test

Ahad, 15 Februari 2009

22 karat Dinar Emas , merujuk kepada Berat atau Ketulenan?

Sejak dari mula lagi saya agak ragui kenapa Dinar emas spesifikasinya 22k , (emas 916).

Spesifikasi popular dinar emas, tidak kira daripada Islamic Mint, atau Dinar Emas Kelantan atau Public Dinar menggunakan emas 916, beratnya 4.25 gram.

Apabila saya mengatakan bahawa umat islam perlu memilih spesifikasi dinar samada emas 10 atau 916 ,

"Ustaz Rafidi" Menjawap:


Dinar emas mengikut ukuran dalam kitab Arab adalah emas 916 cuma tak disebut secara terus emas 916 disebut 22/24 qirat atau bahasa moden 22 karat , 2/24 nisbah perak mesti ada didalamnya : Buku Al Maqrisi

karat atau qirat mempunyai dua maksud.
yang pertama ialah ketulenan, yang kedua ialah jisim, atau berat iaitu 1 qirat bersamaan 200mg.

Apakah yang dimaksudkan dengan 22 qirat?
kalau dari sudut  ketulenan maksudnya 916lah.
Tetapi kalau qirat itu adalah berat, maka 22 qirat/carat itu ialah 4.4gram

200mg * 22 = 4,400 mg = 4.4 gram.

Ops, sudah jauh dari 4.25 gram.



Adakah berat bagi 1 carat itu sememangnya 200mg sejak dari dulu?

Selain carat, nilai timbangan untuk benda kecil ialah mithqal, grain.
Wujud kemungkinan berat 1 mithqal , atau 1 carat atau 1 grain tidak sama dengan zaman sekarang.

Zaman sekarang ini 1 carat ialah 200mg, itu pun ianya piawaian metrik.

Sebelum itu, piawaian carat berubah-ubah  mengikut tamadun.
Kemungkinan 1 carat pada zaman Rom Byzantine ialah 196mg sahaja.

Mari kita kira balik berapa berat 22 carat.

196mg * 22 = 4.312g

Sudah hampir dengan 4.25g

Kita kira lagi berapa berat 1 carat kalau mengikut piawaian 1 grain = 64.79891miligram DAN 1 carat ialah 3 1647/9691 grain.


(3+1647/9691)*64.79891=
205.40940204313280363223609534619750283768444948921629



berat 22 carat sudah menjadi 4.519.00684494892167990919409761634506242905788876275838g


makin jauh dengan 4.25g


Makin pening

11 comments:

  1. http://www.dendritics.com/scales/carat-def.asp

    arab 1 carat = 194.4mg

    22 carat = 4.2768g
    jadi mungkin nilai itu dibulatkan kpd 4.25g utk memudahkan pengiraan/penimbangan.

    BalasPadam
  2. karat = carat
    karat = corrosion
    carat = corrosion?

    satu lagi poin untuk penyokong ppsmi.

    BalasPadam
  3. Paloi bin Mulau:

    Sekiranya berat dinar yang sepatutnya ialah 4.2768 ,
    Berat Dirham kalau mengikut ketetapan Umar ialah 7/10 Dinar
    maka 4.2768 *7/10 = 2.9976g

    "Dirham Melaka" yg saya nak tempah tu beratnya memang 3 gram :)

    BalasPadam
  4. Kalau 1 karat orang dah tak mau, apa lah lagi kalau 22 dah berkarat.

    Kalau dah karat macam tu, selalunya orang buang je.

    BalasPadam
  5. berat kalau ditimbang di Malaysia takkan sama kalau ditimbang di Amerika.Begitu juga ditempat2 lain didunia ini.Ini kerana pengaruh tarikan graviti.Sebab itu kalau dalam sains pakai unit Newton yang mengambil kira graviti..kalau pakai Kilogram,miligram atau yg sewaktu dgnnya memang lah lain di setiap tempat di bumi ini..Apa yang peliknya??

    Cari pakar sains tolong convertkan dinar umar 4.2768 g di timur tengah kepada unit newton kemudian convert balik kepada gram di Malaysia kalau mahu betul2 tepat..

    Hui!!pening ni kalau nak TEPAT!!!

    BalasPadam
  6. azhar,

    saya baru dgr berat pulak berat tak sama kalau ditimbang di tempat yg berlainan hehehehe

    setahu saya berat standard berdasarkan logam aperkejadah tu memang 1kg walau dimana pun ditimbang.

    tambahan pulak balance yg digunakan utk menimbang pun adalah "traceable" [hehehe istilah melayu mungkin dirujuk kepada :)] ke pada standard weight yg traceable kepada logam aperkejadah itu hik hik hik

    BalasPadam
  7. azhar:

    Akhirnya ada juga hujah menunjukkan Dacing BN masing releven di mukabumi ini.

    hehehe

    BalasPadam
  8. paloi bin mulau:

    "Jisim" dan "berat" adalah berbeza.

    Dalam kehidupan harian, yang kita sebut gram atau kilogram atau kati dan sebagainya sebenarnya bukanlah berat tetapi jisim.

    "Berat" dipengarugi oleh graviti.
    Jisim tidak dipengaruhi graviti.

    Berat ahmad menurun kalau dia duduk di bulan, jisimnya sama.

    Kalau ikut sistem lama, ada logam 1 kilo dan sebagainya, boleh gunakan dacing BN tu untuk imbangkan dia.

    Kalau ia seimbang kiri kanan, ia tak bergantung kepada graviti.

    BalasPadam
  9. paloi

    kaji dulu sblm bercakap ye:) 1kg memang x nampak beza, yg azhar maksudkan tu boleh kita tgk dlm gram atau unit yg lebih kecik. Otak tu kasi luas skit pandangan ilmu biar ada kalau nak bercakap ye:) Hasbullah pun dah bagi penerangan jugak, harap2 anda faham.

    BalasPadam
  10. BN = dacing karat..huhu,jgn mare aaa lari tajuk..

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit