Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DAP

Kepelikan PAS dalam Menangani Isu Tulisan Jawi Teresa Kok.

Saya masih ingat lagi suatu ketika dulu Teresa Kok mempersoalkan Tulisan Jawi pada papan tanda nama jalan. We want muhibbah road signs (14 Feb)  (mesti klik baru faham cerita) Ianya diterbitkan pada 14 februari 2008. Isu belum selesai. Namun, setelah parti pembangkang (PAS, PKR DAP) memperoleh kemenangan pada pilihanraya 2008. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada april TANPA menyelesaikan isu tulisan Jawi Teresa Kok. Saya menulis kembali perkara ini pada Semtember 2008. Isu Fobia Jawi : Saya Bukan Nak Berperang dengan Teresa Kok  (mesti klik baru faham cerita) Namun, tidak mendapat sebarang respond. Yang selalu memainkan isu ini adalah dikalangan penyokong UMNO, tetapi tidak berlaku padapimpinan UMNO. Dan ianya tenggelam. Selama ini, perkara ini disengajakan tutup oleh PAS atau Pakatan Rakyat atau apa sebenarnya? Maklumlah, ketika inginkan kemenangan, perkara elok DAP sahaja dicanangkan. Namun setelah bercerai. Maka isu ini kembali timbul di Media Facebo...

PAS Keluar Pakatan Rakyat, Mod PSM.

Melihat akan senario politik sekarang, secara peribadi, saya merasakan ada baiknya PAS keluar Pakatan Rakyat. Banyak sangat cerita kononnya nak keluar, kemudian ada ungkapan "Perkukuhkan Pakatan Rakyat". Pusing-pusing macam itu sahaja. Saya bukan benci DAP atau PKR, Tetapi merasakan perlu untuk PAS keluar buat masa sekarang. Alasan untuk kekal biasanya guna "ruang dakwah yang luas". Bila wujud Pakatan Rakyat, maka yang paling suka ialah peminat sistem 2 parti. Masalah yang timbul daripada Sistem 2 parti adalah seolah-olah memisahkan semua benda kepada 2. Jadi itu tidak elok. Seolah-olah negara terpisah pada 2, walhal tidak. Jadi PAS perlu keluar Pakatan Rakyat secara elok, supaya ruang dakwah masih ada. Masih berkawan tetapi tidak dalam Pakatan Rakyat. Sebagaimana sebelum 2008, kerajaan masih boleh dibentuk tanpa membentuk Pakatan Rakyat. Bagaimana itu? PSM pun tidak berada dalam Pakatan Rakyat, tetapi masih berkawan dengan PAS DAP PKR. Tak a...

Siapa Calon DAP yang sesuai untuk PRK Kuala Terengganu? tiada di Malaysiakini

Banyak blogawan yang spekulasikan Mat Sabu sebagai Calon PAS di Kuala Terengganu, maka saya pun nak berspekulasi juga. Selepas Kejayaan Pakatan Rakyat menawan lebih banyak negeri, wujud kata-kata bongkak kononnya tempok perkauman sudah betul-betul pecah. Tidak boleh sebut isu kaum, tapi adanya politik " Hapus DEB ". Disebabkan Pakatan Rakyat sudah terlalu yakin tembok perkauman sudah dimusnahkan, maka bolehlah diadakan ujian terhadap dakwaan itu. Maka, apa kata kalau diletakkan Calon DAP bukan Melayu Bukan Islam di Kuala Terengganu, dan terus mainkan politik "Hapus DEB" di situ. Jangan lupa mainkan isu penutupan sekolah vernakular yang dimainkan oleh Mukhriz .   Akan tetapi sebagai ganti, DAP melepaskan satu kerusi Parlimen yang ada supaya ditandingi oleh PAS, sebagai contoh Mat Sabu bertanding di Parlimen Kota Melaka setelah dikosongkan. Agaknya siapa Calon DAP yang sesuai untuk Kuala Terengganu? Chi Chang? Dr Dzulkefly memerlukan sparring partner dalam soal ekono...

Jed Yoong Menggambarkan Cina Lebih Dengki Berbanding Melayu?

Selalunya, sifat dengki sering dikaitkan dengan Melayu. Ya saya akui. Banyak kes dimana orang melayu memusuhi musuhnya menggunakan kaedah dengki-mendengki dan ugut mengugut. Ada juga kes dimana apabila seseorang melayu memusuhi melayu, dia akan mengarahkan ahli keluarganya supaya membenci ahli keluarga musuhnya itu. Ini realiti. Akan tetapi, Jed telah menulis tentang wujudnya Cina yang kuat mendengki sambil menggambarkan orang melayu kurang mendengki. This handful of anti-Jed Yoong cybertroopers hate me ‘cos my family was rich.   And because my family benefited from Barisan.  Of cos, this people just see one side of the story.  Without Barisan contracts, there won’t be jobs, with no jobs, people will be poor, complain and probably join parties like the DAP.  These Chinese are the worst.  They are so dengki, just ‘cos they weren’t good enough to get the contracts.  They think those who did are all corrupt.  And what does PAkatan do when they are in...

