Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kebolehgunaan

Kebolehgunaan: Kurang daripada 80 Aksara

Saya sememangnya menggemari penulisan Rausyanfikir di alamat blog rausyanfikir.com . Namun terdapat satu perkara yang cukup saya tidak gemar di blognya, bukan kerana kandungannya tetapi kelebaran kolum catatannya. Terlalu lebar supaya mata biasa membacanya. Ambil satu contoh catatan. Hari Keluarga Nursi (sila klik untuk besarkan). Berapa kelebaran ayat yang dipilih pada gambar di atas? sebol@ubuntu-sebol:~$  echo "Seperti biasa, penghujung semester akan diadakan pelbagai jenis hari keluarga, dan hari keluarga Jemaah Islam Kampus"|wc       1      16     117 117 aksara! Sejak berkurun yang lalu, mesin taip dicipta hanya boleh memuatkan 80 huruf dalam satu baris. Apabila komputer dicipta, terminal yang ada juga menggunakan lebar 80 asksara. Ada juga jenis terminal yang lebih daripada itu, tapi jarang-jarang ada. Program terminal moden, seperti gnome-terminal juga menyediakan kelebaran 80 a...

Melajukan Blog Menggunakan Kaedah Malas Muat

Apa itu kaedah malas muat? saya curi dari istilah lazy load. Kalau anda perhatikan, blog saya membunyai sidebar di sebelah kanan yang agak berselirat, tetapi tidak berselirat sangat. Ada blog yang mempunyai sidebar di sebelah kiri dan kanan. Ada juga yang di sebelah kiri sahaja. Terpulang pada "tuan tanah". Saya memilih untuk mempunyai sidebar di sebelah kanan kerana saya mahu ia dimuatkan selepas kandungan dimuatkan. Yang agak berat di kemudiankan. Oleh itu pengguna yang mempunyai kelajuan internet perlahan masih boleh membaca kandungan utama blog tanpa perlu habis menunggu keseluruhan blog dimuatkan. Walaupun, ia berlatarbelakangkan kelabu, sebelum menjadi putih, ia tetap boleh dibaca. Mana-mana wiget yang berat dan tidak berapa perlu, diletakkan di paling kiri dan paling bawah. Baru-baru ini blogawati tersohor di Melaka, Puan Nur Aflah, telah bertanyakan adakah laman blognya lambat untuk dimuatkan. ketika itu memang banyak flash. Maka jawapan ringkas saya ialah "kuran...

Ruang Putih dan Perenggan: Petua Kebolehgunaan Blog

Hari ini Saudara Tawel Sensei telah menulis tentang petua kebolehgunaan blog dengan menggariskan 4 petua. 1. Elakkan tulisan cerah berlatarbelakangkan gelap. 2. Saiz tulisan jangan terlalu kecil. 3. Elakkan penggunakan Shoutbox/Chatbox/Chatterbox 4. Jangan automainkan bunyi. Hari ini saya akan menulis tentang ruang putih, sebagai salah satu kaedah meningkatkan kebolehgunaan terutama sekali kemudahbacaan. Ruang putih, Ruang putih. Ruang putih tidak semestinya putih, ia boleh juga menjadi kuning lembut asalan ianya ruang yang tidak digunakan dalam susunatur blog anda. Perkara penting untuk membanyakkan ruangputih ialah dengan membuat perenggan dalam penulisan. Cukupkan dengan menghadkan sehingga 3 ayat dalam satu perenggan. Saudara Tawel Sensei sendiri mengamalkannya tetapi dia tak nyatakan dalam tip tadi.Ruang putih juga boleh diperolehi dengan memilih templat yang baik. Sekiranya templat itu terlalu banyak kotak, maka sedikit sahaja ruang putih yang boleh diperolehi.Ianya kelihatan se...

