  Sila tekan shif+klik untuk memuatturunnya. Buat transkrip sendiri.

Dziauddin Sharif Pakatan Dinar atau Barisan Dollar?

Pagi tadi saya terkejut membaca catatan Saudara Dzaiauddin Sharif berkenaan tindakan OPEC ingin mengurangkan bekalan dikatakan sebagai "Perbuatan keji" . Saya menghormati pandangannya namun saya tidak bersetuju. Seperti yang saya faham, harga minyak dunia dalam USD turun kerana kenaikan melampau USD akibat daripada penjualan saham berleluasa, dan meningkatnya permintaan "Tunai" sebagai alternatif pelaburan. Apabila saham jatuh, pelabur menjual saham yang ada dan menyimpan tunai USD secara fizikal, kerana takut bank muflis. Banyak komoditi jatuh akibat kenaikan melampau USD termasuklah getah dan kelapa sawit. Harga emas kurang jatuh kerana ia menjadi pilihan "save heaven" bagi pelabur selain daripada tunai. Fenomena ini  digelar "False Dollar Rally". Ini  menjadikan nisbah harga minyak berbanding emas begitu rendah, maka harga minyak rendah. Apabila OPEC melihat harga minyak hanya pada USD, maka mereka seolah-olah mengiakan supaya mereka diliwat o...

Senyum Kambing, Senyum bersama kambing

Pagi semalam Puan Nuraflah telah menayangkan tayangan perdana berkenaan dengan Senyum, sambil mempersoalkan  Bila kali terakhir anda memberikan senyuman yang ikhlas kepada pasangan anda, rakan-rakan anda, ahli keluarga anda, jiran tetangga anda, sanak-saudara anda, guru-guru anda dan juga insan-insan lain yang anda kenali atau tidak kenali? Jed Yoong pula, selaku presiden kelab peminat Husam Musa sering mengkaitkan kekacakannya dalam setiap catatannya. Manis sangatkan senyuman Husam Musa? Jenis apakah Senyuman Husam Musa, senyum kambing atau senyum bersama kambing? Jikalau Husam Musa boleh senyum bersama kambing.... Saya pun ada senyum bersama kambing juga. Rupanya, setahun sebelum saya menulis catatan " Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing ", rupanya telah ada catatan terdahulu yang mengkaitkan Husam Musa dengan Kambing. Jihad Ternak sudah wujud tetapi tidak dijadikan platform untuk merealisasikan matawang dinar sebagai matawang perdagangan.

Bahasa dan Ekonomi

Rausyanfikir menulis panjang di catatan blognya bertajuk Ekonomi dunia sedang nazak. Namun, mempersoalkan betapa kurangnya perbincangan ekonomi dalam Bahasa Melayu, dan merugikan Melayu sendiri. Saya agak tertekan dalam memikirkan hal ini. Pertama, isu ini kompleks dan teknikal. Kelemahan dan kurangnya wacana ekonomi yang mantap dalam Bahasa Melayu telah membantutkan kapasiti saya untuk menulis satu kupasan kemas dan yang mudah difahami berkenaan isu ini. Kesan daripada ini jikalau kita lihat adalah betapa sebenarnya orang Melayu merupakan antara bangsa yang rugi dalam memahami selok belok ekonomi dunia kerana para intelektual ekonomi negara kita tidak mampu membicarakan masalah tersebut dalam bahasa kebangsaan mereka sendiri.  Juga turut meminta PAS lebih proaktif dalam persoalan ekonomi terutama sekali dalam membangkitkan Dinar Emas. Saya harap PAS dapat menumpukan semula kepada program dinar emas yang telah mereka jayakan dengan lebih mantap. Bagi pembaca yang baru sehari dua m...

Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing

Kesedaran tentang emas, terutama dinar emas telah meningkat. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang yang membeli emas itu, membelinya untuk melabur. Mereka bukanlah pendokong Dinar Emas sebenar yang inginkan emas kembali menjadi matawang setelah 200 tahun diambilalih oleh kertas. Disebabkan kenaikan mendadak akibat daripada terbongkarnya konspirasi merendahkan harga emas selama berpuluh tahun. Maka mereka melihat emas sebagai satu pelaburan yang amat menguntungkan dan bukannya melihat emas sebagai nilai sebenar emas. Oleh itu, wujudnya permintaan buatan yang mana permintaan dari pelabur yang menyebabkan harga naik. permintaan daripada barang kemas dan menyimpan emas sebenar juga agak tinggi. Akan tetapi faktor pelabur agak besar. Oleh itu, perlunya satu cara dimana dinar emas dibolehkan untuk diniagakan. Ahmad (bukan Ahmad Ismail) membeli emas beberapa dinar. Aminah juga begitu. Akan tetapi Dinar emas tidak berfungsi sebagai matawang selagi Ahmad dan Aminah tidak dapat membeli barang meng...

Seminar Dinar Emas Di UiTM Johor?

Menurut Dziauddin : Insya Allah pada 16 Okt 2008, penulis bercadang mengadakan Seminar Dinar Emas di UiTM Johor. Kertas cadangan seminar sedang dalam pemibikinan. Itulah masa untuk membentangkan apa yang patut dibentangkan. Yang paling utama, suara-suara Peserta Peraduan Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas yang bernas itu boleh dibentangkan. Anda adalah sebahagian daripada revolusi yang lebih besar. Mungkin bagi sesetengah pihak, yang mengatakan ianya "merapu". ni lagi satu pemimpin pas, entah apa2 lah dia ni, merapu. jadilah contoh yang terbaik. macam ni ke Pas nak perintah Serkam. Jangan mimpilah. Mungkin selepas ini akan ada suara seperti "Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang Dinar Emas". Adalah dimaklumkan juga, Keputusan Pemenang Peraduan itu akan diumumkan sebaik sahaja Keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pauh diumumkan.