Permasalahan ADUN DAP Johor dan Melaka, Lim Kit Siang Tidak Peduli?

Saya sering membaca blog lim Kit Siang , sejak dari dulu. Namun saya juga membaca blog-blog DAP Melaka, terutama Blog Saudara Damian . Jarang pula membaca blog DAP Johor. Suatu ketika dahulu, ADUN DAP Melaka ditangkap kerana tuduhan "curi besi" , akan tetapi tiada apa-apa catatan tentangnya diblog Lim Kit Siang. Sokong pun tidak, simpati pun tidak, kenyataan apa pun tidak kedengaran. Kini saudara Damian mempersoalkan kenapa pertuduhan tidak dikeluarkan setelah "ditangkap" . Namun tiada apa yang dikatakan oleh Uncle Lim. Baru-baru ini, ADUN DAP Johor , YB Dr Boo Cheng Hau. telah gagal menyelesaikan Ucapan penangguhannya, kerana dewan telah dikosongkan oleh ADUN BN , Menyebabkan sesi itu menjadi tidak cukup korum. Tiada apa yang diulas oleh uncle Lim. Nasib baik untuk Kes ADUN DAP Melaka, PAS Melaka perihatin dan untuk kes ADUN DAP Johor, Khairul Faizi juga yang perihatin . catatan berkaitan: Pakatan Rakyat negeri Melaka Terpinggir dari Pakatan Rakyat Pusat?

Demo-Demo Kenaikan Harga Minyak di Negeri Melaka

Demo Kenaikan harga Minyak di Negeri Melaka sudah banyak diadakan. Demo yang Pertama Lokasi: Melaka Sentral Disebabkan masalah teknikal, ianya serentak serentak dengan Muktamar Pemuda PAS Melaka, jadi saya tidak dapat sertainya. Demo yang Kedua Di adakan di Masjid Tanah Di adakan pada petang pada hari yang sama dengan Demo di Melaka Sentral. Demo ke 3 Lokasi : "Pekan" Jasin Demo ke 4 Lokasi Air Terjun Bukit Sebukur Demo ke 5 akan diadakan. Menurut Blog Muta Ligat, akan ada lagi satu demo akan diadakan pada 28 Jun, jam 3:00 ptg di Pintu Masuk Dataran Pahlawan, tidak pasti sebelah barat atau sebelah timur. Saya bukan penganjurnya, hanya tukang sebarkan. Ayuh Rakyat Melaka, jangan takut menuntut hak supaya kerajaan menjaga kebajikan Rakyat. Jangan takut, Jangan rasa tertekan, lihatlah pendemonstrasi keriangan. Saudara Damian senyum keriangan:- Saudara Sofi Wahab juga senyum keriangan Saya dan Fauzi juga turut keriangan Tiada sebab, rakyat perlu takut. Jikalau ada anugerah ...

Chua Soi Lek: Grand Saga/ BUkit Mahkota

Antara blog pemimpin BN yang saya suka ialah blog Dr Chua Soi Lek, Kandungannya realistik. Ketika berlaku krisis "Grand Saga Bukit Mahkota", dia tidak terus menghentam Pakatan Rakyat seperti apa yang "pembangkang" selalu lakukan. Akan tetapi dia mencadangkan supaya Pakatan Rakyat memnyelesaikan masalah dan bukannya memperbesarkan masalah. Dia juga mengatakan bahawa terlalu awal untuk mengukur Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor . A lot of people are euphoric about the Pakatan Rakyat state government of Selangor. They have been in power for less than 2 months, still too early to pass any judgemen t. We cannot deny the 'new broom sweeps clean' phenomenon. So far, there is no obvious infighting among the component parties of Pakatan Rakyat and this is a good start for them. However, Pakatan Rakyat’s Wakil Rakyat should be conscious that they are in the state government now and are a part of it. They should be solving problems and not just raising problems. ...

Pakatan Rakyat negeri Melaka Terpinggir dari Pakatan Rakyat Pusat?

