Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penjajah

Apa itu RTFM : berkaitan Tan Sri Khalid Ibrahim , Syura PAS

Ramai yang tanya, apa itu budaya RTFM , maka saya terangkanlah sedikit. Budaya RTFM ini biasa wujud dalam dunia IT, Berlaku biasanya bila ada orang tanya soalan, tukang jawap akan suruh baca sahaja. "Macam mana nak buat sekian2?" "rtfm" Disuruhnya orang itu baca tanpa menjawap sedikit. Adalah tidak diketahui samada yang suruh baca itu, tahu untuk menjawap, atau memang tidak tahu, tetapi pura2 tahu dengan suruh orang baca. Budaya sebegini tidak berapa cantik, sebab tidak memupuk budaya ilmu. Kita ambil contoh lain, bayangkan seseorang tanya tentang perlembagaan persekutuan daripada seorang peguam. Kemudian peguam itu terus suruh dia baca perlembagaan persekutuan. Mana orang biasa boleh faham bahasa perundangan? Mereka memerlukan penafsiran.  Atau mungkin wujud grey area, sebagai contoh fasal 11 konflik dengan fasal 30. Maka peguam yang suruh baca itu telah melakukan budaya RTFM. Ambil contoh lain, seseorang bertanyakan soalan berikut. Keputus...

Berapa Harga Sultan Johor Jual Singapura Kepada British?

Saya telah berjanji kepada Prof Abdullah , (laki Puan Ainon ) untuk "menterjemah" berapakah nilai Pulau Singapura yang dijual kepada British oleh Sultan Johor. Agak sedih dam memalukan apabila membaca kandungan perjanjian itu. Persetiaan antara Great Britain dengan Johor, 1824 — menyerah sepenuh kedaulatan dan hak … untuk selama-lamanya … Orang Johor , sila baca secara menyorok-nyorok. Antara yang menyedihkan... Perkara III Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol , bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepany...

Apa Rasionalnya PKM sahaja yang dilabel Jahat, Bukan Kuomintang?

Apa Rasionalnya PKM sahaja yang dilabel Jahat, Bukan Kuomintang? Walhal, yang menyembelih babi di dalam Masjid itu ialah Kuomintang, (merunut Pak Mat Amin). a)kenapa memilih PKM sebagai parti perjuangan . PKM yang berlandaskan MPAJ telah melakukan kesilapan besar ketika memerintah selama 14 hari selepas kekalahan Jepun sembelih babi di masjid batu pahat, bunuh talibarut Jepun semuanya berdasarkan balas dendam tanpa menjanjikan kestabilan dan keamanan. Jawab a) yang menyembelih babi itu ialah seorang ejen penjajah dari golongan Kuomintang, bukan PKM. Fakta yang saudara dapat itu sudah “diperbaiki” oleh penjajah

Emperialisme dan Empayar - Hishamudin Rais

Di bawah ini saya siarkan satu artikel oleh Hishamudin Rais , seorang pejuang anti kapitalisme. Di artikel itu dia menceritakan bagaimana penjajahan itu dikaitkan denganm kapitalisme. Saya siarkannya di sini bukan bererti saya menyokong sosialisme secara bulat, tetapi saya menolak kolonialisme secara bulat. Emperialisme dan Empayar - Hishamudin Rais Duit ringgit , modal dan harta kekayaan tidak berbangsa dan tidak beragama. Duit ringgit tidak mengenal sempadan. Keuntungan maksima tidak bersunat dan tidak pernah mandi berhadas. Kapitalisma tidak memiliki semangat nasionalisma, tidak berbahasa dan tidak pernah ada semangat patriotisma. Modal yang mencari untung tidak memiliki cinta, kaseh dan sayang. Modal tidak mengenal manusia atau binatang. Apa dapat di jual – akan di jual. Apa dapat dibeli – akan dibeli. Beli murah dan jual mahal. Untung memastikan keuntungan maksima. Apa yang saya tulis diatas adalah sifat-sifat dan ciri-ciri asli modal. Modal memiliki watak ganas untu...