Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Parlimen

Ahli Parlimen Tak Hadir Belah Bahagi kerana gantikan Ahli Parlimen tak hadir Majlis kerana Belah Bahagi

Seorang Ahli Parlimen, tidak dapat hadir belah bahagi di Parlimen, kerana menggantikan seorang Ahli Parlimen yang lain yang tidak dapat hadir majlis, kerana ada belah bahagi di Parlimen. rujuk: Perisik Rakyat “Sebagai tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan bagi menggantikan DS Ir Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak dapat hadir,” Pening kepala dibuatnya.

Dinar Emas, Lain ditanya, Lain Timbalan Menteri Jawap

Menurut MPPAS, Dr Dzulkefly telah meyampuk tentang Dinar Emas di Parlimen . Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan ini menyinggung perkara yang lebih khusus tentang penggunaan mata wang dan cadangan daripada Yang Berhormat Arau itu menjurus kepada satu usaha kerajaan ntuk mengarus perdanakan penggunaan mata wang dinar, tetapi seperti mana yang saya bangkitkan semalam, persoalannya pada akhirnya adalah satu komitmen untuk meletakkan bukan hanya persoalan penggunaan dinar emas itu sebagai satu yang dikatakan mengambil alih fiat money kerana money ini ada beberapa bentuk sama ada commodity money, representative money ataupun fiat money yang digunakan hari ini. Soalannya, itu tidak meletakkan Tuan Yang di-Pertua kita sudah semacam nampak komitmen kepada kewangan Islam kerana yang menjadi utama yang perlu kita keluarkan ataupun yang kita arus perdanakan adalah kewangan Islam yang keluar daripada sistem ribawi. Dengan kata lain walaupun kita kata kita sudah ada kewangan Isl...

Ke arah "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan"

Tuan yang Dipertua, Memandangkan Rangking IPTA kita sering jatuh, Universiti X, telah jatuh daripada rangking ke n pada tahun 2006, kepada n pada tahun 2007. (letakkan 1001 perbandingan) Pada masa yang sama terdapat banyak masalah birokrasi bagi pelajar yang ingin memohon ke universiti akibat daripada wujudnya 2 kementerian berbeza. IPTA itu dikementerian ini, IPTA itu di kementerian itu, Matriks ini dikementerian ini Matriks itu di kementerian itu. Adalah dicadangkan supaya 3 kementerian , Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi digabungkan kedalam 1 kementerian bernama "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan" tetapi mempunyai 3 menteri seperti sediakala. Apabila Sains dan inovasi dilakukan diluar IPTA, maka sukarlah untuk menjadikan IPTA tempatan mesra penyelidikan. Di Negera maju seperti Jerman, dan Sweden, Kementerian pendidikan mereka dikenali sebagai " Ministry of Education and Research ". Manakala di ...

Video Pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri

Walaupun banyak Saranan oleh Lim Kit Siang supaya Parlimen tidak dibubarkan sebelum Chap Goh Me i, namun Pak Lah Tetap membubarkan Parlimen. Adakalanya sistem pemerintahan kita terlalu huduh, apabila pengumuman rasmi sebegitu tidak kelihatan adil apabila pihak yang bertanding yang mengumumkannya. Dan soalan tentang parti dan persiapan juga dijawap ketika itu. Apa kata kalau pengumuman pembubaran Parlimen diumumkan oleh pemegang mohor besar seperti Hari Raya?