Suatu ketika dulu, di saat Ali Rustam menyarankan semua ADUN perlu ada blog, hampir tertawa di hati saya. Kali ini grenboc pula MengAliRustamkan dirinya . Jangan marah Greenboc, KM kita juga. Mengapa Ali Rustam memilih penyelesaian sebegitu, mungkin kerana dia terlalu paranoid dengan blog . Sebenarnya dia boleh mencari 1 penyelesaian dimana semua ADUN boleh tulis di satu blog atau laman CMS sahaja. Tetapi dia sepahkan mengikut ADUN / MP, sudahlah 1 orang penyelengara perlu menjaga 3 atahun lebih blog ADUN. di mana ADUN itu sendiri tidak komited untuk berblog. Tugas utama ADUN atau AP adalah sebagai wakil kepada rakyat dan bukannya wakil kepada bloggers. ADUN berkomunikasi dengan rakyat dalam dunia nyata, apabila ADUN berblog, dia akan habiskan lebih masa dengan warga diluar DUN berbanding warga di dalam DUN. Oleh itu, komunikasi terbaik ialah menggunakan kertas, papan notis atau mungkin SMS. Atau mungkin, jika ADUN ingin memberitahu sesuatu, selitkan sahaja sebagai iklan surat khabar. ...
Ayhd Yang Hendak Dibaca