Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penarik Beca

Kerajaan Perpaduan: Saya pun Benak Seperti Penarik beca

Sudah 2 kali Bang Bakaq mengaku benak, kerana tidak faham-faham maksud Kerajaan Perpaduan. Benak bab Kerajaan Perpaduan Kerajaan perpaduan: Memang bakaq benak hati, tak reti-reti Bang Bakaq "benak" keraja terlalu mengkaitkan ianya dengan hubungan sulit dengan UMNO Saya pun benak. (sebut macam ayat 'saya pun Melayu") Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan oleh TGHH, maka saya terlalu jauh lari daripada maksud asal. Saya benak kerana mengganggap Kerajaan perpaduan tiada kena mengena dengan UMN O. Saya benak kerana mengganggap ianya satu Penolakan terhadap Sistem Demokrasi Penjajah . Saya benak kerana mengganggap ianya sebagai satu reformasi sistem demokrasi 'menang kaut semua' kepada sistem yang menjamin peratusan kerusi mengikut peratusan undi popular . Saya benak kerana mengganggap ianya satu kaedah supaya tiada lagi "kerusi yang di beri" Saya benak kerana menggangap Kerajaan Perpaduan tidak semestinya mas...

Saya Tidak Setuju Vigil Digunakan Sebagai Kaedah Solidariti untuk Sheih

Agak terkejut saya apabila Puan Aiman Athirah Al Jundi (Muslimat PAS) mencadangkan supaya diadakan menghebahkan supaya hadir ke "vigil" sebagai solidariti terhadap penangkapan Sheih Kickdefella. Solidarity Vigil Untuk Kickdefella Esok, 18 September 2008 » Pena Perjuangan Kepada semua aktivis dan reformis Malaysia Baru, esok Khamis, 18 September 2008 ; satu program Solidarity Vigil For Kickdefella akan diadakan pada jam 8.30 malam infront Commercial Crime, KL. DATANG JANGAN TAK DATANG! Vigil itu upacara keagamaan Kristian, Umat Islam mana boleh lakukan acara keagamaan Kristian. Ketika Teresa Kok dulu ditahan, memanglah orang kristian akan adakan upacara vigil kerana Teresa adalah Kristian, dan ianya dianjurkan oleh golongan kristian (atau golongan yang tidak berpegang teguh pada agama). Saya tidak boleh melarang orang kristian untuk melakukan vigil sebagai solidariti untuk Teresa, akan tetapi penganjur mestilah kemukakan cara alternatif supaya umat Islam juga boleh membantah...

Penarik Beca Dihentam di Melaka Ketika Dia Ditahan di KL

Di sini saya nak ceritakan perasaan saya ketika malam kedua Bang Bakaq tidur dilokap. Sebagai blogger yang rapat dengan bang bakaq di dunia siber , saya begitu ambil berat kes penangkapan beliau. Saya sendiri ke KL untuk tunggu suarakan bantahan, walaupun yang hadir hanya dalam lingkungan berbelas orang. Ceritanya bantahan itu boleh dibaca di Bakaq's Arrest - Bloggers Gathering at Bukit Perdana. Mahaguru58 Berita Abang Bakaq Nora Penarik Beca direman sehari lagi…. Amin iskandar Pak Bakaq remanded for another night :( Nat Diantara yang hadir tadi ialah, Rahmat Haron, Nora , Nathaniel Tan , Bernard Khoo , Wae Joe , Zain, Hasbullah Pit , Irwan, Mahaguru 58 , Munirah dan ramai lagi. Pada malamnya, di Paya Dalam di adakan ceramah oleh Nasharudin Mat Isa, dia nak beri "Penjelasan". Sila baca di blog Mutaligat. Saya dengar ceramah "penjelasan" itu baik-baik, dia menafikan dia jumpa Najib di London. Banyak juga dia nafikan. Tapi 2 perkara dia tak nafikan, iaitu ...

Saya Tidak Percaya Penarik Beca Ditangkap Hanya Kerana Logo

Saya tidak percaya Penarik Beca ditangkap hanya kerana Logo Polis yang diubahsuai menganddungi kepala anjing. Secara jujur , pada mulanya saya ingatkan ianya gambar beruang. Saya tidak percaya kalau kandungan berita tidak langsung diambil kira. Yang membuatkan saya tidak percaya adalah persoalan mengapa penarik Beca dibawa ke "Commercial Crime Division" (Jenayah Perdagangan). Apa kaitan logo kepala anjing yang macam beruang itu dengan Jenayah Perdagangan? Yang mana lebih berkaitan dengan Jenayah Perdagangan, logo grafik atau "E-power Force Solution" ? Apa kaitan penagkapan di atas Akta Hasutan dengan jenayah Perdagangan? Adakah dia menghasut rakyat supaya jangan berdagang menggunakan matawang ringgit dan sebaliknya menggunakan Dinar? Adakah dia menghasut rakyat supaya membenci Menteri Kewangan yang telah melacurkan nilai ringgit sehingga terlalu dibawah nilai sebenar? Atau mungkin polis meminta bantuan unit Jenayah Perdagangan supaya memastikan logo anjing itu buka...

