Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BerasTerpilih

Mengurus apa hendak dibaca supaya tidak dikawal orang lain

Kita ada 24 sehari, dalam 365 hari, daripada usia yang ada. Kita tak cukup masa untuk baca benda bermanafaat, Tak cukup masa untuk follow rakan-rakan kita. Tetapi apa yang berlaku, biasanya kita membaca atau menonton apa yang disuapkan pada kita. Jangan biarkan media sosial atau media lain menentukan apa yang kita hendak baca. Kita boleh follow kawan kita, kita juga boleh baca apa yang dicadangkan oleh kawan kita. Kita boleh juga baca apa yang ditulis oleh tokoh-tokoh, atau baca berita. Adakalanya apa yang dicadangkan oleh kawan kita untuk dibaca itu memang bagus. Dia sudah baca 20,30 artikel, tetapi kongsikan hanya 1,2 sehari. Tetapi tengok orang juga, Siapa kawan kita itu. Ada orang yang terima maklumat, rasa seronok, terus kongsi. Tak semak pun sahih atau tidak, bila hati dia tersentuh dia akan kongsi. Lupakan orang2 macam ini seketika, sebab ada ramai. Yang betul2 membaca, dan memilih apa yang benar2 bermanafaat dan menarik untuk dikongsi, tidak ramai. Saya a...

MENJ, Jed Yoong dan Aliran Maklumat Blog Tempatan

Masih ingatkah lagi Carta Aliran Maklumat Blog Tempatan ? Dalam carta itu ada Jed Yoong , tetapi tiada MENJ . Tetapi apabila MENJ membeli Petaling Street. Maka ada unsur MENJ dalam carta itu. Akan tetapi unsur MENJ pada carta itu halanya ke arah lain. Petaling Street tidak membawa maklumatnya ke mana-mana. Semalam, saya berborak dengan MENJ, tentang pengintegrasian Petaling Street dengan Negaraku. Saya mencadangkan supaya di borang Negaraku.net boleh juga ada opsyen untuk menghantar maklumat yang sama ke Petaling Street. Begitu juga Petaling Street , setelah pengguna menghantar maklumat di petaling Street, perlu ada opsyen "Anda Mahu hantar ke Negaraku.net "? Barulah maklumat boleh diintegrasikan. Sekiranya sesuatu catatan di Negaraku.net diangkat oleh pengunjung, ia juga automatik disiarkan di Beras Terpilih , Beras Padu , blog saya dan Whitenaval . MENJ mempunyai kuasa terhadap Petaling Street Jed Yoong juga mempunyai kuasa untuk tidak 'share'...

Carta Aliran Maklumat Blog Tempatan

Carta ini telah saya buat untuk menggambarkan aliran maklumat blog-blog. Sila klik pada imej untuk melihat gambar yang lebih jelas. Carta menunjukkan bagaimana sesuatu catatan blog diangkat oleh robot dan manusia. Dimana anda? Ada yang membaca blog satu persatu. Ada yang membaca blog dari Beras Padu . Ada yang membaca blog dari pembaca RSS jenama kesukaannya. Ada yang suka baca upcoming di Negaraku.net Adakah anda tergolong dalam golongan yang suka membaca blog satu persatu? Masuk sahaja blog itu, "Alamak belum kemaskini" Panah yang berwarna biru adalah aliran yang dilakukan oleh manusia, dimana pembaca yang boleh mengangkat sesuatu catatan blog supaya naik. Pembaca di Beras Padu boleh hantar dan undi ke Negaraku.net. Setiap catatan yang popular akan digabungkan dengan catatan yang dipilih secara manual oleh "Editor" Beras Terpilih. (Editor : mudin , Ezza , Jed dan saya) Panah berwarna hitam adalah aliran yang dilakukan oleh mesin iaitu menggunakan RSS. Google R...

Saya Sudah Jatuh Cinta Dengan Negaraku.net

Saya Sudah Jatuh Cinta Dengan Negaraku.net Apa tu Negaraku.net ? Ianya klon kepada digg yang bagi saya sesuai untuk kandungan blog tempatan terutama sekali blog politik dan separa politik berbanding rockyourvote , innit , dan layann . Negaraku.net bukan Agregator RSS, kerana ruangan agregator RSSnya telah berpindah ke sini Jadi apa kelebihan negaraku.net berbanding 3 pencabarnya itu? Entahlah. Bagi saya kandungan sedia ada didalamnya lebih bertamadun berbanding lain, jadi bagi blogger yang bertamadun ayuh daftar negaraku.net dan letakkan wiget negaraku.net pada blog anda. Sekiranya tidak meletakkan wiget pun boleh juga, tetapi sukarlah pengunjung setia anda yang berjuta-juta itu untuk mengundi anda. Pengunjung blog ini, jemput daftar di negaraku.net untuk mengundi catatan-catatan saya yang anda rasa menarik. Anda tidak perlu menjadi blogger untuk mengundi. Atau anda juga boleh mengundi catatan yang anda rasa menarik di kemasukan baru (Latest Buzz) Bagi menulis blog yang sudah mend...