Tip Blogger: Tajuk Pada Catatan Blog

Peraturan utama ialah Catatan Blog mesti mempunyai Tajuk. Seandainya Bentuk tulisan pada susunatur blog itu tidak membuatkan tajuk catatan kelihatan besar, Sila jangan letak tajuk pada kandungan blog dengan tulisan besar dan membiarkan ruangan tajuk kosong. Sebaliknya, jika mahukan tulisan pada tajuk besar dan mengikut warna yang disukai, Sila ubah suai di tetapan "Layout : Font and Color". Jika masih lagi tidak menepati citarasa, sila dapatkan khidmat nasihat daripada pakar CSS berdekatan. Sekiranya catatan blog tidak mempunyai tajuk di ruangan tajuk, Blog masih kelihatan baik pada pelungsur web, akan tetapi ia akan kelihatan terlalu buruk apabila dibaca boleh pembaca rss. Peraturan ke 2. Tajuk Catatan blog tidak boleh ditulis dalam HURUF BESAR . Saya tahu ramai orang yang mungkin tidak bersetuju, kerana sebab apa entah. Sudah menjadi kebiasaan orang Melayu (atau orang Melaka?)suka menulis huruf besar pada tajuk. Huruf BESAR sesuai digunakan untuk menonjolkan sesuatu, HURUF ...

PAS vs Pas, PETRONAS vs Petronas

Antara PAS dan Pas, mana satu betul? Antara PETRONAS dengan Petronas mana satu betul? Ramai di antara kita menulis "Pas" dan "Petronas", sebenarnya salah. PAS dan PETRONAS kedua-duanya adalah akronim, iaitu singkatan kepada beberapa perkataan, Maka ia perlu ditulis dengan huruf besar. Di dalam laman Rasmi PAS dan PETRONAS , kedua-duanya menulis PAS dan PETRONAS dengan huruf besar. Tiada siapa nak marah kalau tulis Pas, Petronas, Dap, Umno, Pkr tetapi ia menggambarkan tahap keprofesionalan seorang penulis blog atau berita. Oleh itu, kepada wartawan akhbar yang baru nak meningkat naik , sila tulis PAS sebagai "PAS" dan bukannya "Pas". Kepada bloggers PAS, adalah dicadangkan supaya tajuk catatan blog tidak ditulis dalam tulisan besar, kerana ia akan menenggelamkan "PAS".

Ke Arah "Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia" #1

Banyak perkara yang perlu dikaji untuk membentuk Garis Panduan Blog Politik Malaysia. Perkara penting ialah "kebolehgunaan" atau bahasa Inggerisnya ialah usability. Kebolehgunaan adalah faktor penting yang perlu diambil kira oleh semua orang yang terlibat dengan antaramuka samada membangunkan perisian, menerbitkan bahan bacaan, merekabentuk mesin atau segala yang melibatkan hubungan manusia dengan benda. Di dalam senario ini, Pengunjung adalah manusia, blog adalah benda. Garis Panduan Blog Politik Malaysia tentulah sukar untuk mewajibkan kebolehgunaan, akan tetapi hanya boleh mencadangkan pemilik blog atau penyelenggara blog untuk membaca artikel berkaitan dengan kebolehgunaan blog. Oleh itu saya senaraikan bahan bacaan: Blog Usability: Top 10 Weblog Design Mistakes Twenty Usability Tips for Your Blog 10 Ways to Increase Blog Usability | Performancing.com Garis Panduan daripada A Study of Blogs and Usability . The Blog Usability Checklist The Ultimate Guide to Blog Usabilit...

Sistem Penomboran Saluran Astro yang memeningkan

Tahniah kepada Astro kerana mengkategorikan salurannya tidak berterabur seperti sebelum ini. Namun terdapat beberapa masalah. Kanak-kanak amat sukar untuk menekan "612" pada alat kawalan jauh. Kanak-kanak yang selama ini sering tekan sendiri "61", "63" kini bermasalah untuk menukar siaran. Namun kanak-kanak yang cepat belajar, boleh belajar "612" dan kemudiannya guna (+) & (-). Ketidak pandaian kanak-kanak bukan alasan untuk astro tidak mempertingkatkan kebolehgunaan. Bagi bagi saya sendiri, biasanya akan ke 50 untuk navigasi saluran-saluran informatif, tekan 90 untuk navigasi siaran siaran berita, tekan 40 dan kemudian (+)(-) untuk navigasi saluran cereka. Namun dengan penomboran baru . Ia amat sukar, bukan salah untuk guna nombor ratus ratus, tetapi sistem penomboran bagi setiap kategori tidak bermula dari nombor yang seragam. sebagai contoh, Siaran 1xx, tidak bermula dari 100, tetapi dia bermula dari 101. siaran kartun pula bermula dari 6...