Sajak untuk Bang Bakaq

Sajak untuk Bang Bakaq / Pak Bakaq / Penarik Beca oleh "Tanpanama" yang komen di sini . Pak Beca! Pak Bakaq Penarik Beca! Apa postingmu? Kamu tak tahu di mana harus bermula. Mereka sumbat kamu ke dalam liang lahat yang gelap. Tanpa hidayah.Tanpa terang cahaya. Tanpa alamat. Ada haba. Tak ada angin. Tak ada jendela.Tak ada jamban. Terpenjara.Tersiksa. Terpelosok dengan hanyir darah luka penjenayah Malam nanti,tidor di tilam konkrit,kawanmu beratus-ratus nyamuk helikopter. mengacau mimpi memeluk isteri tercinta Tak tahu kapan tong besi akan terbuka. Pak beca! Pak Bakaq beca! Apa postingmu hari ini? - Ketika haus aku minum dari ludah bangsa. Sambil bercanggung aku mengharungi waktu bebas dari dari siaran media Aku dipeluk oleh jembalang tidak berupa. Tidak serupa manusia.Tidak bernama. Aku mengaji di sini. mengasuh memupuk memujuk jiwaku yang meronta. Pak beca! Pak Bakaq Penarik Beca! Di setiap simpang meradang anjing dan musang. Kamu terkurung dalam kotak kaca Para pen...

Tips Blogger: Membaca mengenai "Bakaq"

Ramai orang belajar buat blog, tapi tak ramai belajar baca blog dengan berkesan. Di sini saya ingin memberikan tip bagaimana mendapatkan catatan blog yang berkaitan dengan penangkapan Penarik Beca / Bang Bakaq. masuk http://blogsearch.google.com taip " bakaq ". Anda mungkin boleh langgan RSSnya DAN taip " Beca " dan anda juga langgan RSSnya Pengguna firefox versi 2 dan ke atas hanya boleh terus klik pada 2 pautan RSS di atas untuk mengetahui siapa lagi yang bercerita tentang penangkapannya.

Penangkapan Penarik Beca Sudah boleh Di Slashdotkan

Menurut Catatan UmmiAnni , Tersiar akan satu berita dari BERNAMA (BERNAMA ditulis huruf besar kerana ianya akronim) tentang penangkapan Bang Bakaq a.k.a Penarik Beca adalah disebabkan oleh artikel yang berkaitan dengan polis. Pegawai Penyiasat Siasatan Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Supt Victor Sanjos berkata Abu Bakar ditahan pada pukul 10 malam tadi di rumahnya di Taman Koperasi Polis di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948. Abu Bakar dalam blognya menyiarkan artikel yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diubahsuai serta komennya mengenai kredibiliti Musa, termasuk dakwaan "Musa dikawal kumpulan kongsi gelap Cina," kata Sanjos kepada Bernama di sini Khamis. Kalau begitu, artikel yang dimaksudkan ialah yang ini. "Kenapa Tak Usik Raja Petra?" Di dalam catatan Bang Bakaq itu, Bang Bakaq hanya memetik apa yang diperkatakan oleh Raja Petra. Yang peliknya pautan asal tentang ...

Bang Bakaq (Penarik Beca) Kena Tangkap

Amin Iskandar melaporkan bahawa Bang Bakaq kena tangkap. Blogger yang menggendalikan blog Penarik Beca, ditahan polis malam tadi. Menurut isterinya, empat orang polis datang kerumah mereka dan menahan Bakar (nama sebenar Penarik Beca) bersama-sama dengan telefon bimbit dan laptopnya. Hanifah Maidin, peguam yang akan mewakili Bakar menghubungi polis sebentar tadi dan disahkan bahawa Bakar a.k.a Penarik Beca ditahan dibawah Akta Hasutan. Kepada rakan-rakan blogger dan pembaca blog, marilah kita menyatakan sokongan kepada Bakar dan tidak akan tunduk diatas segala tekanan yang diberikan oleh pemerintah terhadap blogger! Mushkil juga saya, atas artikel mana yang dikatakan sebagai hasutan itu? Adakah kerana penyiaran surat UMNO PJ Selatan ? Mujur saya sempat menghadiahkan pembuat kopi secara virtual kepada bang bakaq . Mari doakan Bang Bakaq selamat dan sembuh bisulnya. Kepada para blogger, jangan takut nyatakan kebenaran. Bang bakaq mengamalkan penggunakan petikan apabila memetik kandungan...