Ini Cerita DAP Melaka, PAS Melaka, PKR Melaka Saudara Damien Yeo, telah menceritakan bagaimana 3 Y.B. DAP Melaka ditangkap ketika usaha mereka untuk mencegah budak sekolah dari ancaman besi . Lihat Gambar: YB林敬賢被扣上手銬帶返警局 Kalau dari gambar, memang nampak benda itu bahaya. Tahulah ianya milik kerajaan Negeri, kalau ya pun nak buat projek, mana dia pengadang supaya kanak-kanak tidak boleh masuk. Ini, apabila ada pihak cuba menyelesaikan, mereka pula yang ditangkap. Bagi saya, potong besi adalah bukan langkah terbaik, akan tetapi kalau guna papan untuk kepung besi itu, mungkin langkah yang lebih baik. Dunia Media Alternatif begitu sibuk dengan cerita Raja Petra ditangkap, begitu sedikit cerita YB Melaka ini disiarkan di media perdana alternatif. Cerita di Melaka dipinggirkan. Paling menyedihkan lagi, tiada apa-apa ulasan Uncle Lim di blognya tentang isu ini. Sudahlah Berita PAS Melaka terlalu sedikit di Harakah, Berita DAP Melaka pun tidak diketengahkan. Eh Berita PKR Melaka pun amat kura...

Kenyataan Akhbar Isu Kenyataan Kontroversi Dalam Laman Web PAS Johor Bahru

Berikut adalah kenyataan rasmi, Prof. Dato' Dr. Mahfudz Mohammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor berkenaan isu "ancaman bunuh" di chatbox . KENYATAAN AKHBAR 26hb. APRIL, 2008 ISU KENYATAAN KONTROVERSI DALAM LAMAN WEB PAS JOHOR BAHRU PAS Negeri Johor ingin membuat kenyataan berkaitan dengan isu "darah YB Karpal Singh halal dibunuh" yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dan The STAR keluaran Sabtu, 26 April, 2008 serta kenyataan Sdr. Norman Fernandez, Naib Pengerusi DAP Negeri Johor. 1. Kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian PAS Johor Bahru ataupun PAS Negeri Johor. Kenyataan tersebut adalah sebenarnya pandangan atau komen pembaca laman web yang bernama "Alif" di siarkan dalam ruangan interaksi "Shoutbox" laman web PAS Johor Bahru. PAS tidak mengenali siapakah Alif dan juga identiti dirinya. 2. PAS Negeri Johor menyarankan kepada wartawan atau pemberita supaya membuat rujukan terlebih dahulu dengan kepimpin...

Negeri Perak Perlukan "Institut Pemikiran Sukiman Jalil"

Sukiman Jalil adalah dalang dalam cubaan membuatkan Ketua Kampung di Negeri Perak supaya meletak jawatan walaupun Kerajaan Campuran PAS-DAP-PKR Perak tidakpun memaksa Ketua Kampung meletak jawatan walaupun mereka ahli UMNO. Secara kebiasaannya Ketua Kampung adalah ahli UMNO, samada dia adalah taksub kepada parti atau tidak, itu persoalan kedua. Sukiman said all Perak Umno division chiefs had also agreed to the committee's move. "All village heads are Umno members and were appointed by the previous administration under Tajol Rosli,” he said. “Now we have Pas, Keadilan and DAP in the new state government and it is definitely not appropriate for the BN-appointed village heads to remain in their positions or to cooperate with them," he said today. Sukiman sebagai presiden PKKNP berpendapat supaya kesemua ketua kampung perlu meletak jawatan kerana perlantikan Ketua kampung adalah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Dia mungkin sudah tahu bahawa terdapat perbezaan antara ...

Adakah nilai 20 meter padu air percuma itu bersesuaian?

Saya menyambut baik hasrat kerajaan campuran Negeri Selangor untuk memberi bekalan air percuma sebanyak 20 meterpadu (tiada kaitan dengan beraspadu ) . Namun, apabila kita ingin menjadi negeri maju, efficiency perlu ada. Dari mana datang nilai 20 meterpadu ? Adakah ia nilai yang optimum? 20 meter padu bekalan air mungkin diambil dari purata penggunaan air isirumah. Adakah penggunaan air purata rumah di negeri Selangor memang tepat tepat 20 meter padu? atau 21.x atau 22.x atau 25.x Di sini saya mencadangkan nilai 20 meter padu itu dikaji semula, atas tujuan untuk mendidik rakyat negeri Selangor supaya berjimat cerman. Walaupun Negara Malaysia kaya dengan sumber air. Jadi adalah dicadangkan supaya nilai takat pemberian air percuma itu adalah rendah sedikit dari purata penggunaan air di negeri Selangor. Sebagai contoh, Jika purata penggunaan air di rumah di Negeri Selangor adalah 25 meter padu, maka nilai OPTIMUM bagi air percuma adalah 15% lebih rendah dari purata 25 meter padu iaitu 2...

