Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tranungkite

Cadangan Bodoh Buat Tok Penghulu Tranungkite

Jam 1 pagi, di dapati Tranungkite kelihatan seperti diserang DDoS lagi. Nak sekat, lapor pada Jaring, NISER dan sebagainya, seolah-olah tidak cukup masa, kerana PRK P036 sudah dekat sangat. Maka saya ada cadangan bodoh, iaitu buat TKO sementara. ubah DNS Tudingkan www.tranungkite.net CNAME ke ghs.google.com buat blog baru sementara, Terbitkan sahajalah artikel yang ada di situ.

Tranungkite diserang Zionis?

Tranungkite diserang Zionis? menurut " Kedahlanie " , Laman Tranungkite diserang daripasa beberapa penjuru dunia. Laman Web TKO telah ddos attack pada jam 12 tgh tadi (13 Januari 2009) dengan nilaian yang amat tinggi menyebabkan laman tersebut terhenti operasi. Serangan datang daripada pelbagai server termasuk Brazil, China dll Tranungkite menggunakan NGINX, tidak pasti pula dengan apa ianya digabungkan. Maka saya cuba google nginx ddos, terjumpa permintaan keupayaan menangkis DDOS pada nginx . Bentuk mana satukan DDOS yang Tranungkite kena? Kemudian saya cuba google "varnish ddos", terjumpa satu artikel pengalaman diserang DDOS . Mesti baca. Menurut pengalaman saya, varnish boleh mati walaupun tidak diserang, maka sudah jadi 1 kerja untuk ulang hidupkan varnish. Pernah juga cuba nginx di hadapan lighttpd , lighttpd pula mati. Maka yg terkini saya guna nginx di depan, kerjanya ialah imbangmuat kepada varnish dan lighttpd. Kalau varnish mati, nginx ...

Tranungkite Tergendala - Malaysiakini

Daripada Perisik Rakyat , mengatakan tranungkite tergendala akibat daripada masalah . Jadi apa alternatif? Kepada yang terlalu bergantung kepada Tranungkite untuk membaca sumber-sumber yang ada memanglah sukar, Akan tetapi jika didiversifikasikan, mungkin kurang sedikit masalah. Agak sukar untuk membaca blog satu persatu. Kalau tidak salah saya, 70% artikel yang tersiar di Tranungkite pernah ditersenarai di Beras Padu . Untuk paparan panjang, sila masuk ke Seminggu Kebelakangan Beras Padu . Mungkin saya perlu sediakan "seminggu Kebelakangan" versi statik. Tunggu sekejap. . . . . Siap. Beras Padu Seminggu Statik http://www.beras-padu.pit.my/seminggu.html

Permalink, Blogger PAS , Tranungkite dan sekutunya

Saya sebenarnya mushkil kepapa pemblog PAS, atau laman tranungkite atau yang seangkatannya tidak suka membuat pautan ke pautantetap (permalink atau permanent link) dalam sesuatu artikel. Akan tetapi, mereka membuat pautan ke laman hadapan blog sumber. Perkara ini amat memushkilkan saya. Apa punca terjadinya sebegini? Mungkin pengaruh tranungkite terlalu kuat, sehingga membentuk budaya. Tranungkite yang diminati oleh ramai orang PAS, tidak mem membuat pautan ke pautantetap sesuatu artikel. Kita ambil satu contoh, artikel Ustaz Kamal mengenai Belanda yang tersiar di Tranungkite . Dimana pautan yang diberikan untuk menyatakan sumber ialah http://www.kbsn26melaka.blogspot.com/ dan bukannya http://kbsn26melaka.blogspot.com/2008/04/ulasan-isu-filem-belanda-hina-islam.html Pembaca di Tranungkite hanya memberi komen di tranungkite tanpa komen ditempat yang sepatutnya, iaitu di Pautantetap catatan itu di Blog Ustaz Kamal. Kalau ada 10 blog atau laman CMS lain yang memaparkan artikel itu, akan...