Klik pada Awanan Tag/Label

Mungkin ramai pemblog tempatan tidak berminat dengan Awanan Tag, tapi tak mengapa, selain daripada blog Irtiyah , Blog StrangeCharm juga telah menyertai kelab Awanan Tag/Label (bukan subversif) . Namun, kemana pengguna sepatutnya akan dibawa setelah mengklik label yang diingini? Sebelum ini, terdapat 2 pilihan Yang pertama iaitu seperti biasa, kalau klik Cikgu Suraya ia akan dibawa ke http://sebolku.blogspot.com/search/label/Cikgu%20Suraya. Dimana ia akan memapar keseluruhan kemasukan blog yang mempunyai tag "Cikgu Suraya". Yang kedua, ialah itu gaya Kak Jie dan iEn, ia akan memaparkan "TOC", senarai topik yang ada. Waalupun Kak Jie tiada Awanan Tag, tapi outputnya adalah seperti berikut jika pengunjung klik pada Blog Tutorial . Kalau ada banyak topik yang menggunakan label/tag tertentu, mungkin cara Kak Jie dan iEn sesuai. Manakala kalau hanya 1 topik menggunakan sesuatu label/tag, lebih baik guna cara biasa tanpa ubah suai. Namun, ada cara ketiga yang lebih kool...

Kepala baru yang berDVI

Selepas kerja, (bila masa saya ada istilah lepas kerja?) saya ke Mahkota lagi sekali, dengan misi untuk membeli 'kepala'. Masalah kekurangan kepala sering timbul kerana terlalu banyak sumber input, tetapi terlalu sedikit 'kepala'. Pemain DVD/ Astro berkepalakan TV, Mac mini pada asalnya berkepalakan TV juga. Sony Ericsson MMV 200 juga dirancang untuk berkepala. Kesemua sumber input yang berkepalakan TV itu berjantungkan Yamaha RXV 530. (Jantung) Oleh kerana jantung yang sama. Nak dengar radio atau CD Audio pun susah kerana Astro dah guna jantung dan kepala itu. Nak ber A2DP pun kena guna jantung yang sama. Soal jantung, mungkin boleh difikirkan kemudian kerana saya ada jantung lama yang tak digunakan. Bayangkan 'Media Center' Mac mini pun nak guna jantung dan kepala yang sama... Berbalik kepada cerita kepala, saya memang memerlukan kepala, kerana bilangan populasi pengguna komputer meningkat setiap 2 1/2 tahun. Walaupun ada 3 komputer dirumah, tapi hanya ada ...

Jenis-Jenis Pautan .. kebarangkalian untuk klik

Didalam satu laman web, mungkin ada banyak pautan. #1 . Adakalanya ia pautan yang sentiasa ada, tak berubah ubah. #2 . Ada kalanya ia adalah pautan yang berada didalam kandungan. #3 . Adakalanya ia adalah pautan didalam kandungan dan kandungan itu menyuruh. Sebagai pengguna web, jika kita sudah tahu wujudnya segerombolan pautan yang tak berubah-ubah. Maka sudah tentu pautan itu tak dipedulikan walaupun kita melawati laman web itu setiap hari. Tidak wujud " impulse click " disitu. contoh jenis #1: di ruangan "Muaturun Audio Video terkini" Pautan pada kandungan, biasanya hanya sebagai bantuan kepada pembaca, sekiranya mereka tidak ingin mengetahui lebih lanjut, akan sesuatu teks, maka mereka boleh mengklik pautan itu. sebagai contoh #2, pautan untuk Nigerian National Petroleum Corporation dan "Nigerian Content Policy" pada artikel Minyak di Nigeria bhgn 2 Ada kalanya pautan itu di dalam kandungan, dan cerita kandungan itu menyuruh pembaca. sebagai contoh #3...