Sekian lama kempen boikot barangan Amerika telah berjalan, namun ianya agak kurang berkesan. Mengapa? Secara kebiasaannya, apabila orang membeli barangan Amerika, kita akan sangka dia mendapat keuntungan daripada itu. Kebiasaannya kita akan menyangka bahawa kita menyumbang duit kepada Amerika. Sebenarnya Amerika tidak memerlukan duit daripada jualan kepada pelanggannya untuk menguasai dunia. Duit yang dia mahu itu hanya ingin digunakan untuk dikitarkan semula supaya membeli bahan mentah daripada luar. Kekuatan Amerika letaknya adalah dengan penjualan matawang USDnya, bukan pada penjualan barangan keluaran negaranya. Apabila Amerika perlukan duit(USD) untuk membuat sesuatu, kongres bersidang dan penciptaan duit(USD) yang baru boleh diluluskan. Mereka, Amerika tidak begitu risau akan inflasi matawangnya walaupun dicetak lebih, atau diwujudkan dalam bentuk "kredit" kerana permintaan terhadap Dollar tetap ada. Dalam erti kata lain, kekuatan ekonomi Amerika lebih ...
Ayhd Yang Hendak Dibaca