DAP menjadi Songkokphobia

DAP bukan sekadar "Islamophobia", malah mereka "PASphobia", kini menjadi "Songkokphobia". DAP bukan kali pertama menjadi songkok phobia, mereka telahpun menjadi songkokphobia beberapa bulan yang lalu . Di dalam kisah Songkokphobia yang lalu, saya telah mengulas sepeti berikut di blog Lim Kit Siang. sebol Says: January 15th, 2008 at 14: 04.01 Saya juga kadangkala hairan, apa istimewanya tali leher dan kot, selain dari ianya adalah kesan peninggalan penjajah. Songkok melayu mengikut spesifikasi istana adalah jauh lebih baik drpd Tali leher penjajah. sekurang2nya menunjukkan identiti raja. Songkok 3.5 inci adalah mengikut spesifikasi istana, ketika hari raya, walaupun ramai orang menjual songkok, namun kebanyakkannya ialah 3 inci, nak cari 3.5 inci ikut spesifikasi istana agak susah. Adakalanya saya tidak faham pada golongan cina. Apabila ianya Inggeris, maka ia dianggap “standard”, walhal Inggeris adalah bukan idenitti bangsa cina. A...

Demonstrasi menuntut Lim Kit Siang memohon maaf

Agak kelakar, apabila melihat beberapa orang Melayu berkumpul di Perak menuntut Lim Kit Siang, supaya memohon maaf kepada Sultan Perak kerana mengarah wakil DAP supaya tidak hadir mengangkat sumpah. Akan tetapi hakikat sebenarnya ialah Lim Kit Siang telah memohon maaf kepada Sultan disaksikan oleh Googlebot, pada jam 10:13 pag i, tidak sampai 14 jam dari tarikh posting blognya yang mengarahkan supaya wakil DAP memboikot . Demonstrasi mungkin langkah yang sesuai jika Lim Kit Siang masih berdegil untuk tidak memohon maaf, Akan tetapi semua orang telah tahu yang Lim Kit Siang telahpun memohon maaf. Mungkin itu semonstrasi yang sebenarnya menuntut Shahidan Kasim memohon maaf dari Sultan Perlis?

Siapa cucuk Tian Chua dan S.Husin Ali?

Suatu petang, Syed Husin Ali dalam kenyataan medianya berkata: kami tidak bersetuju dengan persetujuan yang telah dibuat oleh PAS dengan DAP tentang komposisi Exco Negeri Perak di mana lapan kerusi Exco diperuntukkan untuk DAP dan dua selainnya untuk parti lain Pada petang yang sama, Saudara Tian Chua membantah, pengagihan kerusi exco langsung tidak diberikan kepada PKR . Namun, apabila komposisi exco ialah 6:3:(1+MB) maka ia bersesuaian. Kalau saya pun sebagai PAS atau PKR, memanglah akan rasa kena tipu bila DAP ambil 8 kerusi exco, dan PKR dan PAS masing-masing 1 kerusi exco. Akan tetapi, persoalan yang timbul sekarang ialah, dari mana Tian Chua mendapat tahu kononnya tiada kerusi exco untuk PKR? Daripada mana S.Husin Ali dapat tahu kononnya DAP menyapu sehingga 8 kerusi exco? Siapa yang mencucuk mereka berdua? Adakah terdapat dalang untuk melagakan PKR dengan DAP pula? Jadi diharap, pihak PKR sendiri siasat darimana sumber berita kononnya DAP menyapu 8 kerusi exco. ATAU ia memang b...

Lihat Krisis MB Perak dari sudut positif

Saya tahu, krisis perlantikan MB perak adalah memeningkan. Kronologinya sebegini. Isnin: Sultan panggil wakil-wakil PKR, PAS DAP Selasa: Wakil PAS PKR DAP jumpa sultan, dan berbincang dan mengatakan terpulanglah kepada sultan untuk memilih. Dipersetujui oleh ketiga-tiga wakil. Kesemua Rabu: Telah diumumkan bahawa Ir Nizar, dipilih menjadi MB. Kemudia DAP punya CEC cadang untuk tak hadir majlis perlantikan. Pada masa yang sama penyokong DAP kebanyakannya membantah tindakan Lim Kit Siang di blognya. DAP dan PAS sebenarnya memang tiada pakatan sebelum pilihanraya, kecuali ketika membahagian kerusi. Akan tetapi terdapat arahan Pimpinan PAS menyuruh Ahlinya untuk mengundi DAP dan PKR untuk menumbangkan BN. Apabila keadaan sebegitu berkalu di Perak, dimana DAP mempunyai lebih banyak kerusi berbanding PAS dan PKR, ia seolah-olah DAP mempunyai hak mutlak untuk memjadi MB. Situasi di Perak agak berbeza kerana wujudnya Undang-undang Tubuh Negeri yang mengkehendaki Melayu Islam menjadi MB. Namun ...