Disebabkan UMNO sering membawa imej "Melayu", keburukannya akan mencemar imej "melayu", telah timbul suasana fobia melayu di kalangan masyarakat bukan melayu, dan ahli PAS sendiri. Seolah-olah jangan bercakap soal "Melayu" kerana ianya menyerupai UMNO. Walaupun setelah merdeka 51 tahun, dan menjadi kaum majoriti di Malaysia, akan tetapi peliknya melayu ialah mereka takut kehilangan itu ini. Itu hakikat politik. Tatkala wujudnya pemikiran supaya politik supaya tidak berasaskan kaum, peliknya Pakatan Rakyat yang sibuk melaungkan politik tak berasaskan kaum, membahagikan kerusi berasaskan kaum pula. Ini menyukarkan PAS kerana ramai orang melayu masih tidak percaya politik yang tidak cakap "bela melayu". Berpuluh tahun orang melayu sokong UMNO kerana kononnya "bela melayu", walaupun hakikatnya tidak. Berbuih-buih mulut penceramah PAS bercakap tentang rasuah dan macam-macam lagi berkaitan UMNO, mereka tetap pilih UMNO kerana kononnya "B...