Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Louis Vuitton

Boikot Louis Vuitton?

Risau juga, kalau saya cerita tentang jenama beg tangan, bulu kakiku akan gugur. Entah bagaimana saya terjumpa catatan blog mengenai boikot Louis Vuitton . Sabtu lepas saya menonton Majalah 3 yang ada menceritakan tentang barangan Louis Vuitton yang tiruan. Sebelum ini saya tidak tahu pun sejauh manakah jenama itu popular. Tidak sangka pula ia begitu popular sehingga ada pihak yang mengklonkan beg tangan itu sehingga hampir sama dengan yang asli. Tak sangka pula beg sebegitu mencecah ribuan ringgit. Dan tak sangka pula yang klon pun ratusan ringgit. Biasanya orang sanggup berbelanja besar untuk sesuatu jenama kerana sukakan jenama tertentu. Akan tetapi jika sukakan jenama tertentu, kenapa beli yang klon? Kalau beli yang klon, maksudnya tidak berapa suka pada jenama tersebut. Kalau Ali suka jam Tag Heur, dia akan kumpul duit sehingga dia mampu beli. selagi dia tak mampu dia tak perlu beli yang klon. Kerana itu menunjukkan dia tak berapa suka Tag Heuer. Jadi belilah jam casio yang origin...