1. menyelesaikan kemelut ini melalui rundingan;
2. mengisytiharkan “gencatan senjata” dengan menghentikan acuman (agitation) di peringkat akar umbi, berhenti membuat laporan-laporan kepada polis, memberhentikan perbalahan melalui media massa;
3. menjaga status dan martabat institusi raja dengan tidak mengheret pihak istana di dalam pertikaian ini;
4. menyelesaikan kesahihan pendirian masing-masing dengan merujuk kepada Undang-undang. Jika perbincangan pakar undang-undang kedua-dua belah pihak tidak mencapai kata sepakat, perkara ini bolehlah dirujukkan kepada mahkamah;
5. Jika dirujuk kepada mahkamah, persetujuan harus dibuat tentang pemerintahan negeri Perak sebelum mahkamah memberikan keputusan;
6. membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk membolehkan piliharaya peringkat negeri Perak diadakan. Ini mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan. Mungkin juga ini adalah jalan yang paling cepat dan muktamad.
Pembubaran DUN dilihat sebagai langkah terakhir untuk menyelesaikan krisis.
Namun Krisis pula berpunca daripada keengganan Sultan membubahkan DUN.
Bagaimana ianya menjadi langkah terakhir?
Kalau ianya menjadi langkah pertama dan dilaksanakan, tidak perlu langkah yang asalnya no 1 hingga no 5
Selepas potong jadi begini....
1. membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk membolehkan piliharaya peringkat negeri Perak diadakan. Ini mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan. Mungkin juga ini adalah jalan yang paling cepat dan muktamad.
2. menyelesaikan kemelut ini melalui rundingan;
3. mengisytiharkan“gencatan senjata” dengan menghentikan acuman (agitation) di peringkat akar umbi, berhenti membuat laporan-laporan kepada polis, memberhentikan perbalahan melalui media massa;
4. menjaga status dan martabat institusi raja dengan tidak mengheret pihak istana di dalam pertikaian ini;
5. menyelesaikan kesahihan pendirian masing-masing dengan merujuk kepada Undang-undang. Jika perbincangan pakar undang-undang kedua-dua belah pihak tidak mencapai kata sepakat, perkara ini bolehlah dirujukkan kepada mahkamah;
6. Jika dirujuk kepada mahkamah, persetujuan harus dibuat tentang pemerintahan negeri Perak sebelum mahkamah memberikan keputusan;
JIM pon dah makin pelik dari sehari ke sehari... agak2nyer la... elemen "fulus" dah terserap masuk ke sana ker?
BalasPadamAstaghfirullah Cencurut, sanggup anda membuat prasangka sesuka hati begitu?
BalasPadamSaya percaya orang yang membaca dengan persepsi sahaja yang merasakan ia pelik. Walaupun saya penyokong Kerajaan PR di Perak, saya tak merasakan pun kenyataan JIM itu pelik mana pun. Mungkin mereka cuma berusaha untuk menampakkan diri mereka neutral semata.
Kalau keluar kenyataan macam kat atas tu, baik PAS je yang buat kenyataan.
biasalah cencurut. retorik je. NGO Melayu banyak yang gitu. keluarkan resolusi berbelas2 page kertas A4. buat tidak jugak.
BalasPadamKeluarkan kenyataan itu ini.
soh boikot situ sini.
demo sana sini.
kerja tak buat jugak.
kita yang kat akar umbi ni lah jadi mangsa.
Pakdi
http://pakdi.my
Betul tu Pakdi.... gua setuju...
BalasPadamWisdombin.... gua bukan buat prasangka buruk... tapi rasanya... bukan kali nie jer JIM ker.. PPIM ker... dan banyak NGO dah nampak tak konsisten dengan apa yang ada dalam perlembagaan dier... susah nak citer... karang lu orang kata gua menghasut.. tapi itulah kenyataannya..
Cencurut , Pakdi:
BalasPadamTak payahlah hentam JIM, saya kata resolusi dia pelik, tetapi kira OK kerana nampak usaha untuk selesaikan dalam bentuk neutral.
PAS pun pilih kaedah neutral, iaitu bubarkan DUN.
Kalau pilihanraya, belum tentu PR menang, belum tentu Nizar dilantak jadi MB.
Tapi pihak BN yang pilih cara tidak neutral.
Mereka lebih suka rampas kuasa.
BN tak ada sebut tentang mahu bubar, malah BN tidak sebut tentang mahu adakan sidang DUN khas untuk jatuhkan Nizar.
BN hanya sibuk
"Nizar Boneka"
"Nizar Derhaka"
"Kau lompat boleh, kenapa aku tak boleh lompat".
Tetapi tiada usaha untuk membentuk kerajaan yang sah.