The X blogs

Entah bagaimana saya terjumpa laman di platform blogger, dimana Mr. X memaparkan pengemaskinian blog mengikut kategori yang saya rasa cukup kemas. memperkenalkan:- http://thexblogs.blogspot.com/ (sila klik) boleh dijadikan alternatif kepada Beras Terpilih , Malaysiakita-bm , Malaysiakita-bakaq , sarawho dan Petalingstreet . Akan tetapi, apabila Mr.X meletakkan Beras Terpilih di ruangan "Malaysiakita Bilingual" Ia akan menjadikan Beras Terpilih bertindan dengan catatan Blog yang telah dipaparkan. Mungkin Mr.X tidak memahami konsep Beras Terpilih . Akan Tetapi dimaklumkan bahawa Beras Terpilih dijana secara manual oleh editor-editornya iaitu Mudin001 , Ezza , Jed Yoong . Ianya bukanlah seperti Agregator RSS yang buta tuli menerima bulat-bulat semua maklumat seperti Beras Padu, Sarawho, Petalingstreet .... Tidak dilupakan Malaysia-bakaq . Terdapat unsur "memilih" berlaku oleh keempat-empat orang editor yang tidak profesianal ini. Mr.X boleh meletakkan Beras Terp...

Maklumbalas tentang "Dewan Pengawal Fasal 5"

Faisai Tehrani telah menulis satu catatan bertajuk Dewan Pengawal Fasal 5 [mesti klik] , yang membuat mengambil contoh Kedah Mustafa Kamal Attartuk yang mempunyai badan yang memastikan sekularisme dilaksanakan dengan jayanya, supaya PAS mempunyai badan khas untuk pengawal fasal 5 perlembagaan PAS. Bagi saya ianya adalah catatan blog yang menarik, kerana fasal 5 sering diperkatakan oleh Kekanda Bakaq . Ianya bukanlah catatan yang menghentam sesiapa walaupun mungkin ada yang terasa. Selepas beberapa hari catatan itu di blog Faisal Tehrani, ianya disalin oleh apiyak dan kemudian disiarkan di tranungkite . Apa yang memeranjatkan saya ialah bagaimana pengunjung tranungkite memberi maklumbalas . Jauh berbeza dengan Maklum balas di catatan asal di blog Faisal Tehrani. hang ni cerita apa sebenaq nya, aku tak nmpak apa pun, hg tau dak? lagi jahat hg dok buat ayat tergantung tuuu, klu betul dedah laaaaa, apa daaaa, sat masuk fasa lima, pas tu ahlul bait, ni apa ni???? cerita biaq satu2 laaa, ...

Beras Padu Sementara di Beras Terpilih

Dimaklumkan "Beras Padu BARU" telah meninggal dunia. Tidak dapat diselamatkan lagi, kerana fail sumber sandaran tidak ada. Salah saya juga, kerana tidak menunggu sehingga jumaat untuk memperbaikinya. Akhirnya fsck yang membunuhnya. Moral: Jangan fsck bila berjauhan dengan isteri. Oleh itu, untuk mengurangkan kehampaan, satu ruangan "Beras Padu Sementara" di adakah di "sidebar" Beras Terpilih . Sila lawati http://beras-terpilih.blogspot.com/ teknikal: Saya tidak dapat merekayasakan Beras Padu di alamat yang dulu dalam masa singkat. Mungkin saya akan menggunakan platform lilyna berbanding lilina sebelum ini yang rakus melacurkan sistemfail. Akan tetapi saya ini jenis manusia yang fobia-sql. Mungkin ini peluang untuk menghapuskan sikap buruk fobia-sql yang ada pada diriku ini. Ruangan Beras Padu Sementara yang ada di Beras Terpilih itu mungkin tidak sama dengan yang asal. Terima kasih Vangardx kerana membuat pengumuman. Semasa ketiadaan Beras Padu, alternat...

Perkara yang Tertinggal Ketika "Pemuafakatan Melayu"

Kekanda Bakaq cukup main hentam lagi Konvensyen MMMM itu , akan tetapi melihat akan ulasan Redhuan Onn , rasanya tidak perlulah dihentamkan sangat konvensyen itu. I think you are too harsh towards your own Malays (well, what is new then with u anyway? haha!) You should understand that Malays easily feel threatened due to their socio-economic status compared to non-malays. You yourself cannot solve that status issue for the Malays. So why don't you let the MMMMM be and you focus on other positive activities? Biarlah orang melayu berfikir cara untuk mempertingkatkan orang melayu, Bangsa lain pun boleh berkonvensyen juga, agama lain pun boleh berkonvensyen juga. Peniaga pun boleh berkonvensyen juga. Nelayan juga patut berkonvensyen. Asalkan Konvensyen itu tidak menjadi medan membasuh minda supaya menyokong UMNO cukup lah. Kalau mereka tidak berkonvensyen, tidak keluar kenyataan Presiden PAS bahawa kekuatan Melayu itu pada Islam . Saya pula ada isi tambahan tentang Bahasa Melayu . 1 ...