The X blogs

Entah bagaimana saya terjumpa laman di platform blogger, dimana Mr. X memaparkan pengemaskinian blog mengikut kategori yang saya rasa cukup kemas. memperkenalkan:- http://thexblogs.blogspot.com/ (sila klik) boleh dijadikan alternatif kepada Beras Terpilih , Malaysiakita-bm , Malaysiakita-bakaq , sarawho dan Petalingstreet . Akan tetapi, apabila Mr.X meletakkan Beras Terpilih di ruangan "Malaysiakita Bilingual" Ia akan menjadikan Beras Terpilih bertindan dengan catatan Blog yang telah dipaparkan. Mungkin Mr.X tidak memahami konsep Beras Terpilih . Akan Tetapi dimaklumkan bahawa Beras Terpilih dijana secara manual oleh editor-editornya iaitu Mudin001 , Ezza , Jed Yoong . Ianya bukanlah seperti Agregator RSS yang buta tuli menerima bulat-bulat semua maklumat seperti Beras Padu, Sarawho, Petalingstreet .... Tidak dilupakan Malaysia-bakaq . Terdapat unsur "memilih" berlaku oleh keempat-empat orang editor yang tidak profesianal ini. Mr.X boleh meletakkan Beras Terp...

Beras Padu Sementara di Beras Terpilih

Dimaklumkan "Beras Padu BARU" telah meninggal dunia. Tidak dapat diselamatkan lagi, kerana fail sumber sandaran tidak ada. Salah saya juga, kerana tidak menunggu sehingga jumaat untuk memperbaikinya. Akhirnya fsck yang membunuhnya. Moral: Jangan fsck bila berjauhan dengan isteri. Oleh itu, untuk mengurangkan kehampaan, satu ruangan "Beras Padu Sementara" di adakah di "sidebar" Beras Terpilih . Sila lawati http://beras-terpilih.blogspot.com/ teknikal: Saya tidak dapat merekayasakan Beras Padu di alamat yang dulu dalam masa singkat. Mungkin saya akan menggunakan platform lilyna berbanding lilina sebelum ini yang rakus melacurkan sistemfail. Akan tetapi saya ini jenis manusia yang fobia-sql. Mungkin ini peluang untuk menghapuskan sikap buruk fobia-sql yang ada pada diriku ini. Ruangan Beras Padu Sementara yang ada di Beras Terpilih itu mungkin tidak sama dengan yang asal. Terima kasih Vangardx kerana membuat pengumuman. Semasa ketiadaan Beras Padu, alternat...

"Beras Terpilih" bukan RSS Agregator seperti Sarawho dan Beras Padu

Terima Kasih diucapkan kepada Penarek Beca yang telah membuat pautan ke Beras Terpilih akan tetapi menggunakan nama "Agregator". Akan Tetapi dimaklumkan bahawa Beras Terpilih dijana secara manual oleh editor-editornya iaitu Mudin001 , Ezza , Jed Yoong . Ianya bukanlah seperti Agregator RSS yang buta tuli menerima bulat-bulat semua maklumat seperti Beras Padu, Sarawho, Petalingstreet .... Tidak dilupakan Malaysia-bakaq . Terdapat unsur "memilih" berlaku oleh keempat-empat orang editor yang tidak profesianal ini. Konsep Beras Terpilih itu sendiri "Bidan terjun", berdasarkan sikap suka berkongsi yang mulia oleh editor, maka ia lahir. Di sini saya ingin bercakap tentang "Aliran maklumat media alternatif". Dari ruang lingkup pemikiran Ali Rustam, mudah sahaja, katakan sahaja semua ADUN mesti ada blog. Akan tetapi itu bukanlah penyelesaian terbaik, kerana siapa pula nak baca blog-blog kalau blog bersawang yang bersepah. Beras Padu dan Malaysia-bakaq...

Beras Terpilih (BETA)

Oleh kerana Beras Padu terlampau sendat dengan catatan blog, kalau saya memilih laman blog yang terbaik sekalipun ia akan menjadi umpama sampah. Akan tetapi Beras Padu tetap sesuai untuk golongan yang suka membaca. Beberapa hari lalu, saya tertarik dengan komitmen Tok Mudin untuk berkongsikan catatan blog mana yang dia suka. Saudari Ezza pun mula mencuba " Wiget Google Reader Tok Mudin dan OPML Beras Padu" dengan jayanya. Jed Yoong, memang sudah ada Wiget Google Reader di blognya. Di akan kesungguhan 3 insan ini untuk berkongsi maklumat, maka saya sediakan Beras Terpilih untuk mereka. http://beras-terpilih.blogspot.com/ Dalam masa beberapa jam bermain dengan RSS dan CSS, maka jadilah ia. Saya tidak pasti ia akan berjalan seperti yang saya rancangkan atau tidak. Hanya mereka bertiga sahaja yang mempunyai kuasa catatan blog manakah yang bersepah di sferablog ini untuk mereka pilih. Mereka adalah umpama ketua editor di dalam media alternatif ini. Saya sendiri tiada kuasa untuk...