Berikut adalah gambar sistem pengangkutan acheh, gambar milik Ida . Usah tertipu, di Acheh beca bermotornya tidak dipandu oleh 'Gadis Asing dari seberang'. 'Gadis asing dari seberang' itu hanya tumpang ambil gambar. Walaubagaimanapun, sistem beca menggunakan motosikal itu agak praktikal, dimana ia boleh membawa penumpang pada kadar rendah. Di Negeri Melaka pun ada beca, menggunakan basikal yang dikayuh, akan tetapi ianya bukanlah untuk pengangkutan, ianya hanya sesuai untuk pelancong bersiar-siar. Kadar yang dikenakan agak tinggi, kera kenaikan harga tenaga kinetik yang dihasilkan penarik beca. Penarik beca di Melaka pula banyak menghabiskan masanya menunggu penumpang, berbanding mengangkut penumpang. Di Melaka dan Negeri lain, juga terdapat teksi yang kebiasaannya mahal. Pemandu teksi bukanlah golongan kaya, tetapi cuba mendapatkan saki baki pelanggan yang masih lagi mempunyai duit. Agak biasa kita lihat di mana-mana perhentian bas, dimana pelanggan ...
Ayhd Yang Hendak Dibaca