Khairul Faizi Nafi Dakwaan Dia Mengheret Pelajar Serah Diri

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor menafikan dia mengiringi Pelajar Kolej untuk diserahkan ke Balai Polis, Akibat dakwaan "menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor." Menurutnya, dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kluang tetika itu. Kenyataan beliau di blognya " Minda Kembara Perjuangan " Salam hormat, Saya telah membaca berita bertajuk " Ugut Karpal : Pelajar Kolej Serah Diri" dalam halaman web Malaysiakini pada 28 April 2008 pukul 11.30 malam setelah dihubungi oleh rakan saya yang memaklumkan berita mengenai saya telah disiarkan. Saya amat terkejut apabila dalam berita ini telah memaparkan bahawa saya bersama empat pemuda PAS Johor telah mengiringi eorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor pada pukul 1 tengahari. Untuk penjelasan, pada pukul 1 tengahari 28 April 2008, saya dalam per...

"Beras Terpilih" bukan RSS Agregator seperti Sarawho dan Beras Padu

Terima Kasih diucapkan kepada Penarek Beca yang telah membuat pautan ke Beras Terpilih akan tetapi menggunakan nama "Agregator". Akan Tetapi dimaklumkan bahawa Beras Terpilih dijana secara manual oleh editor-editornya iaitu Mudin001 , Ezza , Jed Yoong . Ianya bukanlah seperti Agregator RSS yang buta tuli menerima bulat-bulat semua maklumat seperti Beras Padu, Sarawho, Petalingstreet .... Tidak dilupakan Malaysia-bakaq . Terdapat unsur "memilih" berlaku oleh keempat-empat orang editor yang tidak profesianal ini. Konsep Beras Terpilih itu sendiri "Bidan terjun", berdasarkan sikap suka berkongsi yang mulia oleh editor, maka ia lahir. Di sini saya ingin bercakap tentang "Aliran maklumat media alternatif". Dari ruang lingkup pemikiran Ali Rustam, mudah sahaja, katakan sahaja semua ADUN mesti ada blog. Akan tetapi itu bukanlah penyelesaian terbaik, kerana siapa pula nak baca blog-blog kalau blog bersawang yang bersepah. Beras Padu dan Malaysia-bakaq...

Wiget Google Reader mahzab bakaq a.k.a. ~penarik beca

Ini adalah sambungan artikel kepada " Wiget Google Reader Tok Mudin dan OPML Beras Padu" Akan tetapi menggunakan kepakaran " bakaq a.k.a. ~penarik beca " yang mempunyai anak yang rajin berSMS . Sebab musabab mengapa perlu wiget ini adalah untuk memperitahu pengunjung apa yang kita sudah baca , menyukainya dan ingin berkongsi kepada pengunjung. Langkah-langkah Wiget Google Reader mahzab bakaq a.k.a. ~penarik beca 1. Salin alamat pautan bagi RSS PUBLIK VIA BAKAQ . (copy link location) 2. Buka google reader. http://www.google.com/reader/view/ 3. " Add Subscription " dan tepekkan URL RSS PUBLIK VIA BAKAQ . Tandakan catatan blog menarik yang anda ingin kongsikan menggunakan "share" di bahagian bawah sesuatu artikel. Di ruangan " Your Shared item ", akan ada satu pautan " Put a clip on your site or blog " untuk menambahkan wiget perkongsian Google Share anda. Cara ini adalah lebih baik jika anda memang menyukai blog pilihan Penari...

Attn: Penarik Beca ... Ambil kau!!

Saya tak berpengalaman menghos fail mp3 menggunakan laman web yang golongan muda-mudi suka masuk. Oleh itu saudara penarik beca bolehlah mengambil fail ini, untuk dihoskan di mana yang saudara suka. http://taman-pitis.blogsite.org/mp3/kalid-melaka.mp3 Keterangan: Ceramah Khalid Samad di Jasin Melaka. Saya tak berniat untuk meletakkan fail itu selamanya disitu kerana bandwidth terhad. Kalau sudah ambil, sila bagitau saya. p/s: Ada sesiapa boleh cadangkan dimana nak hoskan fail .amr atau .mp3?